READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Assassin’s Creed III bakal dilancarkan untuk Xbox 360 dan PlayStation 3 pada 30 Oktober ini, dan sementara menantikan pelancaran rasminya dalam beberapa minggu lagi, pihak Ubisoft masih ingin mengekalkan momentum peminat terhadap permainan mereka, dimana terkini mereka telah pun mengeluarkan video terbaru permainan tersebut.

Video terbaru ini memfokuskan kepada penggunaan senjata dan aksi lawan pada permainan tersebut, dimana selain daripada penggunaan pisau, pistol, anak panah dan sebagainya, ia turut memfokuskan kepada penggunaan battle axe.

Selain daripada untuk Xbox 360 dan juga PlayStation 3, ia juga bakal diperkenalkan untuk PC, namun, ia hanya akan diperkenalkan pada penghujung November, memerlukan mereka menantikan lebih kurang sebulan untuknya.

Terdapat 6 komen

Komen

Nama
Web