Cari @ Amanz

Pembangunan pelayar web Firefox dalam bahasa Malaysia telah dilakukan untuk sekian lama, dan akhirnya, kini ia hadir dalam versi percubaan terlebih dahulu dalam saluran Aurora.

Daripadanya, ia mengubah pelbagai penggunaan dan antaramukanya kepada bahasa Malaysia, sekaligus memudahkan para pengguna baru yang tidak fasih bahasa Inggeris dalam menggunakan pelayar web tersebut.

Firefox Aurora BM

Memandangkan ia masih pada peringkat Aurora sekarang ini, mungkin kita akan dapat melihat pelancaran rasminya dilakukan pada tahun hadapan.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Firefox Aurora dalam bahasa Malaysia, dan mencubanya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd