READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Sekitar Ucaptama BlackBerry Jam Asia 2012

Diterbitkan pada November 29, 2012

Hari ini, Research In Motion telah pun secara rasminya memulakan acara BlackBerry Jam Asia 2012 yang akan dijalankan selama dua hari, memfokuskan kepada para pembangun. Seperti biasa, ia dimulakan dengan ucaptama daripada beberapa eksekutif daripada RIM sendiri, berkongsi akan pelbagai perkara menarik berkaitan platform terbaru mereka, BlackBerry 10.

BlackBerry 10 bakal dilancarkan secara rasminya pada 30 Januari 2013 kelak, dimana pada tarikh yang sama, RIM bakal memperkenalkan dua peranti terbaru mereka, satu dengan skrin sentuh sepenuhnya, dan satu lagi dengan papan kekunci fizikal. Ia dijangka kedua-dua peranti tersebut dipasarkan di beberapa pasaran utama BlackBerry dalam tempoh 30 hari dari pengumuman rasmi mereka.


Pembangun BlackBerry Menjana Lebih Pendapatan Berbanding Platform Lain

Research In Motion turut berkongsi mengenai beberapa perkara berkaitan platform mereka, dimana menekankan yang mana BlackBerry 10 merupakan platform pembangunan yang paling mudah, dan menjimatkan berbanding yang lain, termasuk iOS dan juga Android.


BlackBerry DevAlpha C – Peranti Ujian Dengan Papan Kekunci Fizikal

Untuk para pembangun, mungkin anda sedia ketahui akan yang mana RIM menyediakan peranti ujian bagi para pembangun untuk menguji aplikasi mereka. Setelah BlackBerry DevAlpha A dan juga DevAlpha B yang kedua-duanya memfokuskan kepada skrin sentuh, hari ini, BlackBerry turut mengumumkan DevAlpha C akan hadir tidak lama lagi dengan papan kekunci fizikal.


BlackBerry App World Kini Dikenali Sebagai BlackBerry World

Dengan pengenalan BlackBerry 10, RIM juga bakal mengubah nama kedai aplikasi mereka, dimana daripada BlackBerry App World yang digunakan sekarang, kelak ia akan dikenali sebagai hanya BlackBerry World.


AirAsia, Bernama, Astro Merupakan Antara Aplikasi Yang Bakal Hadir Untuk BlackBerry 10

Dengan pengumuman BlackBerry 10, selain daripada pembangun individu dan kecil-kecilan, jenama dan syarikat besar turut sama kelihatan akan melancarkan aplikasi rasmi mereka kepada platform tersebut ketika pelancarannya 30 Januari 2013 kelak.


Pengguna Malaysia Merupakan Antara Pengguna BlackBerry Messenger Yang Aktif

Bercakap mengenai BlackBerry Messenger hari ini, RIM berkongsi dimana pengguna Asia merupakan pengguna paling aktif BBM di seluruh dunia, dan terdapat lebih 60 juta pengguna aktif BBM di seluruh dunia.


BlackBerry Merupakan Salah Satu Peranti Yang Popular Di Malaysia

Hari ini, Research In Motion secara rasminya memulakan acara BlackBerry Jam Asia, dimana selepas dibatalkan pada tahun lepas disebabkan keadaan banjir di Thailand, ia kini kembali, dan seperti biasa ia memfokuskan kepada BlackBerry 10 yang bakal dilancarkan pada bulan Januari kelak.