Carian
LG Mengumumkan Nexus 4 Secara Rasmi – Dilengkapi Android 4.2
October 30, 2012 Aman

Dijual di Asia bermula penghujung NovemberLG turut sama tidak ingin ketinggalan dalam mengumumkan peranti mereka secara rasminya, dimana setelah pelbagai gambar dan video tertiris ke arena web, hari ini, mereka mengumumkan LG Nexus 4 secara rasminya, yang mana didatangkan bersama-sama dengan Android 4.2 Jelly Bean.

Ia akan mula dijual di beberapa buah negara bermula pertengahan November, namun nama Malaysia tidak tersenarai, dan masih tidak diketahui bilakah akan mula dijual disini. Daripada apa yang dikongsikan pihak LG, ia akan mula dijual di Asia bermula penghujung November kelak.

LG Nexus 4 ini membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro (Krait), skrin sebesar 4.7-inci WXGA True HD IPS Plus (1280×768 pixel), pilihan ruangan storan sebanyak 8GB dan 16GB, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2,100 mAh padanya, selain beberapa fungsi tambahan seperti wireless charging dan juga NFC.

LG Nexus 4 versi 8GB dijual pada harga $299 manakala versi 16GB pada harga $349.

Komen