READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Pandang Pertama – Asus PadFone 2

Diterbitkan pada December 14, 2012 oleh

Kebanyakkan dikalangan kita gemarkan kejutan terutamanya kejutan ketika menyambut hari jadi. Kepada peminat rancangan realiti kejutan perlu bagi membuatkan rancangan yang ditonton lebih menarik dan tidak mmembosankan. Dikalangan penulis berita teknologi, kejutan adalah sesuatu yang jarang berlaku. Sejak dua menjak ini tidak banyak benda yang mengejutkan berlaku. Kali terakhir berlaku perkara yang mengejutkan ialah apabila Steve Job secara tiba-tiba meninggal dunia dan Nokia meninggalkan Symbian dan bekerjasama dengan Microsoft

Semalam berlaku sebuah kejutan kepada kami di Amanz kerana menerima sebuah peranti yang pada awal kami sangkakan agak pointless tetapi selepas menggunakannya selama beberapa jam kami mula meminatinya. Inilah yang berlaku semalam selepas kami mula menggunakan PadFone2. Padfone2 ialah peranti pintar hibrid 2 dalam 1. Ia terdiri dari PadFone2 , sebuah telefon pintar 4.7″ dan PadFone Station sebuah dock apabila digabungkan dengan PadFone2 menjadi sebuah tablet 10.1″.

Spesifikasi PadFone Station
Cip  Tiada
Kamera 1.0 megapixel
Skrin 10.1 inci IPS
Bateri 5000 mAh
Spesifikasi Asus PadFone 2
Cip 1.5GHz (empat-teras)
Kamera 13 megapixel belakang
Storan Terbina 16/32/64 Gigabyte
Skrin 4.8-inci Super IPS
Bateri 2140 mAh

Apabila PadFone2 berada di dalam mod tablet, antaramuka yang dipaparkan secara automatik menjadi versi tablet. PadFone Station tidak berfungsi sebagai skrin yang hanya membersarkan paparan yang ada pada PadFone2 ke skrin yang lebih besar.  Aplikasi yang dibina khas untuk tablet juga boleh dimuat turun dari PlayStore ketika di dalam moda tablet.

Selain daripada itu ketika PadFone2  bergabung dengan PadFone Station, bateri telefon boleh dicas.  Ini boleh dilakukan dengan tiga cara. Cara pertama PadFone Station akan mengecas bateri PadFone2 apabila mengesan bateri telefon sudah pada tahap rendah. Cara kedua anda boleh mengarahkan PadFone Station untuk mengecas bateri telefon dan pada waktu yang sama masih berfungsi sebagai tablet. Cara ketiga dan terakhir pula ialah keseluruhan PadFone Station digunakan sebagai pengecas luaran. Dalam moda ini PadFone2 akan dicas oleh bateri 5000 mAh Padfone Station dan fungsi tablet dimatikan. Ini semestinya fungsi yang unik jika dibandingkan dengan peranti-peranti yang ada dipasaran sekarang. Ini sememangnya tidak mengejutkan kerana Asus jugalah yang mula memperkenalkan sistem pengecasan ini melalui peranti Asus Transformer mereka beberapa tahun yang lalu.

Kami masih lagi di tahap awal penggunaan PadFone2 dan setakat kami masih belum mengalami sebarang masalah kritikal. Perubahan PadFone2 dari moda telefon ke moda tablet berlaku dengan pantas. Ianya hanya mengambil diantara 1-2 saat sahaja. Akhir sekali kami dapati berat PadFone2 ketika digabungkan masih ringan dan menurut spesifikasi yangd diberikan ianya lebih ringan dari berat sebuah iPhone generasi ke-empat.

Nantikan ulasan penuh Asus PadFone2 minggu hadapan dimana kami akan mengulas dengan lebih terperinci kemampuan pemproses, bateri , kemampuan aplikasi terbina dalam Asus dan juga perbandingan dengan peranti yang lain,

Terdapat 18 komen
Komen Popular
  1. Berbeza dgn stylus biasa. Setahu saya ia dipanggil Wacom Digitizer. Sangat berbeza. Research it for more info.

  2. tp still x de stylus yg memudahkan seorang pelajar untuk ambik nota..lg best samsung galaxy note 10.1..

Keseluruhan Komen
  1. tp still x de stylus yg memudahkan seorang pelajar untuk ambik nota..lg best samsung galaxy note 10.1..

  2. wau.. menariknya.. menarik sgt2. sungguh innovatif. byk pembaharuan dari asus padfone 1. rm 2.8k amat berbaloi baloi. lol

  3. Kalau smartfon tu x dipasang pada tablet tu..adakah tablet tu boleh digunakan macam tu saja??

  4. Sebenarnya kalau pandai cari, boleh dapat harga lebih murah dari harga runcit yang disyorkan.saya sendiri dapat tawaran serendah rm24xx dan yang paling tinggi rm25xx.mungkin masih nampak terlalu mahal tetapi dengan kelebihan tablet dock yang boleh digunakan sebagai pengecas disamping hanya perlu satu simkad, saya rasa harga yang dibelanjakan adalah berbaloi.

    *amat formal komen saya kali ini.

    • +1
      pada pendapat saya,kalau nak dibandingkan membeli dua gadget secara berasingan, agak tidak praktikal kerana probability untuk pengguna menggunakan kedua-dua gadget dalam satu masa ada sangat sedikit. Berbeza dengan menggunakan padfone, jika tergerak hati untuk menggunakan tablet, hanya perlu dock, dan pengguna masih lagi boleh menggunakan segala fungsi yang ada pada phone. Dan idea padfone dari asus ini juga lebih menjurus kepada penjimatan untuk pengguna dimana pengguna tidak perlu lagi hanya mengharap pada kebolehan wifi untuk menggunakan internet, kini pengguna boleh menggunakan internet dengan melanggan plan internet dari ISP untuk digunakan dalam mode phone mahupun mode tablet. Selain itu, seperti kata saudara Bujal di atas, kalau pandai cari boleh je dapat murah. Saya sendiri dapat membeli dengan harga yang lebih murah berbanding RRP yang bernilai RM2799.

  5. Aman.. biar betoi lagi ringan dari iphone 4? huhu, macam menarik jugak nanti bagi review detail sikit.. pastu camane la rupa cover casing dia nanti yer hmmm

  6. Tak relevan sangatkot…
    Obe…ayat awak banyak masalah tatabahasa…bermula dengan ayat pertama…hingga ayat terakhir.

  7. gua guna padfone 1,pun dah rasa best giler…berbaloi dari note,tapi bila kuar padfone 2 ni,harganya tu yg buat gua lemah,sbb nk trade in yg lama,resale value amat kurang klau dibanding dgn samsung atau apple…so i stick to my padfone and hopping one day padfone 2 price will decrease and i am able to buy it…anyway it is a simply awesome fone as it was improvisation of the first one

    • Setuju.. sy jg guna padfone 1.. bila dah guna br tahu mmg praktikal.. bila padfone 2 keluar mesti lg baik dari versi sebelumnya.. stylus khas utk padfone jg boleh digunakan sbg phone utk bercakap apabila hpon disambungkn ke tablet..(tak perlu buat load speaker)…

Komen

Nama
Web