READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Ulasan: Sistem Operasi Windows 8

Diterbitkan pada October 30, 2012 oleh
Ulasan Windows 8 ini disediakan oleh @AribIsmail khas untuk pembaca Amanz. Ikuti beliau di Twitter, ataupun melalui blog peribadi beliau di AribIsmail.com

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda telah membawa kita ke satu lagi dimensi baru dalam dunia pengkomputeran. Premis ini jelas memberitahu bahawa versi pembangunan Windows 8 sebelum ini dilihat positif sekaligus meningkatkan api semangat Microsoft untuk memajukan lagi pembangunan Windows 8. Kedaluwarsa, Microsoft tampil di mata dunia sekali lagi dengan melancarkan Windows 8 secara rasmi kepada umum pada 26 Oktober 2012.

Terdapat sejumlah perubahan signifikan yang telah dibawa oleh Windows 8 daripada versi Windows yang sebelumnya iaitu Windows 7 yang dibina pada tahun 2009. Lantarannya, pelbagai pendekatan yang dominan telah diketengahkan untuk memajukan sistem operasi ini sebelum dilancarkan kelak. Memetik satu pepatah, “masa dihargai, janji ditepati”, penulis akan menerangkan beberapa fungsi dan perubahan yang terbaru pada sistem operasi Windows 8.

Video Ulasan

Fungsi & Antara Muka
Windows 8 Boot

Proses boot Windows 8 telah didatangkan dengan logo baru “Windows” serta titik bulatan beranimasi yang sangat menarik. Paparan minimalis ini menggantikan paparan animasi boot Windows 7 yang sedikit sebanyak mengambil masa komputer untuk dihidupkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Microsoft amat komited dalam menekankan nilai simplistik pada sistem operasi terbaru mereka. Pada akhir sesi boot, paparan tersebut akan hilang dengan fade effect yang pasti memukau perhatian pengguna buat kali pertama melihatnya.

Selain daripada membawa pembaharuan antara muka, fungsi boot pada Windows 8 telah diperbaharui dan diberi nafas baru dengan kehadiran sokongan Fast Startup atau lebih dikenali sebagai Hybrid boot. Fungsi Hybrid boot ini membenarkan komputer dihidupkan dengan sangat pantas jika dibandingkan dengan proses boot biasa pada Windows 7. Bagi komputer yang menggunakan cakera keras biasa, Hybrid boot membolehkan komputer diboot dengan kepantasan seakan-akan menggunakan SSD dan rahsia disebalik Hybrid boot ini, ia dijayakan dengan kaedah “logoff + hibernate” semasa proses shut down dilakukan. Fungsi ini telah diaktifkan secara default oleh Windows 8 pada komputer yang menyokong fungsi hibernate.

Untuk memastikan sama ada fungsi ini telah diaktifkan atau tidak, pengguna boleh mengaksesnya pada Power plan option dan pastikan pada kotak kecil “Turn on fast startup” telah ditandakan.

Sokongan Hibrid BootSelain daripada pembaharuan dari segi antara muka dan prestasi boot, Microsoft turut mengubah cara perlaksanaan Windows bootloader pada Windows 8. Pada versi Windows sebelumnya, paparan ‘dual boot’ biasanya akan terpapar sebelum sistem operasi Windows menjalankan proses boot tetapi tidak pada Windows 8. Microsoft telah menetapkan paparan ‘dual boot’ akan kelihatan selepas Windows 8 boot screen. Ini bermakna, proses boot Windows 8 akan dijalankan terlebih dahulu dan selepas itu, paparan dual boot yang simplistik ini muncul untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk memilih sistem operasi keperluan mereka pada masa itu.

Start Screen

Satu fungsi revolusi pada Windows 8Start Screen merupakan satu fungsi revolusi yang hadir pada Windows 8. Kehadirannya membawa pelbagai fungsi baru dan pada masa yang sama, Start screen juga bertindak sebagai Start menu pada sistem operasi ini. Selepas proses login, pengguna akan dibawa ke Start screen yang menempatkan pelbagai tile aplikasi yang antaranya berasaskan teknologi HTML5. Menariknya, aplikasi yang dinamakan sebagai aplikasi Windows 8-style ini memudahkan pengguna mengakses sesuatu informasi tanpa perlu membuka dan melayari internet dengan menggunakan pelayar web. Selain daripada tile untuk aplikasi Windows 8-style, terdapat juga tile untuk program yang biasa dilihat pada desktop konvensional Windows seperti Internet Explorer, Desktop, Control Panel, dan lain-lain.

Selain itu, Windows 8 turut hadir dengan beberapa pilihan corak latar belakang yang membolehkan anda mengubah latar belakang Start screen berserta 25 kombinasi warna tema yang boleh ditetapkan mengikut citarasa pengguna.

Fungsi semantic zoom membenarkan pengguna mengecilkan Start Screen untuk melihat aplikasi yang berada pada Start Screen tersebut secara menyeluruh. Dari situ, pengguna dapat mengurus, mengubah kedudukan serta menamakan kumpulan aplikasi secara bebas mengikut kehendak pengguna.

Disamping memperkenalkan fungsi semantic zoom pada Windows 8, Microsoft juga telah membawa pelbagai pembaharuan pengawalan Start Screen. Jika diteliti, satu fungsi yang dikenali sebagai hidden app bar menawarkan kepada pengguna untuk pin sebarang perisian executable, laman web, kontak, dan lain-lain lagi. Pengguna yang menggunakan desktop juga boleh menggunakan satu fungsi baru yang dipanggil Push untuk skrol kandungan Start Screen secara pantas dengan mengheret kursor ke tepi kiri dan kanan skrin.

Windows Store

Relevan dengan kehendak zaman, syarikat gergasi dari Redmond itu telah membawakan pembaharuan dengan mengimplementasikan fungsi Store pada Windows 8. Fungsi ini dilihat dapat memudahkan pengguna untuk memuat turun aplikasi Windows 8-style dengan antara muka modern UI yang serba ringkas dan pantas.

Melalui Windows Store, pengguna boleh mendapatkan aplikasi Windows 8-style seperti aplikasi jaringan sosial, berita, muzik dan video, dan permainan yang sememangnya menarik untuk pengguna. Antara muka Windows Store hadir dengan paparan yang segar, ringkas, dan menarik sekaligus memudahkan pengguna memilih aplikasi kesukaan mereka. Antara aplikasi yang menarik untuk dimuat-turun ialah Tweetro for Windows 8, Skype for Windows 8, Jetpack Joyride dengan sokongan Xbox Live, Fresh Paint, dan Awesome Picture yang boleh didapati secara percuma.

Internet Explorer 10

Internet Explorer 10 akan diperkenalkan untuk Windows 7 tidak lama lagiWindows 8 tampil dengan versi pelayar web yang telah dipertingkatkan iaitu Internet Explorer 10. Pelayar web ini tampil dalam dua versi pada Windows 8, satu Internet Explorer 10 versi Windows 8-style dan satu lagi Internet Explorer 10 versi Desktop.

Internet Explorer 10 versi Desktop merupakan versi pelayar web yang masih lagi meneruskan pelayaran web yang serba pantas serta sokongan plug-in dan extension padanya.

Internet Explorer 10 versi Windows 8-style pula merupakan pelayar web dengan antara muka modern UI yang didatangkan dengan sokongan plug-in Adobe Flash selain menggunapakai teknologi HTML 5.

Adobe Flash Player didatangkan secara terbina pada IE10Sebelum Windows 8 dilancarkan, Microsoft telah mengumumkan kerjasama bersama Adobe untuk mengimplementasikan Flash Player pada pelayar web Internet Explorer 10 versi Windows 8-style dan juga versi desktop. Perkara ini secara tidak langsung memberi senyuman kepada pengguna yang gemar menikmati pelayaran web dengan sokongan Flash. Untuk pengetahuan umum, Internet Explorer 10 versi Windows 8-style dan versi Desktop didatangkan khas secara terbina dengan Adobe Flash Player 11.3.

Walau bagaimanapun, sokongan Adobe Flash Player pada Internet Explorer 10 versi Windows 8-style adalah terhad dan hanya laman web yang disahkan sahaja dapat menggunakan Flash. Pihak Microsoft memaklumkan sokongan Adobe Flash pada Internet Explorer 10 versi Windows 8-style hanyalah subset daripada Adobe Flash Player 11.3 demi untuk menjaga kepantasan, jangka hayat bateri, dan beberapa perkara yang melibatkan sekuriti.

Desktop

Fungsi Desktop yang diibaratkan seperti “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” ini masih lagi dikekalkan dalam Windows 8. Secara amnya, antara muka dekstop dan pengalaman menggunakannya saling tidak tumpah seperti menggunakan sistem operasi Windows 7. Pengguna boleh mengaksesnya dengan membuat klik pada tile Desktop di Start Screen. Melalui fungsi ini, pengguna masih lagi dapat mengakses Desktop seperti mana mereka gunakan pada versi Windows yang sebelumnya.

Perubahan yang jelas menonjol pada paparan desktop Windows 8 ini dapat disaksikan dengan ketiadaan butang Start menu pada bahagian kiri bawah skrin. Start menu yang menjadi sajian harian pengguna PC selama hampir dua dekad ini telah digantikan dengan fungsi Start screen yang amat menarik penggunaannya. Untuk mengakses kembali ke Start screen, pengguna hanya perlu membawa kursor ke sedikit bawah daripada tempat asal Start menu.

File Explorer

Untuk pengetahuan umum, Windows Explorer telah dinamakan sebagai File Explorer dalam sistem operasi Windows 8. Paparan Windows 8 File Explorer hadir dengan sedikit kesamaan seperti Windows Explorer pada Windows 7. Microsoft telah menambah butang “Up” yang pernah menjadi alatan berguna pada versi Windows suatu ketika dahulu bersama ribbon toolbar yang terdapat pada Office 2010 untuk memudahkan pengguna mengakses pelbagai tugasan sistem. Apa yang membezakan lagi, nama program kini bukan lagi berada di sebelah kiri tetapi telah dialihkan ke bahagian tengah titlebar.

Pembaharuan File Explorer yang dilakukan pada Windows 8 dapat dilihat pada antara muka yang menjadi semakin kemas, ‘solid’, dan kurang penglibatan antara muka yang bersifat ‘glossy’. File Explorer pada Windows 8 hadir dengan ribbon toolbar yang disorokkan secara default. Sifat ribbon yang mengambil ruang yang besar sememangnya menimbulkan ketidakselesaan sesetengah pengguna akan fungsi tersebut.

Fungsi Auto Colorization

Windows 8 telah didatangkan dengan fungsi Auto Colorization, memudahkan pengguna dalam menetapkan warna tema Windows mereka. Melalui fungsi ini, warna tema akan ditetapkan secara automatik berdasarkan warna utama wallpaper yang pengguna aktifkan.

Paparan Kursor Diperbaharui

Selain daripada perubahan pada antara muka desktop, antara muka kursor pada Windows 8 juga telah diperbaharui dengan paparan yang lebih segar berbanding Windows sebelum ini. Paparan kursor ‘glossy’ yang telah digunakan buat sekian lama sejak zaman Windows Vista telah digantikan dengan kursor ‘solid’ yang ternyata lebih ringkas dan kemas.

Windows Task Manager

Perubahan drastik yang dapat dilihat pada Windows 8 adalah dengan kehadiran Task Manager yang telah diperbaharui. Task Manager yang diperbaharui ini memberi kepada pengguna dengan fungsi yang lebih mendalam disamping mengoptimasikan penggunaan tab pada fungsi tersebut.

Lock Screen

Fungsi Lock Screen yang sangat popular digunakan pada telefon pintar masa kini turut diimplementasikan pada Windows 8. Fungsi ini dapat diaktifkan setelah pengguna ‘lock’ PC mereka yang dilihat amat penting bagi pengguna komputer tablet. Windows 8 membolehkan pengguna menukar gambar pada Lock Screen tersebut dengan enam pilihan gambar latar belakang yang telah disediakan atau gambar yang lain mengikut pilihan pengguna. Paparan Lock Screen pada Windows 8 memaparkan waktu serta notification yang berlatar belakangkan wallpaper lock screen yang telah ditetapkan pengguna tersebut.

Untuk keluar daripada Lock Screen, pengguna perlu mengheretkan Lock Screen tersebut ke atas dan Windows akan membawa pengguna ke paparan login screen (jika password dipasang) atau ke tempat sebelum Lock Screen diaktifkan seperti Desktop atau Start screen semula.

Picture Password

Salah satu fungsi yang menjadi daya tarikan Windows 8 adalah fungsi Picture Password yang sememangnya dilihat sebagai satu inovasi yang kreatif untuk membuka kata laluan. Melalui fungsi ini, kata laluan dapat dibuka dengan hanya melakukan beberapa bentuk seperti garisan atau bulatan pada atas gambar yang telah ditetapkan oleh pengguna. Jika pengguna tidak dapat melakukan atau terlupa untuk membuat bentuk garisan atau bulatan pada gambar, pengguna masih boleh menggunakan kata laluan biasa untuk log masuk Windows. Fungsi ini boleh diaktifkan melalui Control Panel versi Windows 8-style.

Control Panel

Untuk pengetahuan umum, Windows 8 didatangkan dengan dua versi Control Panel, satu Control Panel versi Windows 8-style dan satu lagi Control Panel versi desktop. Paparan Control Panel versi Desktop Windows 8 masih dikekalkan sama seperti yang terdapat pada Windows 7. Pada Control Panel versi Windows 8-style didatangkan dengan beberapa setting ringkas dalam antara muka modern UI.

Charm Bar

Windows 8 sememangnya direka untuk memudahkan pengguna melakukan tugasan harian mereka. Fungsi yang diberi nama Charm Bar menjadi elemen yang cukup penting bagi sistem operasi ini agar lebih mudah untuk digunakan. Untuk memaparkan fungsi tersebut, pengguna hanya perlu menggerakkan kursor di penghujung kanan atas atau bawah skrin. Selain mengheret kursor ke bahagian tersebut, Charm Bar juga boleh dipaparkan dengan menggunakan kombinasi butang “Windows + C” pada keyboard.

Charm Bar yang direka pada Windows 8 memudahkan pengguna mengakses beberapa tugasan pada sistem operasi ini seperti akses pantas ke Start Screen atau menggunakannya untuk tugasan pantas yang lain seperti mengawal sambungan WiFi atau shut down komputer.

App Switcher

Antara muka Switcher yang serba baru telah diperkenalkan pada Windows 8, menyediakan cara yang konsisten untuk melakukan penukaran serta mengawal antara aplikasi. Pengguna boleh mengeluarkan fungsi App Switcher dengan membawa kursor ke atas kiri skrin dan heretkannya ke bawah. Switcher memaparkan aplikasi yang berjalan dalam bentuk thumbnail untuk memudahkan pengguna memilih dan mengakses aplikasi tersebut. Cukup mudah, pengguna hanya perlu tarik keluar salah satu thumbnail tersebut dan lepaskan ke bawah skrin untuk menutup aplikasi tersebut.

App Snapping

Melakukan dua tugasan dalam satu masa sudah menjadi trend oleh pengguna PC hari ini selepas Microsoft memperkenalkan fungsi Aero Snap pada Windows 7. Bertepatan dengan peribahasa, “yang lama dikelek, yang baharu didukung”, Microsoft mengambil inisiatif untuk memperkenalkan fungsi App Snapping pada Windows 8. Fungsi ini membolehkan pengguna untuk Snap aplikasi Windows 8-style ke bahagian tepi kiri atau kanan skrin dan pada masa yang sama, skrin utama membolehkan pengguna memaparkan kerja utama mereka. Sebagai contoh daripada penggunaan fungsi ini, pengguna dapat melakukan tweet pada tepi skrin sambil di paparan utama melakukan tugasan yang lain seperti melayari laman web, melakukan tugasan pejabat, mahupun ketika sedang menonton video.

Smart Copy

Melalui Windows 8, Smart Copy membolehkan pengguna mengawal pemindahan data dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Pengguna juga diberi pilihan untuk melihat informasi penghantaran fail seperti kelajuan penghantaran sesuatu file dengan lebih mendalam. Jurutera Microsoft bijak menggunakan mata akal mereka dengan membolehkan Smart Copy mengawal pemindahan fail dengan mudah, seperti menghentikan sesuatu fail itu dipindahkan sementara menunggu fail yang lain dipindahkan atau sebagainya.

Fungsi Recovery

Perkara menarik yang didatangkan bersama Windows 8 adalah fungsi “Recovery” yang mana membolehkan pengguna untuk Refresh atau Reset komputer mereka. Fungsi ini membolehkan pengguna membuat ‘refreshment’ pada PC yang digunakan tanpa perlu ‘format’ kembali PC tersebut.

    Refresh PC – merupakan satu tetapan untuk reload Windows 8 tanpa kehilangan file pengguna, gambar, video, muzik, dan lain-lain. Ia diibaratkan seperti memasang semula Windows tetapi prestasinya ternyata lebih baik disamping tidak perlu risau akan kehilangan segala dokumen penting. Namun begitu, perli diingatkan bahawa aplikasi yang berada pada keadaan sebelum ‘Refresh PC’ akan dibuang. Setelah selesai proses ‘Refresh PC’ dijalankan, satu log yang berkaitan dengan aplikasi yang telah dibuang diletakkan pada desktop untuk dijadikan sebagai rujukan semula kepada pengguna.
    Reset PC – suatu tetapan untuk meletakkan komputer kepada keadaan seperti yang asal. Perlu diingatkan, harus berhati-hati sebelum memulakan proses ini kerana ia akan memadamkan kesemua file pengguna. Ia akan menjadi berguna apabila pengguna perlu membersihkan cakera keras akibat daripada jangkitan virus.
Fungsi File History

Windows 8 telah didatangkan dengan satu fungsi baru yang diberi nama “File History”. Fungsi ini akan menyimpan salinan data yang telah ditandakan, bermakna pengguna boleh restore data tersebut jika ia hilang mahupun rosak. Fungsi ini boleh diakses melalui Control Panel.

Integrasi SkyDrive Secara Terbina

Tiada sebarang aplikasi tambahan perlu dimuat turun kerana SkyDrive sudah menjadi sebahagian daripada Windows 8. Aplikasi SkyDrive versi Metro membolehkan pengguna untuk sync fail peribadi mereka terus ke akaun SkyDrive tanpa perlu membuka sebarang pelayar web. Melalui fungsi ini, pengguna dapat mengakses fail mereka pada peranti lain tidak kira masa, di mana jua.

Sokongan Integrasi Microsoft Account

Dengan hanya log masuk ke Microsoft Account yang dahulunya dikenali sebagai Windows Live ID, pengguna dapat melakukan sync untuk membawa seluruh kandungan peribadi pengguna tersebut pada Windows 8 ke peranti mudah alih serta PC yang lain. Ini termasuk beberapa kandungan seperti PC settings, personalizations (warna tema, wallpaper, lock screen, dan gambar pengguna), ease of access settings, bahasa pilihan, app settings, browser settings, Explorer dan mouse settings, informasi log masuk, dan pelbagai lagi. Apa yang menarik, kesemua ini dijayakan dengan hanya log masuk akaun sahaja.

Sokongan Xbox Live

Satu lagi sokongan yang menjadi titik jualan Windows 8 adalah integrasi di antara sistem operasi dan Xbox Live. Microsoft mengambil pendekatan ini untuk menyatukan desktop mahupun tablet dengan peranti permainan yang menjadi sebutan pengguna pada era ini untuk menjadikannya lebih menarik dan praktikal. Windows 8 tidak didatangkan dengan sebarang permainan secara terbina dan pengguna boleh memuat turun apliksi permainan melalui Windows Store. Antara permainan Xbox Live untuk Windows 8 yang menjadi pilihan penulis pada saat ini ialah Jetpack Joyride dan Pinball FX2 yang sememangnya cukup menghiburkan.

DirectX 11.1

Bagi peminat dunia permainan komputer, Windows 8 turut didatangkan dengan sokongan DirectX 11.1 yang telah dipertingkatkan dari segi sokongan grafik. DirectX 11.1 membawakan sokongan WDDM 1.2 untuk peningkatan prestasi grafik selain membawa peningkatan fungsi integrasi Direct2D, Direct3D, dan DirectCompute. DirectX 11.1 juga hadir dengan DirectXMath, XAudio2, dan XInput daripada XNA framework. Selain itu, turut hadir bersama dengan DirectX 11.1 ialah sokongan stereoscopic 3D untuk keperluan permainan dan video.

Sokongan USB 3.0 dan Near Field Communication (NFC) Secara Natif

Windows 8 turut hadir dengan sokongan untuk peranti USB 3.0, yang mana melalui sokongan ini membolehkan aktiviti pemindahan data dilakukan dengan pantas disamping meningkatkan kreditibiliti pengurusan kuasa USB 3.0 pada peranti Windows 8. Selain itu, sokongan Near Field Communication (NFC) turut didatangkan secara natif melalui Windows ini. Sokongan NFC ini membolehkan penghantaran data dan komunikasi dilakukan pada jarak yang dekat antara peranti yang mempunyai sokongan NFC.

Sokongan Kad Sim dan Mod Penerbangan

Windows 8 juga turut hadir dengan sokongan kad sim yang telah dipertingkatkan untuk penggunaan mobile broadband. Windows 8 kini dapat menyediakan setting sambungan secara automatik jika ada sebarang kad sim dimasukkan, termasuk setting APN dan maklumat telco serta fungsi meter untuk mengawal jumlah quota internet. Selain itu, telco kini dapat menawarkan pengurusan broadband dengan lebih interaktif lagi melalui aplikasi pada Windows Store, yang mana memudahkan pengguna melihat statistik penggunaan pada live tile di Start screen.

Windows 8 turut didatangkan dengan mod penerbangan yang membolehkan komputer dinyahaktifkan daripada sebarang sambungan wayarles. Fungsi ini boleh diaktifkan melalui paparan senarai Wi-Fi network dengan hanya satu klik.

Windows To Go

Windows To Go membolehkan pengguna membuat live USB Windows 8 dan menggunakannya pada PC lain tanpa menjalankan pemasangan Windows. Melalui fungsi ini, pengguna hanya perlu boot USB flash drive tersebut dan Windows 8 sedia untuk digunakan. Sememangnya Windows To Go dicipta untuk memudahkan pengguna yang sering menggunakan PC lain ketika menjalankan tugasan pejabat. Walau bagaimanapun, sokongan ini hanya hadir untuk Windows 8 Enterprise sahaja.

Kompatibiliti & Stabiliti

Windows 8 boleh dipasang tanpa sebarang masalah sekiranya anda menggunakan Windows 7 kerana keperluan sistem operasi Windows 8 adalah hampir sama seperti keperluan sistem untuk pemasangan Windows 7. Bagi pengguna Windows Vista dan Windows XP, beberapa keperluan sistem perlu diambil bagi memastikan Windows 8 dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna pada komputer anda. Berikut dinyatakan keperluan sistem untuk pemasangan sistem operasi Windows 8.

Keperluan Sistem Windows 8
Keperluan Sistem Windows 8
Pemprosesan 1 gigahertz (GHz) atau lebih
Memori 1 gigabait (GB) (untuk 32-bit) atau 2 GB (untuk 64-bit)
Cakera keras 16 GB (untuk 32-bit) atau 20 GB (untuk 64-bit)
Skrin (Kedua-dua) 11.6-inci FHD (1920×1080)
Kad grafik Peranti grafik Microsoft DirectX 9 dengan WDDM driver

Sistem operasi ini turut hadir dengan beberapa keperluan yang lain untuk sokongan serta kepuasan pengalaman penuh dalam menggunakan Windows 8.

Untuk menggunakan fungsi touch, tablet atau paparan skrin sentuh yang mempunyai sokongan multitouch diperlukan. Untuk menjalankan aplikasi Windows Store dan aplikasi Windows 8-style, resolusi skrin mestilah sekurang-kurangnya 1024 x 768 dan ke atas. Skrin dengan resolusi 1366 x 768 diperlukan untuk menjalankan fungsi App Snap.

Beberapa permainan dan aplikasi memerlukan kad grafik DirectX10 dan ke atas untuk kepantasan yang optimum.
Akaun Microsoft diperlukan untuk sesetengah fungsi di dalam Windows.

Sokongan DVD playback tidak didatangkan secara default dan memerlukan perisian yang lain untuk memainkannya.
Lesen untuk pek Windows Media Center dijual secara berasingan. (Lesen percuma boleh didapati di laman Microsoft Windows sehingga 31 Januari 2013.)

Berbicara dari segi stabiliti, sokongan aplikasi legacy Windows masih boleh dijalankan pada Windows 8 tanpa sebarang masalah. Beberapa aplikasi seperti Avast! Free Antivirus, VLC Player, Adobe Photoshop versi lama dan FormatFactory dapat dipasang tanpa ada masalah dan error. Sokongan permainan juga hampir sejumlah yang besar masih boleh dimainkan pada Windows 8. Berdasarkan percubaan penulis, permainan seperti Dota 2 dan Call of Duty: Modern Warfare 3 dapat dimainkan tanpa sebarang masalah malah terasa lebih laju berbanding Windows 7.

Dari segi kelancaran pula, Windows 8 sememangnya sangat pantas jika dibandingkan dengan prestasi kelancaran pada Windows 7. Antara muka yang telah diperkemaskan sedikit sebanyak membantu dalam kelancaran Windows 8. Sokongan Fast Start up dilihat berjaya menambat hati penulis kerana ia membuatkan PC penulis dihidupkan seakan-akan menggunakan SSD. Secara keseluruhan, penulis amat berpuas hati menggunakan Windows 8 ini dan merasakan Windows 8 sememangnya salah satu sistem operasi Windows yang terbaik setakat ini.

Beberapa menu di dalam Windows 8 hampir keseluruhannya diletakkan pada lokasi yang sedikit tersorok daripada pandangan mata dan mungkin mengambil masa untuk pengguna menguasai sistem operasi ini. Malahan perkara kecil seperti shut down juga berada pada lokasi yang berbeza berbanding sistem operasi Windows 7 dan sebelumnya. Namun begitu, selepas beberapa ketika menelusuri Windows 8, pengguna pasti akan dapat menyesuaikan diri dengan sistem operasi ini kerana fungsinya tidak sesusah mana yang dijangka malah sebenarnya dipermudahkan lagi oleh Microsoft dalam menyediakan antara muka yang mesra pengguna.

Selain daripada sudut tahap kepenggunaan, apa yang penulis berasa sedikit kurang senang ialah aplikasi Windows 8-style yang kadang kala sedikit ‘buggy’ dan lambat untuk dibuka. Tidak seperti aplikasi desktop yang dijalankan pada Windows 8, aplikasi Windows 8-style yang berada pada Start screen kadang kala memerlukan sedikit masa untuk dijalankan. Pengguna akan dibawa ke paparan splash screen terlebih dahulu, tunggu, dan barulah aplikasi Windows 8-style akan terpapar pada skrin. Apapun, isu ini hanyalah satu isu kecil dan mungkin pihak Microsoft ada cara untuk cuba memperbaikinya pada masa-masa yang akan datang.

Bercakap mengenai status sokongan pula, status sokongan Windows 8 bermula 30 Oktober 2012 selepas 4 hari pelancaran sistem operasi ini kepada umum. Sokongan aliran utama (mainstream support) Windows 8 telah diputuskan oleh Microsoft dalam membawa pengemasikinian Windows sehingga 9 Januari 2018 manakala sokongan pemanjangan (extended support) Windows 8 dilanjutkan sehingga 10 Januari 2023.

Versi


Windows 8 hadir dalam empat versi dan hanya dua versi sahaja yang dijual secara umum. Dua versi utama untuk jualan iaitu Windows 8 (versi teras) dan Windows 8 Pro boleh didapati melalui pembelian atas talian atau pembelian dalam bentuk fizikal. Windows 8 Enterprise pula ditujukan untuk kegunaan pejabat, syarikat serta organisasi yang hanya ditawarkan melalui pembelian lesen secara pukal. Selain itu, satu versi khas iaitu Windows on ARM atau lebih dikenali sebagai Windows RT yang didatangkan secara khusus pada komputer tablet yang berkuasakan pemprosesan ARM seperti mana yang hadir pada tablet Surface.

Windows 8 (versi teras)

Menurut Microsoft, Windows 8 versi ini akan menjadi sasaran majoriti pengguna. Windows 8 versi teras hadir dengan fungsi asas seperti mana yang telah hadir pada Windows 8 Consumer Preview seperti File Explorer yang telah dipertingkatkan, Task Manager yang telah diperbaharui, sokongan multi-skrin dan kebolehan untuk menukar ke pelbagai pilihan bahasa, yang mana sebelum ini hanya diperkenalkan pada versi Windows Vista & 7 Enterprise dan Ultimate sahaja.
Bermula Windows 8, Windows Media Center sudah tidak lagi berada dalam kesemua versi Windows 8 secara terbina. Walau bagaimanapun, fungsi ini boleh didapati melalui pembelian “Pro Pack” untuk Windows 8 versi teras.
Pengguna Windows 7 Starter, Home Basic dan Home Premium yang sedia ada boleh menaik taraf ke Windows 8 versi teras ini.

Windows 8 Pro

Windows 8 Pro direka untuk penggiat teknologi, ahli-ahli perniagaan, serta golongan teknikal professional. Windows 8 Pro hadir dengan fungsi yang telah didatangkan pada Windows 8 versi teras serta termasuk beberapa fungsi seperti encryption, virtualization, pengurusan PC, dan pengurusan sambungan domain.

Berikut dinyatakan fungsi yang eksklusif pada Windows 8 Pro dan fungsi-fungsi ini tidak berada pada Windows 8 versi teras.

  • BitLocker dan BitLocker To Go
  • Sokongan boot dari VHD
  • Client Hyper-V
  • Domain Join
  • Encrypting File System
  • Group Policy
  • Remote Desktop (kebolehan menjadi host)

Sama seperti Windows 8 versi teras, Windows Media Center juga sudah tidak didatangkan secara terbina pada Windows 8 Pro dan fungsi ini boleh didapati untuk pembelian sebagai add-on untuk Windows 8 Pro. Pada saat artikel ini ditulis, pengguna boleh mendapatkan “Windows Media Center add-on” untuk Windows 8 Pro secara percuma sehingga 31 Januari 2013.

Pengguna Windows 7 Starter, Home Basic, Home Premium, Professional, dan Ultimate yang sedia ada boleh menaik taraf ke versi Windows 8 Pro ini.

Windows 8 Enterprise

Sama seperti Windows sebelum ini, Microsoft turut menawarkan versi Windows 8 yang direka secara spesifik untuk pengguna yang mempunyai perjanjian Software Assurance. Windows 8 versi ini membenarkan lesen Windows dibeli secara pukal yang semestinya ditujukan untuk organisasi perniagaan besar. Windows 8 Enterprise mempunyai kesemua fungsi yang ada pada Windows 8 Pro serta beberapa fungsi untuk organisasi IT, yang mana Windows versi ini didatangkan dengan kebolehan PC deployment, pilihan sekuriti yang tinggi, virtualization, dan kebolehan mobiliti.

Berikut dinyatakan fungsi yang eksklusif yang hanya boleh didapati pada Windows 8 Enterprise dan kesemua fungsi yang dinyatakan ini tidak berada pada Windows 8 versi lain.

  • Windows To Go
  • DirectAccess
  • BranchCache
  • AppLocker
  • VDI Enhancements
  • App Deployment

DirectAccess membenarkan pengguna untuk remote pengguna lain secara terus menerusi sumber akses di dalam jaringan korporat tanpa perlu melancarkan virtual private network (VPN) yang berlainan. BranchCache pula membolehkan pengguna PC untuk cache file, laman web, dan kandungan lain dari pusat server. Melalui fungsi ini, kandungan tidak dimuat-turun berulang kali melalui wide are network (WAN). Selain itu, AppLocker membantu beberapa masalah yang berkaitan isu sekuriti dengan menyahakses file dan aplikasi daripada pengguna yang telah diberi kebolehan untuk menjalankan file dan aplikasi tersebut.

Windows RT

Windows RT yang juga dikenali sebagai Windows on ARM (WOA) merupakan versi Windows yang didatangkan secara khusus pada PC dan komputer tablet yang berkuasakan pemprosesan ARM. Versi ini membolehkan Windows dipasang pada peranti yang mempunyai form factor yang nipis dan ringan serta membantu dalam menyediakan jangka hayat bateri yang lebih panjang.

Windows RT memberikan pengalaman seakan PC yang hampir sama seperti Windows 8 versi lain, cuma versi ini tidak didatangkan dengan sokongan pemasangan aplikasi 32-bit serta 64-bit. Windows RT hadir dengan sokongan desktop sama seperti PC, kebolehan File Explorer, aplikasi pejabat Office 2013, dan aplikasi Windows 8-style yang sememangnya dioptimasikan untuk paparan skrin sentuh.

Untuk memudahkan pembaca memahami Windows RT, versi ini hanya membolehkan pemasangan aplikasi daripada Windows Store sahaja dan sebarang aplikasi 32-bit serta 64-bit seperti Adobe Photoshop versi penuh, Photoscape, dan pelbagai aplikasi desktop yang lain tidak dapat dijalankan pada versi ini.

Namun begitu, Windows RT tidak seharusnya dipandang enteng kerana konsepnya sama seperti iOS untuk iPad. iOS untuk iPad juga tidak dapat menjalankan sebarang aplikasi yang ada pada OS X dan hanya aplikasi yang berada pada App Store sahaja boleh dipasang pada iOS untuk iPad ini. Justeru, dengan peningkatan aplikasi yang berada dalam Windows Store hari demi hari, Windows RT dilihat mampu memberikan pengalaman yang lebih kepada pengguna apatah lagi didatangkan dengan kebolehan desktop serta aplikasi pejabat Microsoft Office 2013 versi penuh yang sememangnya menjadi kelebihan kepada Windows versi ini.

Tidak seperti versi Windows 8 yang lain, Windows RT merupakan satu-satunya versi Windows 8 yang hadir dengan Microsoft Office 2013. Windows RT hanya boleh didapati secara terbina pada PC dan komputer tablet yang berkuasakan pemprosesan ARM dan tidak dijual secara individual.

Laluan Naik Taraf

Adakah Windows 8 akan menyimpan program dan aplikasi, file dokumen, dan setting pengguna?Pengguna Windows yang lain seperti Windows 7, Windows Vista, dan Windows XP turut berpeluang menaik taraf PC mereka kepada Windows 8. Mungkin sudah sedia maklum, Microsoft telah menawarkan kepada pengguna yang membeli PC dengan Windows 7, bermula 2 Jun 2012 sehingga 31 Januari 2013 berpeluang untuk menaik taraf ke Windows 8 Pro dengan hanya $14.99.

Namun begitu, beberapa perkara yang sering diutarakan daripada pengguna, adakah Windows 8 akan menyimpan program dan aplikasi, file dokumen, dan setting pengguna? Berikut dinyatakan beberapa perkara yang akan disimpan oleh Windows 8 ketika proses naik taraf.

Laluan Naik Taraf Windows 8 untuk Windows 7

Windows 7 Starter, Home Basic, dan Home Premium: Pengguna versi ini boleh menaiktaraf ke kedua-dua versi Windows 8 sama ada Windows 8 versi teras atau Windows 8 Pro. Melalui proses naik taraf ini, Windows akan menyimpan segala program dan aplikasi, file dokumen, dan setting pengguna yang berada pada Windows 7.

Windows 7 Professional dan Ultimate: Pengguna versi ini tidak boleh menaiktaraf ke Windows 8 versi teras dan hanya boleh dinaiktaraf ke Windows 8 Pro bagi versi pasaran umum. Melalui proses naik taraf ini, Windows akan menyimpan segala program dan aplikasi, file dokumen, dan setting pengguna yang berada pada Windows 7.

Windows 7 Professional dan Enterprise: Pengguna versi ini juga boleh menaiktaraf ke Windows 8 Enterprise yang dijual bagi pasaran spesifik. Melalui proses naik taraf ini, Windows akan menyimpan segala program dan aplikasi, file dokumen, dan setting pengguna yang berada pada Windows 7.

Laluan Naik Taraf Windows 8 untuk Windows Vista

Tidak terkecuali, pengguna Windows Vista juga boleh menaik taraf PC mereka kepada Windows 8. Walau bagaimanapun, Windows 8 tidak akan menyimpan segala program dan aplikasi yang berada pada komputer Windows Vista pengguna.
Jika pengguna menggunakan Windows Vista tanpa Service Pack, Windows 8 hanya menyimpan file dokumen pengguna sahaja selepas proses naik taraf.

Jika pengguna menggunakan Windows Vista Service Pack 1 dan ke atas, Windows 8 akan menyimpan segala file dokumen dan setting pengguna yang telah berada pada Windows Vista seperti sebelumnya.

Laluan Naik Taraf Windows 8 untuk Windows XP

Pengguna Windows XP juga boleh menaiktaraf PC mereka ke Windows 8, akan tetapi perlu diingatkan bahawa Windows 8 hanya akan menyimpan file dokumen pengguna selepas proses naik taraf Windows 8 selesai, sama seperti laluan pengguna Windows Vista tanpa Service Pack.

Perlu diingatkan juga, Windows XP dengan Service Pack 3 diperlukan untuk menjalankan proses naik taraf ke Windows 8.
Sungguhpun begitu, sebarang naik taraf yang melibatkan pertukaran jenis architecture tidak dibenarkan dalam proses ini. Sebagai contoh, jika pengguna menggunakan Windows 7, Vista, atau XP 32-bit, ia tidak boleh dinaiktaraf ke Windows 8 versi 64-bit atau sebaliknya.

Harga

Bagi menggalakkan pengguna untuk membeli Windows 8 secara sah, Microsoft telah menurunkan hampir kesemua versi pakej pembelian Windows 8. Jika dibandingkan dengan harga pakej yang ditawarkan pada Windows 7, pakej pembelian Windows 8 dilihat berpatutan dan mampu dibeli oleh pengguna. Melalui pakej pembelian ini, Microsoft mensarankan kepada pengguna untuk membeli versi muat-turun yang menawarkan pakej dengan harga yang lebih murah berbanding pembelian dengan kotak DVD.

$14.99 USD (Lebih kurang RM50): Windows Upgrade Offer (Windows 8 Pro versi naik taraf dengan muat-turun)
Jika anda membeli sebarang komputer yang didatangkan dengan Windows 7 bermula 2 Jun 2012 sehingga 31 Januari 2013, anda berpeluang untuk menaik taraf komputer tersebut ke Windows 8 Pro dengan tawaran ini.

$39.99 USD (Lebih kurang RM120): Windows 8 Pro (versi naik taraf dengan muat-turun)
Jika anda tidak berpeluang dan bukan dari senarai pembeli komputer yang hadir dengan Windows 7 pada tarikh yang telah ditetapkan, anda berpeluang untuk menaik taraf ke Windows 8 dengan harga ini.

$69.99 USD (Lebih kurang RM210): Windows 8 Pro (versi naik taraf dengan kotak DVD)
Jika anda perlukan naik taraf ke Windows 8 yang menggunakan DVD, ini mungkin menjadi pilihan anda. Jika anda menggunakan DVD Windows hanya untuk keperluan backup data, anda boleh burn DVD anda atau menjadikannya bootable pada sebarang USB flash drive dengan pakej muat-turun Windows 8 $39.99.

$99.99 USD (Lebih kurang RM300): Windows 8 (versi OEM dengan kotak DVD)
Jika anda membuat custom PC atau membeli komputer yang tidak didatangkan dengan sebarang sistem operasi Windows, pakej ini ditujukan untuk anda jika anda ingin memasang Windows 8 versi teras pada komputer tersebut.

$139.99 USD (Lebih kurang RM420): Windows 8 Pro (versi OEM dengan kotak DVD)
Jika anda membuat custom PC atau membeli komputer yang tidak didatangkan dengan sebarang sistem operasi Windows, pakej ini ditujukan untuk anda jika anda ingin memasang versi Windows 8 Pro yang hadir dengan pelbagai fungsi untuk komputer tersebut.

$69.99 USD (Lebih kurang RM210): Windows 8 Pro Pack (dengan kotak)
Bagi pengguna Windows 8 versi teras yang ingin menaik taraf ke Windows 8 Pro, pakej ini sememangnya ditujukan untuk anda. Melalui pembelian pakej ini, ia turut didatangkan dengan Windows Media Center serta kebolehan memainkan DVD pada komputer anda.

Konklusi

Bertepatan dengan kata mutiara, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, Microsoft berani melakukan perubahan walau bermain dengan risiko daripada kritikan pengguna. Evolusi secara holistik yang dibawa oleh Microsoft kepada Windows 8 sememangnya telah mengubah cara pengguna menggunakan PC pada hari ini. Aspirasi Microsoft untuk mendekatkan pengguna dengan PC dilihat cukup positif dan kehadiran sistem operasi ini bakal membuka dimensi baru dalam dunia pengkomputeran.

Kehadiran beberapa fungsi baru seperti Start screen yang menjadi cerucuk utama sistem operasi terbaru ini tidak lagi menjadi masalah kerana masyarakat hari ini semakin mahir mengawal PC mereka. Dengan hanya beberapa ketika, segala fungsi asas telah dikecapi oleh pengguna. Selain itu, kehadiran aplikasi Windows 8-style yang memukau perhatian pengguna menjadikan PC tidak lagi sebuah PC biasa malah digunakan secara lebih meluas penggunaannya. Tidak hairanlah PC kini berperanan lebih proaktif dengan menyediakan aplikasi yang setara dengan sebuah telefon pintar.

Ramuan antara muka Modern UI yang disulami tekad menjadi acuan utama dalam pembangunan Windows 8. Adunan typografi dan gambar diadun secara minimalis menaikkan selera halwa mata disamping pengguna dapat merasai kemanisan dan kelazatan dalam merasai pengalaman menggunakan sistem operasi ini. Sememangnya acuan untuk membentuk Windows 8 perlu diteliti dengan rapi untuk menghasilkan satu sistem operasi yang enak untuk dinikmati oleh pengguna.

Pembaharuan yang dibawa oleh Windows 8 tidak seharusnya dipandang enteng oleh pengguna kerana setiap fungsinya ada keistimewaannya yang tersendiri. Ketidakhadiran fungsi Start menu pada desktop tidak sepatutnya dijadikan kritikan malah seharusnya disyukuri dengan kehadiran Start screen yang jauh lebih praktikal pada masa kini. Konsep yang dibawa oleh Start screen sebenenarnya hampir sama seperti fungsi Start menu pada sistem operasi konvensional Windows.

Pengguna hanya perlu menekan thumbnail kecil Start screen pada sedikit bawah kedudukan asal Start menu dan lihat aplikasi yang dipin dalam antara muka Modern UI yang sangat interaktif. Untuk melancarkan pencarian, pengguna hanya perlu menaip pada keyboard dan secara automatik Start screen melancarkan fungsi pencarian.

Prinsip “genggam bara api biar sampai jadi arang” yang dipraktikkan oleh jurutera Microsoft sememangnya membuahkan hasil apabila ramai yang memuji tahap prestasi dan stabiliti sistem operasi ini. Sesungguhnya Microsoft komited dalam memberikan pengalaman menggunakan PC yang lebih baik untuk pengguna hari esok. Pengalaman menggunakannya cukup berharga sehingga tidak lekang tangan penulis mengheret kursor ke sana ke mari untuk menelusuri sistem operasi itu sehingga saat ini. Ia umpama satu dunia baru yang perlu ditelusuri satu persatu dan diamati setiap fungsi yang ada demi menjamin kepuasan menggunakannya.

Ulasan Windows 8 ini disediakan oleh @AribIsmail khas untuk pembaca Amanz. Ikuti beliau di Twitter, ataupun melalui blog peribadi beliau di AribIsmail.com
Terdapat 123 komen
Komen Popular
  1. ulsasan terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!!11111satusatusatusatusatusatumalaysiasatusatusatusatu

    No seriously , its a bloody good review

Keseluruhan Komen
  1. ulsasan terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!!11111satusatusatusatusatusatumalaysiasatusatusatusatu

    No seriously , its a bloody good review

  2. terbaik la abg titew.. haha… kupasan dan penerangan yang cukup jelas bagi saya… dan membuatkan saya lagi bersemangat ingin mengenali Windows 8.. and semoga berjaya dalam bidang ini… :>

  3. bagusnya punya ulasan , terbayangkan depan mata. sampai buka google translate nak tahu maksud : kedaluwarsa , typografi :-)

  4. terima kasih kepada penulis yang bersusah payah membuat ulasan ini. sudah pocket untuk reference bila saya beli nanti :)

  5. ulasan yang terbaik sekali.. tp bile tengok harga untuk dvd pnye.. rase terkilan sket..

  6. fuh penat nak baca sampai habis. apapun jom beli windows 8 ramai2! :p

  7. nice info. tp tak baca habis sbb blm ada pc. dah ada pc nanti br baca. dah bookmark page ni. mmg niat nak beli customize pc bila windows 8 launch sbb nak tahu specs untuknya.

    soalannya. kalau untuk customize pc, yg pakej mana perlu beli? tak paham apa yg dibaca.

    • $139.99 USD (Lebih kurang RM420): Windows 8 Pro (versi OEM dengan kotak DVD)
      Jika anda membuat custom PC atau membeli komputer yang tidak didatangkan dengan sebarang sistem operasi Windows, pakej ini ditujukan untuk anda jika anda ingin memasang versi Windows 8 Pro yang hadir dengan pelbagai fungsi untuk komputer tersebut

  8. Review ok tpi suare xjelas sgt la…n trlalu cpt..xfhm..kne rewind..

  9. Obefiend ke yang buat grafik versi-o-meter dengan grafik wow tu? Macam hasil kerja dia je tu, hehehe..

  10. fuuuhh,ulasan mantap tahap lapan kuasa dua disusuli dengan pengunaan bahasa Melayu tahap A.Samad said versi IT. semangat nak pakai win8 semakin terasa-rasa ni.
    p/s:first time dengar perkataan “kedaluwarsa”, hiks

  11. kalau saya install windows 7 versi lanun pada hari ini, adakah saya berpeluang untuk menaik taraf sistem operasi laptop saya ke Windows 8 Pro dengan harga tawaran $14.99 USD (Lebih kurang RM50)? mohon pencerahan.

    • Ada yang dah mencubanya dan cakap berjaya, dan ada juga yang mengatakan kurang berjaya. So, bergantung kepada luck kot. ;)

      • apakah format fail yang tersimpan setelah selesai kita download Windows 8 Pro dengan menggunakan upgrade assistant. adakah ianya berformat .iso ataupun sebaliknya?

        • Hehe. Kalau tekan “Install now”, memang tiada apa-apa file yang akan tersimpan. Kalau boleh, masa dekat Upgrade Assistant tue, jangan klik dekat “Install now” tapi klik pada “Install by creating media”.

          Nanti akan keluar option untuk muat-turun file ISO ;)

          • terima kasih atas maklum balas. insyaallah, saya akan upgrade kepada Windows 8 Pro setelah membaca artikel ini. sangat mantap untuk dijadikan rujukan. mohon perbanyakkan lagi artikel seperti ini di masa akan datang. memang terbaik~ ;)

    • Yep, you can. I get the code just fine with pirated Windows 7.

      Going to redeem later.

      • if like that, i’m gonna format back my Windows 8 Pro (pirate) to Windows 7 (pirate) and upgrade it to Windows 8 Pro (ori) using upgrade assistant later. hope it works. thank you very much! :)

        #ohmyenglish

    • rasanya tak dapat sebab naiktaraf tu cuma valid untuk windows 7 ORIGINAL sahaja; yang membawa maksud lesen unik yang berbeza dari pengguna lain, dengan anggapan anda beli lesen tu dari komputer yang preload windows 7.

      misi gagal untuk anda nampaknye :P

  12. Kosakata yang memberansangkan. Aman, nak tanya satu soalan… Windows 8 pro yang kita beli dengan offer$14.99 tu, versi 64-bit ke 32-bit?

  13. kenapa video low kualiti “___” .. klu korang kt penang ak da ley sponsor equipment utk wat video..

  14. Ulasan yg terbaik. Setelah mencuba Win 8 Enterprise Evaluation Copy 90-days trial, rasanya sama apa yang diulaskan di artikel ini.

  15. kalau pirate 7 boleh upgrade windows 8 ori dengan hanya bayaran rm50 aku pon nak, best best

  16. Tnya sket… Arib wat reviu ni gna machine pe? Desktop? Laptop? Just curious…

  17. Nmpk nye microsoft dh kalahkn apple… mana ada lg mac yg ade touchscreen.. duku mac ckp pc xpower… now pc lg hebat dri mac..

    • Itu tanda2nya MacOS Apple semakin ketinggalan berbanding Windows 8 ciptaan Microsoft ni..nampak jelas. Sendiri boleh fikir la…ha ha ha

  18. “Internet Explorer 10 versi Desktop merupakan versi pelayar web yang masih lagi meneruskan pelayaran web yang serba pantas serta sokongan plug-in dan extension padanya.”
    Lepas ni lagi laju la download Firefox dgn Chrome guna IE 10. Nice

  19. Jika artikel ini di copy paste masukkan ke dalam artikel media massa mahupun cetak tanpa kebenaran AMANZ NETWORK adalah suatu kehinaan yang terlampau dan boleh disaman !

    Ini adalah suatu penjelasan yang amat lengkap untuk kenal. Apakah itu windows 8 ?

    Tahniah ! Hasil yang cemerlang

  20. Nak tumpang tanya sikit, tak berapa paham la… kalau dah ade win 7 home premium pakej win8 yg patot dibeli??

    *yang $69.99 USD (Lebih kurang RM210): Windows 8 Pro (versi naik taraf dengan kotak DVD) bole full format utk buat mcm laptop baru dengan set partition skali??

    • bleh guna upgrade assistant(search google)..
      upgrade ke windows 8 pro..
      kene bayar hanya usd14.99..
      mmg berbaloi

  21. ulasan yang mantap dan detail dan pengguna mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini. Terima kasih Arib Ismail dan amanz!

  22. cnne nk dptkn promo code tu.. dh cube isi bnyk kali still xdpt gk.. kena clean install pirate win 7 dlu then apply promo code ke..? anyone help plz.. huhu

  23. amanz, bleh x buat tutorial penuh utk nk install w8 melalui bootcamp…

  24. sempat baca separuh, lg separuh baca lain kali sbb panjang sgt… haha…

    papepon memang REVIEW YANG TERBAIK…. ;)

  25. kenape aku punye windows 8 kalau load list dlm folder tu lambat??
    terutama file installer/.exe
    sampai stuck x boleh nak scroll ke bawah
    time pakai windows 7 ok je
    x de pon problem nie

  26. Syabas Amanz…Ulasan yang lengkap dan padat…Tahniah!

    Tak sabar2 nak gunakan Windows 8 yang hebat ini, walaupun mungkin ada 1 – 2 kelemahan nanti, itu perkara biasa sebelum di sokong oleh ‘update’ nanti…
    Paparan Windows 8 nampak lebih cool dan mantap berbanding Windows 7 dan XP lebih2 lagi iOSX Apple.

    Tahniah Microsoft…bisnes anda terbaik.

  27. dear AMANZ dan pembaca2 yg budiman.. kalau saya download window 8 ni guna PC lain.. dgn niat utk install di PC yang lain.. adakah akan termakbul niat saya itu?? mintak pendapat pembaca2 yang budiman sekalian.. terimakasih..

    • akan termakbul..saudara boleh ambil installer di dalam C:\ESD\Windows. folder ini di hiddenkan…semoga membantu

          • lulz.. misi meng’legit’kan pc berjaya.. hanya dengan $14.. dapatkan segera windows 8 pro bersama product key yang sah.. selepas bermula dgn win95 15tahun lepas, akhirnya aku legit jgk dgn win8 niii…

  28. mantap artikel ni..

    soalan : kalau kita ada pc yg xde internet nak upgrade ke windows 8 memang kena beli versi DVD juga ke? atau boleh download guna upgrade assistant di PC lain yang ada internet?

    • Erm. Tak berapa pasti lak kalau takde internet, sebab time nak guna, dia suruh register Microsoft Account dan guna tuk login komputer.

      Yang upgrade assistant tue dia upgrade terus kat komputer sedia ada. ;)

  29. kalau gua install Tetingkap Lapan ni kena install balik tak game2 ngan software2 yg dah install sebelum ni?

    • Kalau upgrade, semua akan disimpan, dan boleh digunakan seperti biasa pada Windows 8. Tapi walau apa pun, pastikan buat salinan pendua, supaya mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Hehe.

  30. Terima kasih Aman kerana bersusah payah bagi review yang amat mudah difahami. Aku yang buta I.T ni dulu pun skang dah celik sikit lepas baca artikel2 kat sini

  31. Saya sudah menaiktaraf Tetingkap 7 Premium Rumah 64-bit kepada Tetingkap 8 Pek Pro 64-bit… Ianya sangat hebat, apalagi dengan tawaran menarik bagi sesiapa yang baru membeli dan memilki komputer tahun ini. Tetingkap 8 memberikan suatu pengalaman komputer serba baru yang lebih kepada pengunaan antar-muka secara tablet dan mudah alih. =)

  32. terbaik ahh ulasan yang diberikan..seronok baca..cuma nak tau..kalau pakai 7 ultimate pirate..leh ke nak upgrade ke windows lapan neh..??..pakej tang mana tu nak kena amik..?..ada senarai tempat leh upgrade tak..??..sori banyak tanya…baru je pertama kali ‘melawat’ amanz.my neh… :)

  33. nk tanya,ada cara lain nk nk beli product key sahaja sbb saya dh upgrade ke win8 pro sblmnya….nk beli utk upgrade computer lain..

  34. Ulasan yang menarik, memang terbaik ! cm best je windows lapan ni…. :-) credit to amanz.my teruskan yg terbaik & hanya yg terbaik ! Gud job…..

  35. Nak tanya, kalau nak upgrade tu (dari lanun ke ori) macam yang citer kat atas tu, maklumat Nama dan No tel tu bagi yang betul tak? Ke bagi yang tipu2 je dah boleh jugak?

  36. Upgrade dari Windows 7 dan mengekalkan file serta application, pemasangan agak lama.

  37. Fuh…mmg mantap habis ulasan ni…buat aku bertambah jeles utk dptkn win8 ni…aku pasti dptkannya juga!

  38. Salam 1 Malaysia, nampaknya ini ulasan sistem operasi terbaik yang pernah dikeluarkan Amanz.my. Cuma kalau boleh, lebihkan kepada isi utama, atau biasa dikatakan sebagai Straight-To-The-Point.

    Untuk ulasan sebegini, jika boleh, cuba selarikan dengan video. Maknanya,jika dah tayangkan pada video, ringkaskan dalam bentuk artikel. Jadi boleh wujudkan kesinambungan antara 2 element ni.

    Ulasan yang baik seperti ini perlulah disokong dengan kualiti video yang lebih baik dan kemas. Maaf jika saya katakan yang video agak hambar dan kurang jelas. Elok juga sekiranya video dirakam menggunakan komputer Windows 8 yang lebih kemas dan tak berserabut macam yang ada sekarang.

    Apa pun, syabas Amanz.my kerana berjaya mengeluarkan review ini.

  39. review teknologi yang paling berpuitis aku penah baca.. good job amanz~!

  40. Nak tanya.

    1. Selepas aku install melalui upgrade (file dan aplikasi masih lagi intact) dari Windows 7.

    2. Selepas beberapa lama; audio seakan tersekat-sekat; suara video, winamp, windows media player.

    3. Ada sesiapa yang mempunyai masalah sebegini?

  41. Maaf. Nampaknya ia masalah sambungan bluetooth.
    Saya menggunakan headphone bluetooth Nokia BH-503.
    Selepas memutus dan menyambung semula talian bluetooth, tiada lagi tersekat-sekat.
    Kemungkinan masalah dengan driver bluetooth.

  42. nak upgrade ke windows 8 ni kena backup dulu ke file2 di C: tu.
    (kurang tahu)

  43. Windows 8 Pro with Windows Media Center tak cun sebab takde tattoo kat start screen…harap maklum….

  44. eh boleh pilih nak download versi 32bit atau 64bit? sebab windows 7 aku sekarang 32 bit, so ingat nak pakai windows 8 64bit. bukan dia download based on current architecture ke?

    • Aku install guna DVD, so, bila masuk 32-bit nyer, dia detect kita nyer komputer guna architecture 64-bit, dia akan minta masukkan DVD lagi satu (versi 64-bit)

    • aku rasa time nk download tu upgrade assistant akan cek window hang pakai versi apa.. kalau 32.. dia sedut 32.. so make sure kalau nk 64bit pnya sila download pakai 64bit pnya pc.. btw.. promo utk upgrade yg $14 tu dh tak bleh pakai kot.. microsoft dh start mintak valid key utk windows 7 yg di guna pakai dkt pc.. lulz..

  45. nak tanya kalau pc gna Win 7 Ultimate kna tukar ke Win 7 Home Basic / Premium dlu ke baru boleh upgrade ke Windows 8 ?

  46. hai amans & pembaca sekalian..boleh x kalu kita copy file C:\ESD\Windows masuk pendrive then tukar HDD baru yg xde window langsung pastu boot dari pendrive tu?..mintak pencerahan sedikit.

    • macam yang aku buat, file dlm folder ESD tu aku tukar ke format iso, pastu aku buat bootable usb pendrive guna software windows 7 usb/dvd download tool (source file guna folder ESD yg dh ditukar ke format iso tadi). pastu baru boleh boot dari pendrive tu untuk install fresh windows 8

  47. Assalamualaiku, kenapa ek win 8 pro saya App Switcher dia takde? hanya ada close je bila saya righclick.

    • eh, silap.. app snapping..
      ok ok dah tau kenapa takda app snapping. pasal size screen dia kene 1366 x 768 ..huhu :)

Komen

Nama
Web