Carian
HTC Windows Phone 8X Di Malaysia Dalam Tempoh 2 Minggu Lagi – Berharga RM1799
November 2, 2012 Aman

Dengan pelancaran Windows Phone 8 pada awal minggu ini, semestinya ramai yang menantikan bilakah peranti yang menggunakannya akan tiba di Malaysia. Dan kini kelihatan pihak HTC membuat gerak awal, dan dijangka akan melancarkan peranti mereka dalam tempoh lebih kurang 2 minggu lagi, dan dijual pada harga RM1799.

Spesifikasi HTC Windows Phone 8X
Cip Qualcomm S4 1.5GHz (dwi-teras)
Memori 1GB RAM
Storan Terbina 16GB
Skrin 4.3-inci Super LCD 2
Kamera 8-megapixel (belakang), 2.1-megapixel(hadapan)
Bateri 1800 mAh
Lain-lain Beats Audio, NFC, GPS GLONASS

HTC bakal melancarkan Windows Phone 8 X di Malaysia terlebih dahulu para pertengahan bulan ini, sebelum membawa masuk Windows Phone 8S pada penghujung atau awal Disember kelak.

Seperti Nokia, HTC juga turut sama menawarkan telefon pintar Windows Phone 8X mereka dalam pilihan empat warna, iaitu biru, hitam, kuning dna juga merah. Ia turut dilengkapi dengan kamera berkuasa tinggi (dengan cip pengimejan yang didedikasikan khas), serta dilengkapi dengan Beats Audio yang didapati pada kebanyakkan peranti HTC pada masa kini.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Nokia mahupun Samsung akan menawarkan peranti Windows Phone 8 di Malaysia. Sementara itu, bagi mereka yang berminat, mungkin boleh mengumpulkan duit, dan mendapatkannya pada harga RM1799 di Malaysia.

Komen