READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

serverKini internet di guna pakai oleh semua golongan, sama ada tua mahupun yang muda. Tapi adakah anda kenal dan mengetahui bagaimana beberapa perkara berfungsi, seperti contohnya IP/TCP, DNS. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang minat IT tapi tidak begitu memahami jargon tersebut dan juga secara bagaimana ia secara teknikal.

IP – Internet Protocol

IP ini boleh dikatakan seperti alamat rumah kita. IP ini mengumumkan kat dunia Internet dengan memberitahu siapakah kita, lokasi negara, serta apakah talian internet yang digunakan oleh kita. IP juga membolehkan beberapa penyedia kandungan seperti Tonton, Hulu, dan BBC untuk menawarkan kandungan yang ditujukan khas kepada mereka yang berada di sesebuah negara tertentu sahaja, dan tidak boleh dilihat oleh yang lain (IP Geo Restriction).

Selain itu , IP yang dibekalkan oleh pembekal Internet kita ini mempunyai dua jenis iaitu jenis statik dan juga dinamik.

Bezanya antara kedua-duanya mudah sahaja, dimana statik itu IP kita yang kekal dan tidak berubah. Walaupun kita connect/disconnect seribu kali jua, IP yang digunakan oleh kita akan kekal tetap sama tanpa berubah. Alamat IP kekal ini biasanya diguna-pakai oleh perniagaan untuk tujuan pengehosan laman web pada pelayan mereka.

Untuk para pengguna biasa seperti kita yang lebih mengakses internet dan melanggan menggunakan akaun rumah, pembekal Internet akan menawarkan Dynamic IP, iaitu alamat IP kita yang senantiasa berubah-ubah apabila kita connect/disconnect ke Internet.

Setiap kali kita berhubung ke internet, modem yang digunakan kita akan meminta alamat IP yang dinamik daripada penyedia internet. Setiap rekod akan di log oleh pihak penyedia internet seperti Telekom Malaysia, Maxis, P1 dan sebagainya, dimana sekiranya pihak bertanggungjawab ingin mengesan seseorang ianya mudah. Alamat IP juga merupakan medium utama yang digunakan pihak berkuasa dalam mengesan individu-individu yang melanggar undang-undang atau etika di alam maya ini.

Terdapat beberapa “mitos” yang mengatakan bahawa alamat IP dinamik ini jauh lebih selamat daripada alamat IP yang statik. Namun, sebenarnya, perkara ini tidak benar.

DNS

DNS ini boleh diibaratkan sebagai “Yellow Pages” yang digunakan kita. Contohnya jikalau saya ingin menghubungi pihak Amanz, maka saya akan mencari Amanz di Yellow Pages untuk mendapatkan beberapa maklumat, terutamanya nombor telefon.

Begitu juga DNS berfungsi. Sebagai contoh, sekiranya anda menaip alamat google.com ke bar alamat di pelayar web anda, ia akan “resolve” secara automatik kepada IP.

Perkara ini adalah kerana komputer hanya memahami penggunaan alamat IP sahaja (sama seperti nombor telefon kita, dimana melalui buku alamat, kita mendail mengikut penggunaan nama rakan-rakan dan bukannya menggunakan nombor telefon sepenuhnya).

DNS juga mempunyai fungsi yang lain. Contohnya, laman gergasi seperti Google, mempunyai ratusan alamat IP yang menghubungkan ia kepada pelbagai pelayan yang terdapat di merata dunia.

DNS akan terlebih dahulu mengambil alamat IP yang paling dekat dengan alamat IP pengguna dan menghubungkan ia, sekaligus menjadikan sambungan lebih pantas daripada biasa. Perkara ini adalah sama seperti kita keluar makan, biasanya kita akan makan atau keluar membeli-belah ke tempat yang berdekatan dengan rumah kita, melainkan tiada pilihan yang lain lain. Konsep ini digunakan pada penggunaan DNS juga, dimana sekiranya alamat IP pelayan berhampiran tidak dapat dihubungi, maka ia akan mencari alamat IP pelayan yang lain secara automatik.

Packet

Tujuan utama Packet ini adalah supaya dua pihak dapat berkomunikasi tanpa sebarang masalah, dimana penghantaran dan penerimaan data dilakukan dengan mudah dan pantas dalam keadaan yang selamat. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai penggunaan sampul surat, yang mana melindungi surat dan membawa ia kepada penerima dengan mudah.

Ping Time

Ping Time ini lebih merujuk kepada berapakah lama masa yang diambil untuk menghantar dan menerima mesej. Dalam erti kata lain, ia seperti merujuk kepada – berapa lamakah masa yang diambil leh seseorang itu dalam menjawab telefon yang sedang berdering.

Ping Time ini penting bagi para pemain, kerana sekiranya masa Ping mereka melebihi 300 ms (1 saat = 1000 ms) maka sukarlah mereka untuk bermain permainan atas-talian. dan fenomena ini dikenali sebagai “Lag” (lengah masa) dikalangan mereka. 300 ms bermaskud ia memakan masa sehingga 0.3 saat untuk menghantar/menerima mesej.

Ping time ini tidak begitu penting apabila kita melayari laman web ataupun muat turun applikasi daripada internet, tetapi berbeza dengan penggunaan beberapa aplikasi, terutamanya sekiranya membuat panggilan VOIP melalui Skype ataupun sekiranya gemar memainkan permainan atas-talian.

….

Diharapkan istilah-istilah yang dikongsikan ini memberikan idea bagaimana ia berfungsi di arena internet dan teknologi pada hari ini.

Artikel dikongsi oleh Pradeesh, khas untuk pembaca Amanz. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter di @Prasys ataupun anda turut boleh mengikuti perkongsian peribadi beliau di laman blog Prasys.info
Terdapat 18 komen
Komen Popular
  1. Ribuan Terima kasih Amanz kerana menerbitkan artikel ini dan kepada editornya – Aman Firdaus yang sudi memperbetulkan tatabahasa. Semoga memberi manfaat kepada semua . Kalau saudara/saudari suka artikel-artikel seperti ini , silalah komen dan berikan saya topik supaya saya dapat menulisnya untuk Amanz.my

  2. ada lagi satu istilah umum berkaitan internet iaitu bandwidth.. mungkin pihak amanz juga boleh memasukkan sekali perbezaan antara Mbps, MB/s, mbps yang berkait rapat dengan kelajuan internet.

Keseluruhan Komen
  1. ada lagi satu istilah umum berkaitan internet iaitu bandwidth.. mungkin pihak amanz juga boleh memasukkan sekali perbezaan antara Mbps, MB/s, mbps yang berkait rapat dengan kelajuan internet.

  2. Ribuan Terima kasih Amanz kerana menerbitkan artikel ini dan kepada editornya – Aman Firdaus yang sudi memperbetulkan tatabahasa. Semoga memberi manfaat kepada semua . Kalau saudara/saudari suka artikel-artikel seperti ini , silalah komen dan berikan saya topik supaya saya dapat menulisnya untuk Amanz.my

  3. Istilah IP itu seperti ada sedikit kekeliruan. Kalau sebut IP sahaja, itu merujuk kepada protokol pemindahan data. Kalau berdasarkan content, lebih tepat “IP Address” atau “alamat IP”.

    • betul tu.

      tapi kebanyakan sekarang ni menggunakan istilah IP yang dimaksudkan sebagai alamat IP.

      contoh: Apa IP laptop ni? Dah reset modem IP bertukar tak? etc etc etc.

      • Ramai menggunakan tidak semestinya ia betul. Kesilapan kecil, tapi besar bezanya. Sekadar berkongsi apa yang aku tahu sahaja.

        • ya betul itu saudara amir hamzah, tapi artikel ini untuk orang yang kurang faham tentang IT, ia memberikan idea kepada mereka yang kurang paham dengan konsep2

          • Baiklah kalau begitu. Sekali lagi, aku cuma berkongsi apa yang aku tahu sahaja. Good effort on the article by the way :-)

  4. Alamat IP sekarang yg paling penting untuk mengesan org buat jenayah siber.

    • kalau pakai software : hotspot shield etc , IP address dapat tukar kan ?

      • Saudara/Saudari Sansan,

        Memang betul , hotspot shield dan servis VPN yang orang tawarkan itu dapat tukar alamat IP kita , tapi katakan kita buat jenayah siber , dan polis dapat kesan IP hotspot shield/VPN yang kita guna , maka pihak yang menawarkan servis itu seperti hotspot shield/VPN akan disoal dan mereka akan kemukakan IP address sebenar kita.

  5. wah article yg sgt menarik..nk complex lg kita bicara tentang NAT network address translation yg akan berkongsi kan alamat ip di internet dari 1 kepada yg byk alamat ip di dalam network…sbb penggunaan ipv4 kian meluas…

  6. terima kasih dengan tutorial ni…dengan menggunakan analogi sgt memudahkan kefahaman dan mudah melekat di minda..banyak kan lagi tutorial lain dengan penggunaan analogi yg mudah dan biasa di lihat dan di dengar..

Komen

Nama
Web