Cari @ Amanz

Dell XPS 12 merupakan salah satu peranti hibrid yang dibawakan oleh Dell, mengabungkan penggunaan tablet dan juga komputer riba pada satu peranti, dan dijana sepenuhnya menggunakan Windows 8.

Spesifikasi Dell XPS 12
Cip Intel Core i5 / Core i7
Memori 4GB/8GB DDR3 SDRAM
Skrin 12.5-inci FHD 1080p
Grafik Intel HD 4000
Storan 128GB / 256GB SSD

Kini, Dell XPS 12 telah pun dilancarkan secara rasminya di Malaysia, membawakan harga jualan bermula daripada RM3899 bergantung kepada spesifikasi yang dipilih oleh para pengguna.

Berbeza dengan kebanyakkan rekabentuk peranti hibrid yang lain, untuk Dell XPS 12, ia membolehkan bahagian skrin diputarkan, dan digunakan sebagai tablet ataupun komputer riba. Ia turut dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 12-inci padanya.

Selain daripada Dell XPS 12, pihak Dell Malaysia turut sama melancarkan dua komputer AIO mereka yang menggunakan Windows 8, iaitu Dell XPS One 27 dan juga Dell Inspiron One 23.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd