READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Oppo Find 5 Akan Ke Malaysia Dalam Variasi 16GB Dan 32GB

Diterbitkan pada December 26, 2012 oleh

Bersempena dengan hari Natal, ia kelihatan pihak Oppo, melalui halaman Facebook mereka menyediakan kejutan, mengumumkan yang mana Oppo Find 5 akan hadir ke Malaysia pada suku tahun pertama 2013 dalam variasi 16GB dan juga 32GB.

Oppo Find 5

Oppo sebelum ini mengumumkan pelancaran Find5 pada awal bulan Disember 2012, dimana melalui telefon pintar berasaskan Android daripada Oppo, ia menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, skrin bersaiz 5.0-inci dengan resolusi 1080×1920 pixel (441PPI), memori sebanyak 2GB RAM, storan terbina 16GB, serta didatangkan bersama-sama kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan 1.9-megapixel pada bahagian hadapan.

Tarikh rasmi bilakah ia akan dijual masih tidak diketahui. Mengikut harga jualan globalnya, Find 5 versi 16GB berharga $499 (~RM1527) manakala Find 5 versi 32GB berharga $569 (~RM1742)

Terdapat 18 komen
Komen Popular
  1. Oppo ni terkenal dengan pembuatan pemain Blu-Ray terutama di US. Sekarang dah meneroka pasaran telefon pintar.

Keseluruhan Komen
  1. Perang 1080 bermula.trend 2013,5″ skrin,resolusi 1080.
    Harga da cantik,agak2 sampai malaysia harga akan kekal 499usd atau lebih tinggi?

    • skng perang 1080p dan 5″.
      nanti nk start perang smartphone 6″ plak nih.

  2. Oppo ni terkenal dengan pembuatan pemain Blu-Ray terutama di US. Sekarang dah meneroka pasaran telefon pintar.

  3. Tunggu nanti smartphone brand Oppo Find nie setanding dengan Samsung ataupun at least top 4 smartphone manufacturer baru aku beli…hehehehe

  4. batteries heavy duty ? Talk time boleh tahan berapa lama ? Harga pasaran di Malaysia ? Di mana boleh dapat beli ?

  5. Bila dijangkakan Oppo nih ada dlm pasaran Malaysia?
    After sales support agak2nyer mcmana?

Komen

Nama
Web