READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Pandang Pertama – Samsung Galaxy Camera

Diterbitkan pada November 29, 2012 oleh

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan penjualan Samsung Galaxy Camera pada harga RM1899 . Samsung Galaxy Camera ialah kamera pintar  yang menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean. Ianya diperkasakan dengan pemproses 1.4 GHz empat teras dari keluarga Exynos, muatan dalaman 8 GB, RAM sebanyak 1 GB dan kamera utama sebesar 16.3 megapixel. Galaxy Camera kelihatan seperti kebanyakkan kamera point and shoot yang ada di pasaran cuma ianya dilengkapi skrin sesentuh 4.8 inci dan kemampuan data 3G.

Adakah preset ini akan muncul di dalam peranti pintar Samsung di masa akan datang?Dari pandangan pertama kami Samsung Galaxy Camera mempunyai binaan yang baik serta antaramuka khas bagi memudahkan fungsi mengambil gambar. Dalam fungsi automatik anda boleh menggunakan beberapa preset yang sudah tersedia. Preset Lighttrace sebagai contoh memudahkan anda mengambil gambar light tracing. Preset Watercurtain boleh membolehkan anda mengambil gambar long exposure. Fungi- fungsi preset terbina dalam ini pastinya membolehkan anda mengambil gambar yang sebelum ini tidak mampu diambil pada mana-mana peranti Android. Gambar yang diambil kemudian boleh dikongsikan secara serta merta ke laman media social, aplikasi chat, S-Note, emel dan juga Instagram. Inilah yang membuatkan Galaxy Camera kamera pintar yang menarik.

Spesifikasi Galaxy Camera
Cip 1.4GHz (empat-teras)
Sensor 16.3-megapixel, 21x zoom optikal
Storan Terbina 8GB + slot mikro-SD sehingga 32GB
Skrin 4.8-inci Super Clear LCD
Bateri 1650 mAh

Permasalahan yang kami jangkakan ialah jangka hayat kamera yang pastinya akan menjadi singkat kerana penggunaan data dan skrin sesentuh yang besar. Bateri yang hanya sebesar 1650 mAh semestinya tidak sebesar yang ada pada peranti empat teras Samsung yang lain seperti Galaxy SIII dan Note II. Sungguhpun begitu dari pengamatan kami kamera pintar ini pasti menjadi buruan penggemar Instagram yang mahukan kamera yang mempunyai sensor lebih besar dari apa yang ada pada telefon pintar yang ada di pasaran. Selain itu Galaxy Camera mempunyai kemampuan zoom optikal 21X  bagi memastikan gambar yang diambil lebih baik dari gambar telefon pintar biasa. Gambar yang diambil pada peringkat zoom sepenuhnya kekal terang dan tajam.

Dari pengamatan kami Samsung Galaxy Camera ialah sebuah kamera pintar yang menarik dan mempunyai masa depan yang cerah. Pada harga RM1899 ianya mungkin agak mahal. Sebuah Galaxy SIII yang mempunyai skrin dan pemproses yang sama dijula pada harga yang lebih murah dan mampu melakukan panggilan telefon. Ya pembaca sekalian Samsung Galaxy Camera tidak boleh melakukan panggilan telefon sungguhpun ianya sebuah peranti Android.

Tahun lalu Samsung memperkenalkan Note sekaligus menghasilkan pengkelasan baru yang dipanggil PHABLET. Terdapat ramalan yang mengatakan Note akan gagal kerana “tiada pasaran” untuk peranti sebesar Note. Nyata sekali ramalan ini gagal dan Note terjual pada jumlah yang banyak. Adakah Galaxy Camera akan memulakan trend baru SMARTCAM ,kamera dengan sistem operasi pintar? Kami hanya mampu menunggu jawapan ini di masa hadapan tetapi dari pengalaman kami bermain dengan Galaxy Camera selama beberapa jam kami tidak akan terkejut jika kamera ini terjual dalam jumlah yang banyak.

Terdapat 69 komen
Komen Popular
  1. prlu ke instagram tu???
    Klo xpki instagram tu xlawa la ye…so mksnye samsung camera ni still xdpt lawan nokia 808 pureview..

  2. Ye betoi. Kalau mahukan kamera. Beli saja compact kamera yg lebih murah. Tp utk enjoy n byk duit setelah menderma kpd gaza, apa salahnya…hihi

Keseluruhan Komen
      • 41 mpixel sgt ngarut utk saiz sensor 808 yg cikeding. Dlm low light situation 808 sgt fail n noise naik menjerawat. High end canin dslr juga kini sudah mula kecilkan fungsi pixel mereka kpd yg lebih seragam dgn saiz sensor dan speed.

        • cakap je xda guna. pegi tgk 808 lawan sama itu 5D mark II (full frame dslr). kalau aps-c tu gi campak je jauh2

    • Orang akan kata kalau mahukan kamera maka carilah kamera yg sebenar. Tak perlu smart camera.
      Kalau mcm tu kalau nak phone. Carilah phone yg sebenar. Tak perlu smartphone. Kalau mahu tv cr tv sebenar. Tak perlu smart tv. Apa kes ni. Benda smart mesti la mahal. Phone biasa pon boleh dpt dlm harga rm90 je. Kualiti bunyi kadang2 lg clear. Tp funtion tidak sama. Daya Kreativiti yg tinggi layak menggunakan camera ni.

  1. kalau camni bukan DSLR ke? maaf tanya..
    bateri pun mudah lemah, kena bawak powerbank.

    • 1) bukan dslr… ianya sejenis kompak digital
      2) sesuai utk pengguna pompuan sebab ringan dan kecil dan comel
      3) mode macro boleh tahan sharpnya… bokeh utk kompak mmg
      selalu fail…
      4) konsep .. sangat menarik, satu inovasi
      5) harga…. tanya diri anda sendiri, pada aku mahal
      6) image… tiada RAW, tak best pada orang macam aku
      7) lain-lain… high pixel, huge storage, wide/zoom to 250mm,wifi, gps, bla..bla..bla
      nak dibandingkan dgn dslr mmg sangat jauh dan tidak adil… dan sekali lagi samsung dengan lagak samseng dan beraninya selangkah ke hadapan… hebat…!
      #mungkin selepas ini muncul pula mesin basuh galaxy, mesin tebu galaxy dan mesin parut kelapa galaxy.. hehehe

      • Mesin kelapa parut Galaxy pasti super cool. Sambil memarut sambil tweet “Saya sedang parut kelapa ni.”

    • Ia sekadar kamera dari kategori Point-n-Shoot, seperti model2 kamera biasa lain yang boleh didapati pada harga ratusan sahaja.

      Bukan mirrorless, bukan microfourthird, bukan prosumer model pun. Apatah lagi DSLR. Dari perspektif sebuah kamera, nothing much to shout about.

      Kepada pengguna kamera yang gila Instagram dan berkongsi imej di laman sosial on the go, lebih baik gunakan kamera lain berserta smartphone. Gunakan SD card Eye-Fi. Jauh lebih murah.

      • Ye betoi. Kalau mahukan kamera. Beli saja compact kamera yg lebih murah. Tp utk enjoy n byk duit setelah menderma kpd gaza, apa salahnya…hihi

  2. harga sama ngan pureview 808. kalau nokia update die punya camera software lebih menarik, mmg dapat beat samsung kamera ni.. tp org kita kan knl product samsung jer. haha

    • Errr, Nokia punya PureView 808 jauh lebih perform berbanding Galaxy Camera ni, by a very large gap.

      Seperti yang direbiu pada Engadget, Galaxy Camera ni pun hang (locked-up) walaupun untuk core-function dia iaitu kamera! Ketidakstabilan sebegini adalah sungguh no-no untuk image capture.

      Btw, yeah, yang menyedihkan, orang akan tetap beli, sebab nama dia Samsung Galaxy.

  3. Psl takleh buat calling tu teramatla weakness die. Kalau bleh buat call, msti jadi buruan travellers/kaki update status dah.

    • Nama pun Samsung Galaxy Camera… KAMERA…
      bkn PHONE… mmg la xleh nk call…

      CTh: ada ke almari bleh buat call?!

      • Tak payah la bagi contoh almari. Abis tu kalau nama Samsung Galaxy S3, xde pun nama PHONE/CAMERA tapi leh je buat phone call ngan amik gambar, ape cite?

      • Haha. Kalau boleh aku nak tengok almari yang boleh buat call. Masyarakat sekarang cuma tau asal Samsung Galaxy je ingat phone. Dah kena brainwash kao-kao munya…

        Tapi aku pun heran, kalau dah kamera tu kenapa orang dok sibuk sangat nak call.

  4. Amende la review kamera tapi amik gambar kamera pun takde kualiti. Lagi satu, kuku kau itam.

  5. bley upload dlm instagram tros..confirm gambaq cantik terbaik da bomba la bamba chiki2 walawei..

    • prlu ke instagram tu???
      Klo xpki instagram tu xlawa la ye…so mksnye samsung camera ni still xdpt lawan nokia 808 pureview..

      • +1000

        Geli aku dengan pseudo-photographers yang menganggap filters pada Instagram sebagai pinnacle of photography.

  6. Orang akan ckp aku ni gila kalo buat panggilan pakai kamera ni…hehe

  7. “Sebuah Galaxy SIII yang mempunyai skrin dan pemproses yang sama dijula pada harga yang lebih murah dan mampu melakukan panggilan telefon.”

    dijula? obe ke yg tulis review ni hehehe

  8. Satu inovasi hebat daripada Samsung…Tahniah! Inovasi Samsung setaraf Apple….Cayalah!

    • (senyum) Nasib baik la Apple tidak keluarkan model iPad Mini Interchangable-Camera. Kalau tidak, mesti ramai orang kutuk macam-macam… haha.

      • iPad Mini Interchangable-lens Camera.

        Maaf ya, saya sekadar bergurau.

        • Kalau demikian yang berlaku, post count di ruang komen akan melepasi angka 100, dengan kebanyakannya adalah komen berbentuk kutukan mengkhinzir buta.

      • Dulu galaxy note pun org kata ngarut. Beli mengikut keperluan lebih cool..

  9. battery life macamana ? kalau compare dgn battery life dgn P&S biasa . setanding atau lebih atau kurang ?

    • Berdasarkan rebiu sebelum ni di laman-laman lain,

      Bad news: Hayat bateri agak poor untuk sebuah PnS.

      Good news: Guna bateri yang sama macam Galaxy S2. Jadi senang kot nak cari bateri spare.

      Hope Amanz boleh clarify.

      • Ya bro. Menarik la komen bro. Utk travel lagi la tak sesuai guna phone ni.

  10. apa guna gambar size besar2, bila masuk instagram quality terus takde. wkwkkwkw

  11. lepas ni muncul pulak kamera yg ada fungsi phone skali. mcm LG pureview (kalo x silap)..
    terbaek..

    • Errr, yang PureView tu Nokia la.

      btw dulu LG pun ada buat “kamera-berphone” yang lebih kurang begitu konsepnya. Viewty model apa tah.

  12. yg kat atas tu..lg pureview? hahaha

    Nokia pureview 808 da canggih tp Symbian Belle Phuiiii!

  13. Dengan harga 1800 ianya tidaklah berbaloi untuk dimiliki.promo yg dibuat pun hanya lebih mewar2kn ttg android dan fungsi2 sharing. Tapi tidak difokuskan tentang kualiti gambar yang dihasilkan dan apa feature yg menarik bg sebuah kamera.

  14. Dengan harga 1800 ianya tidaklah berbaloi untuk dimiliki.promo yg dibuat pun hanya lebih mewar2kn ttg android dan fungsi2 sharing. Tapi tidak difokuskan tentang kualiti gambar yang dihasilkan dan apa feature yg menarik bg sebuah kamera…

    • Setuju. Saya juga telah beri komen yang serupa dalam post sebelum ini. Iaitu, perbandingan kualiti yang terhasil dari perbandingan kamera dengan kos yang hampir sama, iaitu dua model interchangable-lens camera dari jenama lain.

      Semata-mata menggunakan title smart camera, belum tentu lagi hasilnya menjadi sebegitu. Rata-rata orang tahu bahawa bidang pengimejan ialah suatu profesyen yang tersendiri, serta mempunyai ranking jenis camera yang jauh lebih berkualiti, khususnya kepada jurufoto professional.

  15. Kalo nak dibandingkan dgn Nikon Coolpix S800c,mana lagi berbaloi??

  16. Nikon Coolpix S800c kamera cuma 12 megapixel, tak ada Androids, tak ada WiFi nak log-in Facebook atau main internet & tak boleh main game – Angry Birds, bla bla bla..ha ha ha…banyak kelebihan jika sebut saja jenama Samsung….berbaloi2 buang duit kerana Samsung.

    • Produk2 Samsung memang cool….Berkualiti & tak rugi beli, walaupun mula2 rasa agak ragu-ragu

  17. for me.. tak berbaloi beli galaxy camera, sekali pndng terus jauh hati. alang2 nak kamera canggih beli DSLR..

    camera + phone = design tak cantik.
    sorry to say :|

    • Kita sudah lama rasakan – buruk juga bentuk model2 kamera DSLR yang sedia ada…
      Sepatutnya ada inovasi dalam rekabentuk dan GUI kamera DSLR sekarang.
      Samsung sentiasa memulakan satu langkah kehadapan, sama seperti memperkenalkan Galaxy Note pada tahun 2011 – mula2 dulu dicemuh dan diketawakan, sekarang apa sudah jadi? Galaxy Note 2 menjadi gadget terhebat dan berbaloi untuk dimiliki.
      Perubahan minda yang positif telah berlaku hasil anjakan paradigma oleh Samsung….

  18. jd stlh mmbc komen2 psl cam ni..blh x suggestkn sy cam ap yg ok utk dibeli for home use.. DSLR@ yg mcm ni..??

Komen

Nama
Web