Cari @ Amanz

Selain daripada ura-ura berkaitan dengan penamaan OS X 10.9 yang diperkatakan akan dikenali sebagai Lynx, kini laporan awal turut mengatakan OS X 10.9 kelak turut akan membawakan integrasi Siri dan juga Maps padanya.

Buat masa ini, sokongan Siri dikatakan masih pada peringkat awal, dan tidak disahkan sepenuhnya sama ada akan didatangkan pada versi akhirnya ataupun tidak. Untuk pemetaan pula, Apple dijangka akan mengintegrasikan sokongan Apple Maps, membolehkan para pembangun aplikasi mengintegrasikan sokongannya pada aplikasi Mac dengan mudah.

Apple sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya. Jikalau mengikut jadual pembangunan untuk OS X 10.8, mereka mengumumkannya pertama kali pada bulan Februari, sebelum dilancarkan pada bulan Julai. Sekiranya jadual pembangunnya tidak berubah, mungkin kita akan mendengar lebih info berkaitan dengannya dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd