READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

…data 250MB pada kelajuan penuh, panggilan percuma 25 minit, 25 SMS percuma.Selain daripada persaingan harga dalam penawaran perkhidmatan BlackBerry Internet Service, kini kelihatan syarikat telekomunikasi tempatan turut sama bersaing dalam penawaran harga perkhidmatan mereka, dimana selepas TuneTalk, kini UMobile kelihatan menawarkan pelan baru mereka pada harga serendah RM18 sebulan.

Melalui pakej yang dinamakan sebagai UMI 18, ia menawarkan penggunaan data sehingga 250MB pada kelajuan penuh, panggilan percuma ke semua talian selama 25 minit, dan juga sebanyak 25 SMS percuma untuk semua talian.

Dan sekiranya pengguna tidak menghabiskan minit panggilan atau SMS untuk sesuatu bulan, ia akan dibawa ke bulan hadapan. Namun, kadar maksimum yang boleh dibawa ke hadapan hanya sehingga berjumlah 50 minit panggilan suara dan juga 50 SMS percuma sahaja.

Pelan ini mungkin bersesuaian dengan mereka yang mempunyai lebih daripada satu peranti, ataupun mereka yang inginkan talian tambahan untuk tablet mereka.

Selain daripada pakej RM18, UMobile turut sama menawarkan UMI 28, yang menawarkan panggilan percuma selama 100 minit, 30 SMS percuma, dan juga penggunaan data pada kadar kelajuan tinggi sehingga 500MB.

Terdapat 29 komen
Komen Popular
  1. Nmpk sgt ktinggaln zmn..haha.. umobile dah start roaming dgn maxiss 3g since ptghan september.. so coverage 3g umobile dah luas sgt2..

Keseluruhan Komen
  1. perghhh terbaik! memang murah. tapi coverage sendu ya amat -___-

    • Nmpk sgt ktinggaln zmn..haha.. umobile dah start roaming dgn maxiss 3g since ptghan september.. so coverage 3g umobile dah luas sgt2..

    • sma la 4line laju la skit klu
      Klu guna U18 bole kew
      Skrunk aq guna internet dok mkn duit la aq takot klu buat U18/U28 xjadi kat laptop aq

  2. kalau talian sudah luput tarikh, boleh pakai lagi tak internet? Ke kena topup dulu?

      • ohh. jadi kena topup rm30 jugak lah utk aktifkan talian selama sebulan..

        • boleh pilih nak yg rm 28 ataupun rm 18 sebulan..contoh guna pakej rm28 tu…bila dh nak dkat 30hari dia akan antar msg reminder yg kta punya tempoh dh nak luput…kalo x topap, x dpt la internet…skrg sy guna yg RM28

  3. Dengar cerita umobile Ade buat plan bayar bulan2 kontrak 2 tahun & dapat 1 ultrabook. Betul ke?

  4. coverage kat kelantan mcmana….kb,pmas,tmerah dsb nya…ok tak?

    • Masa saya balik kelantan bulan 5 tahun ni line area tok uban, pasir mas ok. Internet pun dapat tapi slow tu tak payah cerita lah. Tapi yang lain celcom atau maxis pun sama je kalau kat kampung saya :)

      Dah lama pakai U28 kat telefon saya (bukan smartphone). Setakat buka twitter, check email dan browse sikit2 memang takde masalah.

  5. Jika sudah mengregistra tapi langsung cancel hari itu juga,,maknanya tak jadi beli atau pake pelan u mobile nanti msih kena bayar bil tak?

  6. Saya baru beli no u mobile nie tp xleh nk acces internet la…huhu…die antar msg ade error…sape2 leh tlg…

  7. I guna UMI 28 tapi bila bill sampai i kena bayar RM53.65 (phone). I tak pernah call atau sms siapa2 cuma guna internet je. Kenapa ye?

  8. To be clear la kan, pakai banyak mane/lama mane pon internet ttp ade kan sebab unlimited kan? Just kuota tu dia punye speed kan? Kan kannnnn?

    • Yerp. Kira yang dapat high-speed tue terhad kuota dia. Tapi internet still leh guna sampai bila-bila.

  9. Btl tu…walaupun kuota da habis tp internet msh blh gune cume slow sikit..nk laju kene la top up blk..sy gune UMI28 500Mb mmg terbaek la stakat neh…berbaloi2..hehe

  10. Hi semua… Nak tanya ni…saya skrg dalam pertimbangan nak beli no and package umobile ni…sebab dia kata unlimited tapi kenapa ada high speed quota?? X paham la..

    • Dia laju selagi ada kuota je. Dah habis kuota, speed dia jadi slow, tapi masih boleh guna. Sebab tue dia panggil unlimited.

Komen

Nama
Web