READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Bluestacks Player Bakal Hadir Untuk Pengguna Windows RT?

Diterbitkan pada December 4, 2012 oleh

Bagi para pengguna Windows ataupun OS X, mungkin telah sedia mengenali akan Bluestacks Player, yang mana membolehkan para pengguna memainkan dan menjalankan aplikasi Android pada platform Windows atau OS X. Kini, ia turut kelihatan, terdapat kemungkinan ia akan hadir untuk pengguna Windows RT.

Walaupun terdapat untuk platform Windows hari ini, namun, untuk digunakan oleh pengguna Windows RT, ia perlu diterbitkan pada Windows Store dan membawakan rekabentuk Metro ataupun yang mana dikenali sebagai antaramuka Windows 8.

Daripada forum perbincangan BlueStacks, mereka mengatakan, BlueStacks sedang berkira-kira untuk memperkenalkan sokongan untuk Windows RT pada tahun hadapan. Namun, seperti biasa, segalanya masih belum disahkan buat masa ini.

Walaupun kebanyakkan aplikasi Android lebih dioptimasikan untuk telefon pintar, namun, akhir-akhir ini, beberapa pembangun telah mula memfokuskan untuk mengoptimasikan ia untuk tablet, apatah lagi dengan tawaran Nexus 7 dan juga Nexus 10.

Sebelum ini, BlueStacks telah mengumumkan kerjasama dengan pihak AMD dalam membawakan sokongan BlueStacks untuk pengguna komputer Windows 8 berasaskan AMD.

Komen

Nama
Web