Cari @ Amanz

Syarikat manakah yang akan menjadi terawal memperkenalkan perkhidmatan LTE mereka di Malaysia?Setelah melalui pelbagai fasa, akhirnya SKMM telah pun mengumumkan peruntukan gelombang spektrum 2600MHz untuk LTE yang mana diberikan kepada lapan syarikat telekomunikasi tempatan.

Lapan syarikat yang dibenarkan mengakses spektrum tersebut adalah Celcom, DiGi, Maxis, Packet One (P1), Puncak Semangat, REDtone, UMobile dan juga YTL Communications (Yes4G).

Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, LTE atau nama penuhnya Long Term Evolution merupakan generasi baru untuk jalur-lebar mudah-alih, yang mana membolehkan para pengguna menikmati kelajuan akses internet melangkaui 100 Mbps pada peranti mereka.

Kebanyakkan peranti-peranti baru, terutamanya tablet dan juga telefon pintar didatangkan dengan sokongan rangkaian LTE, dan boleh dikatakan kebanyakkannya menyokong spektrum 2600MHz padanya.

Menurut SKMM, syarikat telekomunikasi dijangka akan bekerjasama antara satu sama lain, dalam membolehkan rangkaian mereka dikongsi, sekaligus membolehkan rangkaian LTE ini diperkenalkan dengan meluas dalam tempoh yang singkat.

Pengenalan teknologi baru ini juga bakal membolehkan ekonomi digital lebih berkembang secara positif di Malaysia.

Dengan pengumuman rasmi oleh SKMM ini, kita kini hanya perlu nantikan, siapakah yang akan menjadi terawal dalam memperkenalkan rangkaian LTE untuk pengguna mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd