READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

(Infografik) Linux Dan Statistik Penggunaan Semasa

Diterbitkan pada November 5, 2012 oleh

Linux, seperti semua sedia maklum, mempunyai komuniti tersendiri, dengan bilangan pengguna yang semakin bertambah dari hari ke hari. Walaupun dari segi penggunaan pada desktop, Linux masih rendah, pada kadar sekitar 1.17%, namun dari segi penggunaan pada peranti mudah-alih, ianya amat tinggi, dimana 75% peranti dijana menggunakannya.

Pihak Pingdom yang terkenal dengan sentiasa hadir dengan pelbagai statistik menarik, kini turut sama telah mengeluarkan statistik terkini berkenaan dengan dunia sistem operasi terbuka tersebut.

Daripada apa yang dikongsikan, ia dilihat, sebanyak 92.4% daripada 500 komputer berkuasa tinggi di dunia menjalankan Linux, disamping, industri ICT yang kelihatan semakin mempertingkatkan pengambilan pekerja mahir Linux dari hari ke hari.

Dari segi penggunaan distro, antara yang popular adalah Ubuntu, Fedora dan juga Linux Mint. Memandangkan Pingdom mengambil statistik daripada DistroWatch, maka mungkin ia kurang tepat dari segi berkenaan.

Terdapat 2 komen
  1. Proud be a LINUX user,,,thx linus torvald and the whole linux community..real man dun use anti-virus :)

Komen

Nama
Web