Cari @ Amanz

Data peribadi adalah “minyak” pada abad ini.Akta Perlindungan Data Peribadi telah pun diluluskan di parlimen pada tahun 2010 yang lepas, namun masih tidak dikuat-kuasakan sehingga ke hari ini. Selepas pelbagai penangguhan, kini kerajaan bakal melaksanakannya bermula daripada 1 Januari 2013 ini.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini merupakan salah satu bentuk perlindungan kepada para pengguna, dimana data peribadi mereka dilindungi daripada disalah gunakan oleh syarikat mahupun individu untuk tujuan komersial ataupun meraih keuntungan.

Sekiranya sesuatu organisasi ingin mengakses data peribadi dan sebagainya, mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada seseorang pengguna, dan dibawah akta ini pesalah laku boleh dipenjara ataupun didenda sekiranya menyalah-gunakan data peribadi pengguna.

Arena internet kini telah menjadi salah satu tempat terbuka dimana pelbagai data peribadi dikongsikan dengan mudah oleh semua pengguna. Kerajaan menasihatkan walaupun terdapat akta ini, pengguna masih diminta berjaga-jaga dengan apakah informasi yang dikongsikan di arena sosial ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd