Cari @ Amanz
Spesifikasi Galaxy Note 2
Cip Empat-Teras 1.6GHz
Memori 2GB RAM
Storan Terbina 16GB + mikro-SD (~64GB)
Skrin 5.5-inci HD Super AMOLED (1280×720)
Kamera Belakang 8MP, Hadapan 1.9MP
Bateri 3,100 mAh Li-on
Lain-lain Stylus S-Pen, NFC (S-Beam), Bluetooth 4.0, mHL

Hari ini, Samsung Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan Galaxy Note 2 yang dinantikan ramai untuk pasaran tempatan. Peranti bersaiz 5.5-inci daripada Samsung ini bakal dijual di Malaysia bermula 19 Oktober ini pada harga RM2299, dan akan ditawarkan oleh pengedar rasmi Samsung di Malaysia, selain turut ditawarkan oleh Celcom, DiGi dan juga Maxis.

Galaxy Note 2 yang bakal dijual untuk fasa pertama bermula 19 Oktober ini kelak hanya akan membawakan versi terawal sistem operasi mereka, dan untuk menggunakan fungsi Multiview, para pengguna perlu mengemaskininya menggunakan OTA terlebih dahulu.

Bagi anda yang ingin mendapatkan peranti ini, mungkin boleh membaca pandang pertama kami untuk Galaxy Note 2, dan mendapatkan idea pertama, apakah yang bakal dibawakan sepenuhnya oleh Galaxy Note 2, dan adakah ia bersesuaian dengan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd