READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Jikalau TIME dot Com mara ke hadapan dengan pakej berbentuk 100Mbps, selain menguji internet sehingga kelajuan 500Mbps, Maxis pula kini mengumumkan secara rasmi, dua pakej baru mereka pada kelajuan 20Mbps dan juga 30Mbps.

Pengenalan pakej selaju 30Mbps bukanlah sesuatu yang baru, dimana sebelum ini, ia telah diperkenalkan pada tahun lepas, tetapi ditawarkan pada harga RM398 sebulan.

Daripada kemaskini harga yang ditawarkan, kini pakej 10Mbps ditawarkan pada harga RM168, 20Mbps pada harga RM238 dan juga 30Mbps pada harga RM298. Namun, sekiranya para pengguna mempunyai talian pascabayar Maxis, maka diskaun untuknya ditawarkan untuk pembayaran bulanan. Perkhidmatan tambahan seperti panggilan percuma dan sebagainya turut disertakan pada pakej Maxis Home.

Namun, seperti biasa, harga pakej yang ditawarkan masih agak mahal jikalau dibandingkan dengan TIME dot Com (dari segi penawaran perkhidmatan internet). Tetapi, dari segi kelebihan, pihak Maxis tidak mengenakan sebarang kuota buat masa awal ini.

Terdapat 31 komen
    • Secara peribadi, saya lebih trust kepada pakej dari Time dot Com (TdC). Selain TdC sendiri sediakan servis akses gentian fiber, mereka juga terlibat dengan projek sediakan prasarana gentian fiber bersama Astro, iaitu untuk projek Astro IPTV.

      Jadi projek di atas, memang jadi true competitor kepada produk Unifi sendiri. Antara advantage Astro IPTV, ialah tidak perlukan pemasangan piring Astro, serta tidak bimbangkan masalah hujan lebat.

      Antara kelebihan lain ialah, TdC sediakan full fiber, iaitu dari backbone mereka hingga ke Fiber Modem, kemudian barulah disediakan Wifi untuk diakses melalui komputer. Itupun, tidak melalui sebarang powered adaptor pun.

      Berbeza dengan HSBB iaitu Unifi, backbone TM terpaksa melalui suatu adaptor bagi sesebuah kawasan perumahan/kondo/apartment, kemudian split melalui copper cable. Jadi, bila adaptor tersebut buat perangai/meragam, berlakulah bottlenect/lag di situ.

      Sekadar berkongsi info. Terima kasih.

      • copper cable ialah vdsl2..very high speed digital subscriber line..itu maksudnya..bnda tue bukan kupur tp fiber juga..hnya dipkai kan untuk apparment dgn condo sahaja…rumah teres trs fibre dari tiang msauk umah..sbb tue untuk pasang unifi kena ada diding di tebuk untuk masukakan fiber becouse fiber x blh patah..ia adalan kaca..:)

        tm terpksa splitkan fiber dgn kubur untuk umah apparment kena fiber dh ada kat bilik telekom kt bawah..so dari fiber kt bawah terus naik ke atas dgn mengunakan vdsl2..dan smpai ke soket di murah di gantikan dgn fiber terus..so kat dinding umah tue bkn kupur tp vdsl..and klu umah teres tm x pkai soket lama terus wayar fiber..sbb tue tm x kacau tel lama..

        sekadar kongsi apa y betoi..

  1. maxis ni bila nak masuk fiber dekat country homes ni amanz ?

    promosi je banyak nak subscribe tak boleh jugak … asyik pegi old town je :p penat la … haha

    • country home yg dkt dgn jusco anggun pun xdpt lg… tasik puteri ni lg lambat la..

      • tasik puteri ke?

        kurang2 bch ni nampak la jugak kontraktor tm pasang fiber kat jalan depan tu … tapi tak tau bila nak dapat kat rumah.

        tasik puteri tak nampak pulak ada apa2 signboard kontraktor tm? last masuk pun 2 ~ 3 bulan lepas tasik puteri tu.

        datanglah jusco lepak dengan amanz .. hehe

  2. murah daripada tm ni…. ntah bila tm nak revise dia punya plan…. tahulah ada iptv, tapi kurang2 revise la sikit plan2 tu… tambah speed ke dan lain2…. pengguna da makin banyak kan…

    cepat2 la revise sebelum lompat ke parti lain….hehehehe

  3. Kami kat Kupang Baling Kedah ni dah lama guna line fiber optik ni… Dah biasa dah hal mcm ni…tapi terlampau laju sgt. Tgk you tube pun jadi laju mcm charlie chaplin..

  4. bukan sabah & serawak je. kebayakan kawasan luar lembah klang masih blum dpt lg internet fiber ni. HARAP MAKLUM YER

  5. Bagos lagi pakej Time Fibre dengan kelebihan 30hours/permonth speed boost 50mbps and Unlimited Quota kekal

  6. sape-sape nak jadi agen maxis FTTH (fiber to the home) bolehlah contect saya….
    017-2445937

Komen

Nama
Web