Cari @ Amanz

SKMMWalaupun secara keseluruhan, kadar penembusan internet di Malaysia melangkaui angka 60%, namun, di sesetengah negeri, ia masih kurang lagi. Mengikut angka terkini yang dikeluarkan oleh SKMM, angka penembusan Sabah kini menghampiri 47%.

Angka terbaru ini dikeluarkan setelah membuat tinjauan semula, setelah beberapa laporan sebelum ini mengatakan angka penembusan Sabah hanya sekitar 34% sahaja.

Pihak SKMM mengatakan mereka akan terus berusaha untuk memperluaskan pelbagai liputan dan membolehkan pengguna di Sabah mengakses internet dengan mudah pada tahun-tahun akan datang.

Untuk tahun hadapan, SKMM mensasarkan untuk memperluaskan liputan 3G di Sabah kepada lebih 75% peratus kawasan, disamping Pusat Internet 1Malaysia yang disasarkan untuk dipertingkatkan kepada lebih 71 lokasi pada tahun hadapan.

Pihak SKMM dilihat mensasarkan untuk mencapai lebih daripada 50% kadar penembusan internet di Sabah pada tahun hadapan, dan dengan pelbagai perancangan, mereka kelihatan yakin akan mencapainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd