Cari @ Amanz

Bagi para pengguna produk Nokia mahupun yang bukan, semestinya mereka ketahui yang mana perkhidmatan pemetaan Nokia merupakan antara yang terbaik pada platform mudah-alih, dan kini, Nokia memberikan nafas baru untuknya, melalui sebuah perkhidmatan baru yang dinamakan HERE.

Selain daripada sokongan pemetaan biasa, HERE turut sama membawakan beberapa tambahan bersifatkan sosial, dimana salah satunya adalah Collections, membolehkan pengguna untuk menambah lokasi kegemaran mereka dan berkongsi bersama yang lain.

Buat masa ini, Nokia telah pun menyediakan kemudahan untuk pengguna peranti mereka mendapatkan aplikasi HERE (Nokia Maps), sementara untuk pengguna iOS dan juga Android, mereka boleh mengakses ia daripada pelayar web.

Tambahan, Nokia turut mengatakan aplikasi untuk iOS dan Android bakal diperkenalkan (bergantung kepada kebenaran dan pengesahan daripada Apple di AppStore), selain akan turut menyertakan SDK untuk Android pada awal tahun 2013 kelak. Ia juga turut sama akan diperkenalkan pada Firefox OS (berasaskan web) yang akan diperkenalkan oleh Mozilla pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd