Carian
Pandang Pertama : Apple iPad Mini
November 2, 2012 Aman

iPad Mini – tablet bersaiz 7.9-inci daripada AppleApple pada bulan lepas, telah pun mengumumkan salah satu peranti terbaru dibawah keluarga iPad, iaitu Apple iPad Mini, membawakan skrin bersaiz 7-inci, selain dilengkapi dengan pelbagai perkara baru daripada mereka, termasuk kabel Lightning dan menggunakan iOS 6 padanya.

Video Nyah-Kotak Apple iPad Mini

Apa Dalam Kotak?

iPad Mini merupakan tablet daripada Apple, dan seperti biasa, selain daripada peranti tersebut sendiri, ia menyertakan tiga perkara lain dalam kotak, iaitu kabel Lightning ke USB, power adapter dan juga buku manual. Apple masih mengekalkan rekabentuk minimalis padanya. Tiada EarPod yang disertakan pada iPad Mini.

Aplikasi Terbina Pada iPad Mini

iPad Mini dijana menggunakan sistem operasi iOS 6 daripada Apple, yang mana apabila dimulakan pada pertama kali, ia didatangkan bersama-sama pelbagai aplikasi terbina, membolehkan anda menggunakannya dalam melayari laman web, selain memuat-turun aplikasi lain terus daripada AppStore dan sebagainya.

Antara aplikasi yang didatangkan bersama-sama iPad Mini adalah Apple Maps, Safari, Mail, Messages, Photos, FaceTime, Newsstand, AppStore, iTunes, Videos, Music, Game Center, Photo Booth, Clock, Contacts, Reminders, Calendar, Notes dan Camera.

Rekabentuk iPad Mini

Daripada apa yang kelihatan, iPad Mini membawakan rekabentuk yang agak ringan berbanding dengan iPad sebelum-sebelum ini (yang bersaiz 9.7-inci). Perkara ini mungkin adalah kerana Apple ingin memudahkan para pengguna mengendalikan peranti tersebut menggunakan sebelah tangan. Seperti kebanyakkan produk Apple yang lain, ia turut membawakan kemasan yang berkualiti padanya.

Berbanding dengan iPad bersaiz 9.7-inci, iPad Mini ini kelihatan lebih sesuai untuk digunakan untuk membaca ketika baring, mahupun membuat perkara lain seperti melayari laman web dan sebagainya. Secara kasarnya, resolusi paparan iPad Mini dan yang biasa adalah serupa.

Kerangka pada bahagian tepinya sedikit nipis berbanding dengan rekabentuk iPad biasa, namun ia tidak begitu menganggu dalam pembacan dan sebagainya.

Prestasi dan Paparan

Bagi yang tidak ketahui, iPad Mini menggunakan cip pemprosesan A5 padanya, yang mana membawakan prestasi dan kelajuan yang sedikit kurang daripada iPhone 5 (yang menggunakan cip A6). Namun, seperti biasa, aplikasi, permainan video, dan pelayaran web masih membawakan pengalaman yang lebih kurang sama dengan peranti Apple sebelum-sebelum ini, dan tidak begitu jauh berbeza.

Dari segi paparan pula, iPad Mini hanya membawakan paparan biasa, dan sekiranya anda telah biasa menggunakan iPad generasi ketiga dengan paparan Retina, maka keketaraan teks dan gambar yang dipaparkan pada iPad Mini adalah amat jauh.

Kami tidak pasti mengapa Apple tidak membawakan paparan Retina terus pada iPad Mini, memandangkan harga jualan untuk iPad Mini dan iPad 4 baru tidak begitu jauh berbeza.

Beli atau Tidak?

Seperti biasa, untuk perkara ini, pilihan adalah ditangan pengguna sendiri. Namun, bagi kami, harga yang dijual adalah agak mahal, berbanding dengan pesaing yang lain di pasaran pada hari ini.

Harga jualan iPad Mini di Malaysia masih tidak diketahui.Harga jualan iPad 4 kelak di Malaysia adalah RM1,499, mengantikan harga iPad sebelum ini, dan dengan pengumuman iPad 4 pada bulan lepas, harga jualan iPad generasi ketiga dengan paparan Retina adalah sekitar RM1379. iPad 3 ini juga turut menyertakan paparan dan prestasi yang lebih baik berbanding iPad Mini, dan mungkin harga jualannya tidak jauh beza kelak.

Namun, sekiranya anda ingin sesuatu yang lebih ringan dan mudah dipegang pada tangan anda, dan berminat pada platform iOS dan tablet bersaiz kecil, mungkin anda boleh memilih iPad Mini.

Kami akan membawakan ulasan penuh iPad Mini sebaik sahaja ia dilancarkan di pasaran Malaysia kelak.

Komen