READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Sony Mula Menjual Xperia J Di Malaysia – Berharga RM799

Diterbitkan pada October 23, 2012 oleh

Setelah diumumkan di IFA 2012 sebelum ini, hari ini, Sony Malaysia telah pun mula menawarkan peranti terbaru mereka itu untuk pasaran Malaysia, iaitu Xperia J. Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada semua pengedar tempatan pada harga RM799. Tiada syarikat telekomunikasi yang menawarkannya buat masa ini.

Xperia J membawakan skrin FWGA bersaiz 4.0-inci, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, cip pemprosesan 1GHz Cortex-A5, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan sebesar 4GB dan juga bateri berkapasiti 1750 mAh. Ia turut dilengkapi dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Ia ditawarkan dalam beberapa pilihan warna, iaitu hitam, emas, putih dan juga merah jambu.

Terdapat 24 komen
Komen Popular
  1. Murah sangat harga – specs berbaloi, semoga Apple iPhone5 pun kena turun harga macam ni…baru ada tanggungjawab sosial, tidak cekik darah…ha ha ha

Keseluruhan Komen
  1. Murah sangat harga – specs berbaloi, semoga Apple iPhone5 pun kena turun harga macam ni…baru ada tanggungjawab sosial, tidak cekik darah…ha ha ha

    • di negara yg mengamalkn ekonomi kapitalis pengeluar hnya memikirkn keuntungan. pengeluar tdk akan mengeluarkn sbrg brg atau perkhidmatan yg tdk membawa kebaikn kpd masyarakat kecuali ianya mendtgkn keuntungan kpd mereka.

  2. baik beli xperia go. harga lebih kurang jer. kalis air/kalis debu/pijak kete pon xpecah, performance pon ok skit. just screen jer 3.5inch.. then android 2.3. tp xpe la sony da announce nak upgrade jelly bean xlama lagi

  3. best nfon dari sony nie. sebab james bond pun selalu pakai handphone dari sony.. kah kah kah

  4. Steve Jobs pun masa hidup lagi ketika iPhone belum keluar aku tengok selalu dia memekap ditelinga pakai Sony Ericcson, tapi bila iPhone5 keluar sampai mati dia teringin pakai Samsung Galaxy Note 2 pulak…Canggih sikit…ha ha ha ha…

  5. haduyai. awat laa RAM 512. dia cakap RAM 512, padahal bilaa check , 300++ jea. acano tuh ?

  6. ni dah mcm nak sama spec dengan Xperia X10 jer. tetapi kenapa kata xperia x10 xleh ICS tetapi spec yg hampir sama ni boleh?

  7. aku dh beli xperia j ni. aku guna dlm 1 minggu je terus skrin dia buat lagg. sekat-sekat.. menyesal aku beli….

  8. x best…. hp asek hang…

    tp nak wat cane.. mase tu hp da rosak. xperia J baru kuar..
    terus sambar..

    pkai sebulan Hp jatuh dr bumbung kete ke jln. retak 1000.. uwarghhh..
    p anta repair skrin da wat Hp jadi rege RM1k>

Komen

Nama
Web