Masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak Maxis.
Nampaknya semua teka-teki akan terjawab pada penghujung minggu ini, apabila kini pihak MidValley telah pun mengemaskini jadual pameran di bangunan mereka, menyertakan acara promosi Maxis untuk iPhone 5. Sehingga kini, pihak Maxis masih belum mengeluarkan sebarang pra-tempahan, dan mungkin akan melakukannya dalam sehari dua lagi.

iPhone 5 telah dilancarkan oleh Apple pada bulan September yang lepas, dan telah dinantikan oleh para pengguna di Malaysia sekian lama. Kini, dengan acara promosi yang bakal dilakukan pada minggu hadapan, semestinya penantian ramai pengguna akan terhenti. Selain daripada Maxis, DiGi dan Celcom juga dijangka akan mengadakan promosi jualan mereka, termasuk akan dijual melalui Apple Store Malaysia selepas beberapa minggu ia dijual syarikat telekomunikasi tempatan.
iPhone 5 daripada Apple membawakan skrin bersaiz 4-inci, serta sokongan slot Lightning yang baru padanya. Ia turut dilengkapi dengan iOS 6 yang membawakan beberapa ciri-ciri menarik termasuk, Apple Maps yang baru. Harga jualan iPhone 5 dijangka tidak jauh berbeza dengan iPhone 4S sebelum ini, dan mungkin tawaran pakej dan pelan syarikat telekomunikasi juga lebih kurang sama.
Mungkin sekiranya pihak Maxis tidak menarik kembali tempahan mereka di MidValley, dan segalanya berjalan lancar, kita akan dapat melihat iPhone 5 mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula minggu hadapan.
Jum bratoq!
Beratoqq la kau.
(senyum) Ang x maw bratoq ka? Meh dwet aku tlg ang beli
Beratoq la.. tukar 4s tu dgn segera. Berbaloi tau..
Ambil nombor sahaja, tak perlu bratoq.
Digi lagi best, terus pos ke rumah.
Sekarang ni bahaya pos ke Rumah. Takut nanti bukak kotak dapat lesung batu.
Hahaha, betul tu.
Rileks lu… Tunggu rebat rm200 on dulu.
IPhone 5 ke atau iPhone 4 yg lebih panjang bentuknya?
iphone 5 pun tak berapa nak panjang sgt. mungkun boleh tunggu keluaran iphone 5s atau iphone 6 akan datang
iphone 3gs.
Betul ke pembeli awal dpt potongan hampir 80%?
dengar khabar dari angin lebih kurang 83.7% diskaun. tapi dengar macam kena sign kontrak dgn maxis 7 bulan la.
Okay la tu kalau 7 bulan. Tak lama mana sgt pun kan. Harga iP5 ada mcm 4s mula keluar dulu tak?
ya harga akan sama seperti iphone4s mula keluar dulu. epal memang mengamalkan konsep begitu.
MOC sahaja
memang dah tukar MOC promotion.. kalau ada pun mesti pakai kontrak yg mahal
Sudah serik kontrak dengan maxil, bil asyik melambung. Syukur setelah bertukar kepada digi
(senyum) btoi maxis truk la… Cas tsembunyi… Mcm astro jugak la…
aku dah pakai dah ok la beza 20% jer dari 4s