READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

MYDIN boleh dikatakan salah satu kedai yang menawarkan barangan pada harga yang rendah. Dan kini, nampaknya mereka turut sama mula memfokuskan ke arena internet dan perkomputeran, dengan memperkenalkan aplikasi mereka untuk para pengguna Windows 8.

Namun, buat masa ini, ia hanya sekadar menyediakan katalog dalam bentuk digital, disamping menawarkan maklumat seperti peta lokasi, aktiviti yang bakal diadakan dan sebagainya.

Sokongan pembelian atas-talian masih tidak disertakan pada aplikasi tersebut, berkemungkinan kerana pihak MYDIN masih belum bersedia untuknya. Namun, dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat dari hari ke hari, ia mungkin tidak mustahil untuk MYDIN suatu hari nanti memperkenalkan sokongan pembelian atas-talian untuk para pengguna.

TIPS DARIPADA WALTER WONG

Terdapat 3 komen

Komen

Nama
Web