Carian
DiGi Memulakan Tempahan Untuk Lumia 920 – Harga Bermula RM1099
December 7, 2012 Aman

Dengan pengumuman pihak Nokia Malaysia mengenai penjualan Lumia 920 yang akan dimulakan pada 21 Disember kelak, kini DiGi menjadi yang terawal memulakan pra-tempahan untuknya, menawarkan harga peranti daripada serendah RM1099.

Harga yang ditawarkan oleh DiGi meliputi langganan pelan dan pakej mereka yang disediakan, dimana para pengguna boleh memilih daripada tawaran DG Smart Plan 88, 68 atau 48, dimana harga peranti adalah berbeza mengikut pelan yang dipilih.

Lumia 920 membawakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 768×1280 pixel, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz Krait, kamera belakang 8-megapixel dengan sokongan PureView, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan beberapa teknologi menarik, termasuk sokongan pengecasan tanpa wayar.

Selain daripada DiGi, Celcom juga dijangka akan menawarkannya, sementara mereka yang ingin mendapatkannya tanpa sebarang kontrak, boleh membelinya daripada Nokia Store pada harga RM1999 bermula 21 Disember kelak.

Pada masa yang sama juga, DiGi turut menawarkan Nokia Lumia 820 pada harga serendah RM699.

Lumia 820 membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 480×800 pixel, dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz Krait, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan VGA, dan dilengkapi dengan sistem operasi Windows Phone 8.

TIPS DARIPADA AIDIL

Komen