Cari @ Amanz

Pada Facebook, seperti ramai yang sedia maklum, ia menggunakan Bing Maps sebagai platform utama untuk memperlihatkan peta dan sebagainya. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai pengguna, yang mana lebih gemar menggunakan Google Maps.

Untuk memudahkan perkara ini, dan mengantikan Bing Maps dengan Google Maps, sebuah extension yang agak menarik untuk Chrome adalah Facebook Panda.

Ia merupakan sebuah extension yang amat mudah digunakan, memerlukan hanya pengguna memasangnya pada pelayar web Chrome mereka, dan seterusnya, semua peta yang diperlihatkan di Facebook digantikan dengan Google Maps.

Bagi mereka yang berminat, boleh memasang Facebook Panda secara percuma daripada Chrome Web Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd