Cari @ Amanz

Efek umpama InstagramPada Windows terdapat beberapa perisian yang menawarkan pengeditan gambar dengan mudah, dan terkini, setelah berjaya mendapat perhatian ramai melalui aplikasi untuk Windows Phone, Fhotoroom turut sama hadir kepada pengguna Windows 8.

Fhotoroom menawarkan beberapa pengeditan asas, disamping membolehkan pengguna menambah stail dan efek kepada gambar-gambar mereka.

Walaupun beberapa fungsi yang ditawarkan adalah untuk versi berbayar, namun, versi percumanya yang sedia dimuat-turun daripada Windows Store ini boleh melakukan pelbagai perkara menarik, dan membolehkan anda menambah pelbagai efek pada gambar sebelum berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Untuk versi percuma, ia menawarkan lebih daripada 20 stail dan efek berbeza, disamping membolehkan anda menambah bingkai (border & frame) pada gambar anda. Bagi pengguna yang inginkan lebih kawalan, mereka turut sama boleh bermain dengan warna, keterangan, saturation dan sebagainya.

Sekiranya anda merupakan pengguna Windows 8 atau Windows RT, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Windows Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd