READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Data peribadi adalah “minyak” pada abad ini.Akta Perlindungan Data Peribadi telah pun diluluskan di parlimen pada tahun 2010 yang lepas, namun masih tidak dikuat-kuasakan sehingga ke hari ini. Selepas pelbagai penangguhan, kini kerajaan bakal melaksanakannya bermula daripada 1 Januari 2013 ini.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini merupakan salah satu bentuk perlindungan kepada para pengguna, dimana data peribadi mereka dilindungi daripada disalah gunakan oleh syarikat mahupun individu untuk tujuan komersial ataupun meraih keuntungan.

Sekiranya sesuatu organisasi ingin mengakses data peribadi dan sebagainya, mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada seseorang pengguna, dan dibawah akta ini pesalah laku boleh dipenjara ataupun didenda sekiranya menyalah-gunakan data peribadi pengguna.

Arena internet kini telah menjadi salah satu tempat terbuka dimana pelbagai data peribadi dikongsikan dengan mudah oleh semua pengguna. Kerajaan menasihatkan walaupun terdapat akta ini, pengguna masih diminta berjaga-jaga dengan apakah informasi yang dikongsikan di arena sosial ini.

Terdapat 12 komen
  1. Adakah maksudnya nanti takde syarikat-syarikat telco nak jual nombor telefon kita kat syarikat lain?

    • bolehlah saman telemarketer yang call jual produk tu lepas ni kan, pastikan sebelum dia byk ckp dptkan nama syarikat dan nama org tu.
      kalau disalahgunakan oleh pihak kerajaan pula bagaimana?

  2. aku sangat mengesyaki maklumat BR1M dijual kepada 3rd party.

    terjadi kepada ahli keluarga sendiri, lepas dapat BR1M, selang sebulan terus dapat surat dari debt collector ke alamat baru (yang hanya digunakan untuk BR1M, semua bill dan lain2 surat guna alamat lama).

    kat aku sendiri bila baru je apply PR1MA, dah isi details. esoknya dapat call dari entah mana – mana syarikat tawarkan kad prvilege la apa la. (tapi ni mungkin bank yang dedahkan…)

    pendek kata akta ni boleh digunakan. bagaimana kita nak menggunakan akta ni untuk keselamatan data peribadi kita … itu yang kita kena belajar.

    • Saya sokong akta ni dilaksanakan. Selepas ini saya boleh buat aduan mengenai penyalahgunaan maklumat peribadi kepada mereka yang promote produk tak perlu.. hahahaha

    • Betul tu. kadang2 ada pegawai bank yg dapat akses maklumat pelanggan akan jual pada telemarketer.

  3. macam Maybank pun aku rasa praktik jual info ni kat kampeni lain. lepas aku sign up kad kredit dia je, berderet call nak jual produk.

  4. Undang-undang memang boleh diwujudkan, cuma bab penguatkuasaan itu pastinya akan ada kecacatan.

    Data adalah duit, di mana ada duit di situ ada korupsi!

Komen

Nama
Web