READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Aplikasi MyJakim Dilancarkan Untuk Pengguna Android Dan iOS

Diterbitkan pada December 12, 2012 oleh

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan pelbagai kandungan menarik untuk pengguna beragama Islam, dan salah satu yang terkini adalah MyJakim, dimana ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iOS.

Menariknya mengenai aplikasi MyJakim ini adalah dimana ia berfungsi sebagai salah satu pusat sehenti untuk merujuk pelbagai perkara berkaitan agama terus padanya.

Aplikasi MyJakim

Melalui aplikasi MyJakim ini, para pengguna boleh menyemak waktu solat, melihat arah kiblat, melihat doa harian, menyemak fatwa, membaca khutbah Jumaat, dan juga turut boleh digunakan untuk mengakses pelbagai soal-jawab berkaitan agama terus padanya.

Daripada penggunaan kami, MyJakim ini kelihatan amat menarik, dan membolehkan ia menggantikan pelbagai aplikasi lain sebelum ini.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store dan AppStore.


Terdapat 11 komen
  1. lokasi masjid berhampiran tu based on gps ke ? menarik ni … kadang – kadang mencari – cari lokasi masjid bila dalam perjalanan.

  2. Sungguh baik dan berguna bahan yg diberikan. Kalau ada audio untuk surah Yassin lebih baik lagi. Mungkin dapat beri surah-surah lain seperti al-Mulk, al-Kahfi dll untuk kegunaan ramai yg selalu bergerak, tak perlu bawa al-Quran. Tapi yg ada ini pun dah cukup baik, terima kasih banyak2.

Komen

Nama
Web