READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Permainan Upin & Ipin Dash Sedia Didapati Di Platform iOS

Diterbitkan pada November 6, 2012 oleh

Selepas mempertontonkan video promosi kepada umum sebelum ini, LesCopaque akhirnya telah pun melancarkan permainan terbaru mereka untuk peranti mudah-alih, iaitu Upin & Ipin Dash. Seperti permainan mereka yang sebelumnya, ia masih eksklusif untuk iOS buat masa ini.

Permainan Upin & Ipin Dash ini membawakan corak permainan dimana watak akan berlari, dan para pemain perlu mengawal dengan mengelak pelbagai perkara, dan mencapai skor tertinggi melaluinya. Antara permainan yang membawakan konsep lebih kurang sama adalah termasuk Temple Run, Subway Surfer, Agent Dash dan banyak lagi.

Namun, permainan Upin & Ipin Dash ini membawakan kelainan dengan menyertakan pelbagai elemen dari Malaysia, menjadikan ia lebih menarik untuk dimainkan.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini daripada AppStore pada harga $0.99 hari ini. Sekiranya berkesempatan, kami akan hadir dengan ulasan ringkas permainan ini tidak lama lagi.

Terdapat 86 komen
Komen Popular
  1. Teringat kat ikon “VLC media player” plak bile kon pembinaan warna oren tu ade..hehe.. harap2 utk android ade nanti, InsyalAllah.

Keseluruhan Komen
  1. Teringat kat ikon “VLC media player” plak bile kon pembinaan warna oren tu ade..hehe.. harap2 utk android ade nanti, InsyalAllah.

  2. Anak saya memang minat sangat dengan kartun UPIN & IPIN ni…Harap2 untuk android ada le..Dah x sabar ni…

Komen

Nama
Web