Cari @ Amanz

Dengan Windows 8 yang semakin hampir pelancarannya, satu demi satu pengeluar peranti mula memperkenalkan komputer dan tablet mereka. Jikalau Asus bakal mengumumkannya pada hari Rabu ini, LG pula mengambil peluang dengan memperkenalkan peranti mereka pada hari ini.

Komputer AIO dengan integrasi TV TunerUntuk Windows 8, LG menawarkan komputer AIO dan juga peranti hibrid antara komputer riba dan juga tablet. Komputer LG V325 AIO didatangkan dengan skrin bersaiz 23-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Core i5, NVIDIA GeForce GT640M, dan didatangkan dengan sokongan tambahan – TV tuner yang mana boleh digunakan tanpa perlu memulakan komputer.

Peranti hibrid antara tablet dan juga komputer riba pula membawakan nama kod H160, dimana menyertakan skrin bersaiz 11.6-inci, sokongan bateri sehingga 10 jam, sokongan WiFi, HDMI output, mikroSD dan juga ruangan port USB.

Harga kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui dan bilakah akan dilancarkan di Malaysia turut masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd