READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3GSejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia. Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak.

Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya.

Pakej Komunikasi BeliaAntara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.

Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah;

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Lebih maklumat lanjut, dengan senarai telefon yang akan ditawarkan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat ini.

Terdapat 237 komen
Komen Popular
  1. Betul itu, tidak banyak pilihan bukan?

    Saya bercakap bukan atas tidak ketidakpuasan hati dan tidak bersyukur, namun lebih kepada berfikir di sudut yang lebih baik.

    Disini, saya dapat melihat 2 golongan ; golongan menyokong, dan golongan pengkritik.
    Saya tidak bermaksud golongan pengkritik adalah golongan “tidak bersyukur” – Jangan salah anggap.

    Terdapat 2 sudut pemikiran berbeza, kita lihat kepada golongan yang menyokong dan “bersyukur” dahulu.
    Seperti sedia maklum, anda sebagai rakyat marhaen. Anda sudah cukup masak dengan perkembangan teknologi semasa dan ekonomi masakini.
    Apakah bagi anda Si Penyokong RM500 kita dapat membeli sebuah peranti yang layak dipanggil Smartphone? Apa erti Smartphone bagi kalian? Boleh nyatakan apa peranti yang mempunyai kategori harga tersebut? Banyakkah pilihan?

    Jangan lihat kepelbagaian pilihan sebagai faktor utama membeli, kerana kita sudah tahu dengan limitasi RM500 adalah begitu sedikit untuk mempunyai pilihan yang lambak.

    Juga satu soalan yang patut ditanya kepada golongan ini ialah, mengapa ada istilah BERSYUKUR? Dalam konteks ini, bersyukur tidak boleh dijadikan titik akhir penerimaan suatu perkara. Kerana wujud kecenderungan yang lebih tinggi kepada sesuatu yang lebih baik, maka wujudlah golongan kedua ; golongan mengkritik yang memikirkan sesuatu yang lebih hebat/baik.

    Jika anda belajar Ekonomi ( saya tidak berkata bahawa saya hebat ) , terdapat pembelajaran mengenai Pokok Keputusan dimana sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, seseorang harus memikirkan kelebihan atau kekurangan sesuatu yang ingin dicapai, ianya lebih memfokuskan keuntungan dan kerugian sesuatu pelaburan.

    Mungkin golongan pengkritik (seperti saya) lebih cenderung kepada memikirkan apa jalan yang lebih baik yang dapat menguntungkan semua pihak – tidak sekadar golongan belia.

    RM200 yang diberikan oleh kerajaan pada pandangan saya ianya merupakan pelaburan jangka pendek. Kerana ia hanya memfokuskan kelompok kecil masyarakat yang mungkin atau tidak dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara itu sendiri.

    Cuba jika RM200 itu digunakan bagi tujuan subsidi minyak? gula? pembinaan jalan, membaiki jalan rosak. Atau tujuan lain yang difikirkan lebih baik.

    Kita lihat, jika RM200 itu diberikan kepada jutaan belia, berapakah jumlah akhir yang negara akan keluarkan? Mungkin kos tersebut hampir menyamai kos pembaikan jalan hampir keseluruhan Malaysia (tidak tahu kos sebenar).

    Siapa yang akan nikmati kemudahan tersebut? Adakah hanya kelompok Belia sahaja? Tidak, ia akan dinikmati oleh semua. Dari sinilah muncul golongan pemikir yang mengkritik. Bukan kerana TIDAK BERSYUKUR.

    Jika ditanya, “Kau kutuk-kutuk, nanti RM200 tu tak payah kau ambik!”
    Walaupun golongan yang mengktitik, adakah mereka tidak layak untuk mengambilnya jika punyai cukup syarat ditetapkan?
    Itu adalah peruntukan yang telah ditetapkan oleh negara dan ianya sudah masuk pun dalam bajet belanjawan 2013. Jadi kami ada hak, bukan bermaksud tebal muka untuk ambil walaupun sudah berhabisan mengkritik. Namun itu adalah HAK.

    Anda mahu baca/thumbs down or wtv saya tidak kisah, cuba mahu beritahu kepada golongan “bersyukur” apa yang kami fikirkan.

  2. Kerajaan sebut “Telefon Pintar”. Bukan “Telefon Pintar Yang Power”. Lol.

Keseluruhan Komen
      • Rebat RM200 itu amat sesuai sangat untuk pelajar2/remaja yang mengidamkan Samsung Galaxy Y yang harganya amat berpatutan bagi telefon pintar murah…
        Lagipun pelajar2/remaja buat apa beli smartphone mengarut dan membazir pada harga melebihi RM2,000 – ini bercanggah dengan polisi sikap berjimat cermat kerajaan disamping dapat memupuk pembelian cara pintar dikalangan rakyat Malaysia…

    • kad siswa kena tipu, ini kena tipu, baucar buku ajalah yang boleh guna betul pun… aih…

      • ko ni xreti bersyukur ke….
        weh dulu x pernah ade rebat smartphone, kad diskaun n sebagainya
        jgn la jadi rakyat malaysia yg x sedar diri….

    • Betul itu, tidak banyak pilihan bukan?

      Saya bercakap bukan atas tidak ketidakpuasan hati dan tidak bersyukur, namun lebih kepada berfikir di sudut yang lebih baik.

      Disini, saya dapat melihat 2 golongan ; golongan menyokong, dan golongan pengkritik.
      Saya tidak bermaksud golongan pengkritik adalah golongan “tidak bersyukur” – Jangan salah anggap.

      Terdapat 2 sudut pemikiran berbeza, kita lihat kepada golongan yang menyokong dan “bersyukur” dahulu.
      Seperti sedia maklum, anda sebagai rakyat marhaen. Anda sudah cukup masak dengan perkembangan teknologi semasa dan ekonomi masakini.
      Apakah bagi anda Si Penyokong RM500 kita dapat membeli sebuah peranti yang layak dipanggil Smartphone? Apa erti Smartphone bagi kalian? Boleh nyatakan apa peranti yang mempunyai kategori harga tersebut? Banyakkah pilihan?

      Jangan lihat kepelbagaian pilihan sebagai faktor utama membeli, kerana kita sudah tahu dengan limitasi RM500 adalah begitu sedikit untuk mempunyai pilihan yang lambak.

      Juga satu soalan yang patut ditanya kepada golongan ini ialah, mengapa ada istilah BERSYUKUR? Dalam konteks ini, bersyukur tidak boleh dijadikan titik akhir penerimaan suatu perkara. Kerana wujud kecenderungan yang lebih tinggi kepada sesuatu yang lebih baik, maka wujudlah golongan kedua ; golongan mengkritik yang memikirkan sesuatu yang lebih hebat/baik.

      Jika anda belajar Ekonomi ( saya tidak berkata bahawa saya hebat ) , terdapat pembelajaran mengenai Pokok Keputusan dimana sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, seseorang harus memikirkan kelebihan atau kekurangan sesuatu yang ingin dicapai, ianya lebih memfokuskan keuntungan dan kerugian sesuatu pelaburan.

      Mungkin golongan pengkritik (seperti saya) lebih cenderung kepada memikirkan apa jalan yang lebih baik yang dapat menguntungkan semua pihak – tidak sekadar golongan belia.

      RM200 yang diberikan oleh kerajaan pada pandangan saya ianya merupakan pelaburan jangka pendek. Kerana ia hanya memfokuskan kelompok kecil masyarakat yang mungkin atau tidak dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara itu sendiri.

      Cuba jika RM200 itu digunakan bagi tujuan subsidi minyak? gula? pembinaan jalan, membaiki jalan rosak. Atau tujuan lain yang difikirkan lebih baik.

      Kita lihat, jika RM200 itu diberikan kepada jutaan belia, berapakah jumlah akhir yang negara akan keluarkan? Mungkin kos tersebut hampir menyamai kos pembaikan jalan hampir keseluruhan Malaysia (tidak tahu kos sebenar).

      Siapa yang akan nikmati kemudahan tersebut? Adakah hanya kelompok Belia sahaja? Tidak, ia akan dinikmati oleh semua. Dari sinilah muncul golongan pemikir yang mengkritik. Bukan kerana TIDAK BERSYUKUR.

      Jika ditanya, “Kau kutuk-kutuk, nanti RM200 tu tak payah kau ambik!”
      Walaupun golongan yang mengktitik, adakah mereka tidak layak untuk mengambilnya jika punyai cukup syarat ditetapkan?
      Itu adalah peruntukan yang telah ditetapkan oleh negara dan ianya sudah masuk pun dalam bajet belanjawan 2013. Jadi kami ada hak, bukan bermaksud tebal muka untuk ambil walaupun sudah berhabisan mengkritik. Namun itu adalah HAK.

      Anda mahu baca/thumbs down or wtv saya tidak kisah, cuba mahu beritahu kepada golongan “bersyukur” apa yang kami fikirkan.

      • Bagi aku, adalah lebih baik agar kerajaan bagi bantuan dari segi bayaran permulaan untuk phone daripada package. Smartphone tanpa data plan, bagaikan hilang ‘smart’nya.

        Katakan, mungkin bukan phone yang terlalu mahal, cukuplah sekadar mid-range, dalam lingkungan 1000 kebawah, dengan kontrak 1 tahun, pengguna dapat percuma phone tu, subsidi dari kerajaan.

        Jadi apa yang pengguna perlu bayar cumalah bil sehingga setahun dan seterusnya jika dia sambung. Kerana kontrak setahun, dan harga phone di subsidi oleh kerajaan mereka tidak perlu plan yang terlalu mahal bulananya. Sekurangnya, money flow tu berlaku bagus untuk ekonomi.

        Kerajaan oleh sepakat dengan telco-telco di Malaysia, buat package 1Malaysia contohnya, semua telco menawarkan phone pilihan yang sama, harga commitment bil yang sama, bandwith, free call/sms yang sama, cuma penguna perlu memilih telco yang mereka nak sahaja.

        • Yup, idea yang bernas. Target adalah untuk golongan muda & berpendapatan rendah tapi kalo perlu bayaran bulan2, lagi la kurang pendapatan golongan target nie….

        • Aku blh je DISLIKE. Dan aku nak tahu kalau2 pemikiran aku ni masih dikira ‘otak kosong’ oleh saudara.

          Walaubgmnpn andai aku dislike bkn aku xbersetuju tp anugerah Allah, manusia blh buat pilihan. Aku plh LIKE sbnrnya. Tp aku jg blh DISLIKE utk menggunakan pendapat berikut:

          Bg aku, ada kemungkinan besar ‘agak bijak’ sbnrnya kerajaan hadkan pd peranti bernilai RM500.

          Lihat sndiri slh 1 syarat iaitu ‘Tidak melebihi daripada 1.5 juta belia’. Tuan2, jika tuan2 ada integriti tuan2 akan dahulukn rakan2 belia (sy berckp dgn belia skrg ni) yg TIDAK PERNAH MERASA menggunakan ‘smart phone’ ini.

          Aku trasa sbb ktika rkn2 dh pki iPhone 4S, aku msh pki Nokia Classic 2323. baru2 ni sja baru pki ‘smart phone’ skdr nk kejar tech. klo x mmg aku pki je Nokia Classic tu.

          Apa pun, kalau tuan2 ada hati yg mulia, lupakan ttg “Eh! Aku belia yg layak menerima rebat RM200 ni. Knp kau nk halang aku?” Sbb ego sebegitu akn terus mnybbkn rakan2 yg senasib spt sy dulu akan terus xmerasa teknologi ‘smart phone’.

          Kmbali pada isu had harga peranti RM500, knp aku katakan ‘agak bijak’? Kerana andai dia up shj kpd RM1000 sekalipun, dh tentu2 rebat RM200 ini bukan lagi mmberi peluang & mempromosikan gaya hidup digital mlalui ‘smart phone’ kpd golongan belia TETAPI mnjd pemacu kpd golongan2 belia berpendapatan sederhana untuk UPGRADE smart phone mrk, atau BERTUKAR hp baru atau sekurang2nya melarikan fokus dr yg sepatutnya kpd golongan belia yg ‘bermewah’ dgn hp. dude, hp RM1k mewah tau.

          Terang & nyata kalau tuan2 baca komen2 kat sini, dh nampak dh komen “baru je bercadang nak beli itu.. dan ini.. pd harga bla.. bla..”. Nampak kan?

          Aku blh je DISLIKE. Dan aku nak tahu kalau2 pemikiran aku ni masih dikira ‘otak kosong’ oleh saudara.

          Walaubgmnpn andai aku dislike bkn aku xbersetuju tp anugerah Allah, manusia blh buat pilihan. Aku plh LIKE sbnrnya. Tp aku jg blh DISLIKE utk menggunakan pendapat berikut:

          Bg aku, ada kemungkinan besar ‘agak bijak’ sbnrnya kerajaan hadkan pd peranti bernilai RM500.

          Jd di mana fokus sebenar pakej ini diwujudkan? adakah mnjd batu loncatan utk mrk yg nak upgrade HP kpd HP yg lebih canggih @ baru pd harga murah sbyk RM200? Atau mmberi galakan kpd belia yg xberkemampuan mmiliki smart phone utk membeli sebuah SMART PHONE PD PERINGKAT PLG BASIC?

          Bknkah fokusnya utk mmpromosikan gaya hidup digital kpd belia? Yg lain, hold diri masing2 (yg nak upgrade hp, beli hp lagi 1) & beri laluan kpd rakan2 belia kita yg lain yg ‘difokuskan di dlm pakej ini’ utk dptkan sebuah ‘smart phone’ utk mrk dahulu.

          Aku tahu benda ini akan susah bila ada yg akan kata “Aku layak, knp aku xnk ambil pula?”. Itulah, sekali lagi.. yg blh dilakukan, mminta belas ehsan & semangat belia utk mmberi laluan utk belia yg berpendapatan rendah ni.

          Pasal had pendapatan bulanan RM3000, no komen. Awat tinggi beno. :P

          Dan yg aku TAK SUKA jg terutamanya psl pelan data tu lah. Mmg agak teraniaya di situ kalau kena dptkan peranti hny dgn cara subscribe plan data. Niatnya mulia nak bg mrk mnggunakan internet melalui phone. Tp kan ada cara PREPAID yg xmembebankan? Itu shj.

          Apa lagi~ teruskan hujah kalian. Aku suka mndgr idea2 baru dr rakan2 belia aku ni. ;)

          • First sekali, JJ itu bukan saya. Saya hanya menggunakan gravatar kucing. :3 Itu bukan fake ID saya or wtv.

            Persoalannya, antara syaratnya ialah, berpendapatan bulanan RM3000 per individu.
            Lihat? Dalam syarat ini juga telah meletakkan golongan berpendapatan rendah hinggalah sederhana sebagai kumpulan fokus bagi diberikan rebat ini.(Jangan keliru dengan pendapatan bulanan individu dengan pendapatan isi rumah)

            Sudah pasti tujuan utamanya sudah lagi bukan untuk membantu individu yang bependapatan rendah untuk menikmati teknologi hebat. Kerana golongan berpendapatan sederhana juga mampu untuk mendapatkan rebat ini.

            Tujuan utamanya mungkin adalah untuk meningkatkan lagi kadar penembusan internet di Malaysia (?) Dan pernyataan saya ini disokong dengan syarat seterusnya iaitu “Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu”.

            Mungkin ianya dilihat baik kerana ia secara tidak langsung meningkatkan kadar celik IT. Namun sudut lain pula ialah, apakah logiknya jika kumpulan berpendapatan rendah yang sedia maklum kita ketahui bahawa mereka tiada wang, namun perlu mengikat kontrak dengan pihak Telco semata-mata untuk mendapatkan Rebat RM200?

            Hanya kerana Rebat RM200 untuk memiliki peranti berharga RM500 mereka perlu mengikat kontrak selama setahun paling kurang dan dengan kos rm 100 satu bulan? Adakah ianya dilihat berbaloi?

            inb4, saya begitu bersyukur keatas jasa baik kerajaan dalam memberikan rebat rm200 namun tidak berpuas hati dengan limit rm500 harga bagi sebuah peranti.

          • bagi aku mmg xpatut kerajaan letak maks harga cuma RM500. kalau RM2000 ok la..coz belia itu sendiri boleh berfikir dan membeli smartphone mengikut kemampuan diri. bagi yg berpendapatan rendah, dia boleh pilih smartphone harga 500 kebwh. bgi yg berpendapatan sederhana,boleh la pilih smartphone yg 1000 kebwh or keatas. so, atas kehendak belia tu sendiri la nk beli yg mna 1 mengikut kemampuan dia.

          • Marsha Dimes – Yes, spt yg sy nyatakan. Pelik jg bila di letakkan had income RM3k. Ini golongan yg dh mampu beli hp RM1k ke atas dlm 1 or 2 kali gaji shj. Ptt letaklh had yg rendah lg. Spy org tahu siapa golongan sasaran projek ni.

            Dan kalau depa blh bg PREPAID internet Celcom 1Malaysia, Maxis SKMM, Celcom SKMM dll utk pngguna laptop 1M yg bersifat PREPAID, knp x berikan pakej yg sama kpd mrk yg nk bli hp mlalui pakej ini jg? Kena revise blk tu.

          • Peja – tak praktikal jg bang. mcm yg sy nyatakan. kuota utk 1.5juta belia shj. tak ramai rasanya ni. kjp je abes. klo RM2k, konpem range belia sasaran meningkat. dan bg sy, kalau dh mmpu beli HP rege RM1k ke atas. bantuan RM200 spt ni, rasanya dh xlyk. ada baikny pki duit sndiri terus.

            Kita nk bg rakan belia kita yg xpnh mrasa smartphone ni spy at least blh mmbeli & mnggunakn spt kita jg.sy kira snarai hp2 bwh RM500 ni rasany blh kira basic smartphone la. kira oke la kn.

      • adoiyai… kepada yang mampu xpayah la amik.. bg je pada yg lain yg nak.. tolong la.. bnda mcm ni jgn nk timbulkn isu.. org dh bg amik je la.. yg bg cash 250 diam je..

    • Ya,memang.RM500 memang xdpt smartphone spec sodap.cuma boleh beli entry level punya smartphone.tapi jgn tgk limit harga phone je,thats why kenapa limit pendapatan RM3k.sebab nak make sure golongan sasaran mampu membayar bil kontrak pakej data.perlaksanaan benda ni kurang tepat.daripada takde komitmen,tpaksa plak tambah beban kontrak pakej data.pada pendapat aku,ignore jelah apa yg gomen buat ni.nk pkai smartphone,tunggu sampai mampu.mcm aku ni ha,dh tua br mampu beli smartphone dgn duit sdri.apa ada hal ye dak?

  1. mcm x ikhlas je nk bg.. berapa kerat sgt smartphone yg harga RM500 & ke bawah..

    • Belum fikir lagi bahawa antara syaratnya ialah, kepada pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.

      Dimana ianya seolah menguntungkan kroni. Mahu rebat rm200? Subscribe plan aku yang berharga rm300/mth + harga phone.

      Nampak?

    • Cuma dapat Samsung Galaxy Y pun sudah kira sesuai banget untuk student2 tu semua…
      Ingat, jangan membazir, belajar lagi penting daripada nak berlagak dengan smartphone!

  2. Yg Kata cukai HP nak dimansuhkan tahun depan tu jadi ka. ke aku yg salah dengar masa belanjawa haritu. hehehe..

  3. blh amik huawei yg murh2 ni..xpon galaxy y…huhuhuhu bt 2nd fon jd la

  4. rm200..?? baik bagi cash je..sebab bukan semua nk beli phone pun..pape pun gua bersyukur..

  5. Nampaknya ramai para belia yang tersedar dr bermimpi di siang hari dengan harga maksima RM500.Namun kerajaan bagi peluang utk memiliki smartphone bukan kesempatan utk belia bergaya mewah. :)

    • 1juta like… mampu beli hp mewah bukan gaya hidup orang susah.

    • tapi kalau setakat harga maksimum RM500 aje baik tak payah bagi. Kalau seribu ke ok jugak

    • Kerajaan sebut “Telefon Pintar”. Bukan “Telefon Pintar Yang Power”. Lol.

      • Lol. Pandai
        buat lawak. Ade ke ‘Telefon Pintar Yang Power’. xpnah pn amanz ckap iphone ‘Telefon Pintar Yang Power’??? Pndai buat term sndiri

        • Tunggu la phone keluaran 1Malaysia, pastinya harga dia murah dan mampu milik, lepas tu boleh gunakan rebat RM200 untuk phone tu. Mana ada mahal. Kalau nak buat phone extra/backup dah bagus sangat tu.

          Siapa kata rebat tu tak cukup? CUKUP LA WOIT!….~~~

        • suke hati dia la, dia nak bwat term dia sendiri ke ape.. nice ape.. telepon pintar yg power..

          • Ni ko sibuk apesal. Sape ckap dgn ni. Name ubah2 sbab nk bash org. Ingt aq xknal ko ke bngang.ko ubah nama Macai Tegar ape suma smate2 nk bash org. Xde pndpat sndiri ke pe

  6. Cehhhh….maksima 500 jerrr…. at least bg lar maksima 1k…. bg aku 1k skunk xdew mewah sngt kot…

  7. ni kerajaan nak bagi kat belia yang kurang mampu kot,. apa korang expect nak beli note2 ke dengan rebat rm 200 tu ekekeke

    • Habis tu ko ingat rakyat tak boleh mengkritik lah? Kena terima aje dan berterima kasih pada kerajaan sepanjang masa? Lol.

      • haha 3 komen ats ak nih ak like, yg top ak thumb down haha.. asal kritik je kate x bersyukur… bile la negara kite nk maju klo berfikiran cm2… 7 tahun lagi kate nk capai wawasan 2020 …

    • kalau aku tak undi bee end pun still kena bayar cukai ke kerajaan bee end gak. so amik je la. kritik belakang kira.

  8. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    • tak payah nk guna tema SYUKUR sgt la.. pemimpin guna wang rakyat berjuta2 ko kasi pulak.. kitorg nak merasa duit cukai yg kitrg bayar setiap hari tu pon ko nak melenting.. nak bantu rakyat buat cara nak bantu.. drpd dia sia2 kasi duit kat rakyat tp benefit nya limited, baik dia kasi kat org yg lbh memerlukan..

        • Cukai bukan setakat bagi setiap 6 bulan lah woi. Kau pergi kau makan mekdi, kau shopping, kau beli sana-sini itu semua cukai woi. Kau ingat peniaga nak bayar ke cukai untuk kau? Sebab tu harga barang naik mencanak-canak.

        • tumpang tnye…dh bpe byk kali kau brsyukur bile gomen salah gunakn duit kau tu??

      • Der, ko byr cukai tiap hari? Hebat beno ko… Aku byr tiap setahun sekali je, pcb pun tiap hujung bulan.. Ko byr tiap hari? Nampak sgt tipunya.

        • Bodoh la ko ni.. pergi mana2 pun ada cukai.. walaupun rakyat dah bayar cukai, rakyat nak masuk bilik air pun kena bayar 30-sen.. sedang kan kredit phone tu pun ada cukai..

        • bukan nak bekap Der ke apa.beli top up,beli mekdi,jalan jem tapi kena tol.ko g sewa hotel utk bercuti,outstation kerja pn ad gov tax.parking kat PWTC pn dh apply GST.selebihnya bro cari la sndri.menteri kesayangan ko dpt elaun.naik keta pun ada escort buka jalan.bersyukur nya aku!!!

  9. Pingback: Smartphone Discounts For Youths To Start On 1 Jan 2013, Restricted To Pre-Approved Devices Under RM 500 | Lowyat.NET

  10. Phone model bawah rm500? tak cukur pintar lah cerita dia. *facepalm*

  11. kerajaan suap belia demi PRU13, puihh maa~ 500 MAKSIMA masuk longkang la

  12. Beratur panjang la kat Senheng dgn SenQ nanti..Pengedar lain takde ke aman?

    • Nama pengedar lain masih tak tau buat masa nie. Mungkin dalam sehari dua lagi tau ar kot. ;)

      • OK…Tq boss atas maklum balas..aik, ko punye takde plak nak respon thumb up/thumb down?

  13. Maybe next post amanz.my bole senaraikan hp2 smartphone bawah rm500 utk beliau ni pilih ;-)

  14. Aman, benda ni kena daftar kat mana eh untuk rebat ini semua ? Ke terus g senq ? Mohon penceraian umum…

    • Nanti bermula 1 Januari (mungkin 2 Januari), SKMM akan menyediakan halaman untuk pendaftaran, dan maklumat untuk tebus diskaun tersebut mungkin akan dikongsikan melaluinya.

      • Aman,kalu guna rebat ni tuk beli tablet rasenye bleh x?mcm tblet china ke

    • Jangan membazir duit, beli yang murah lagi bagus – tetap tahan sampai 3 tahun jugak

  15. Walaupun aku suka dengan brg2 gajet ni tpi aku rase lebih baik gune duit tu untuk turunkan harge minyak walaupun turun sbnyk 10sen..hya sbgai pendpat

    • Lebih afdal lagi kalau gunakan duit tu untuk tingkatkan pengangkutan awam.
      Biasalah dah nak dekat pru ni nak tarik golongan muda.

  16. fuhh..
    ramai gak yang kaya kat sini henpon rm500 tak pandang dah..
    bersyukur la sbb ada bagi offer 200 tuh daripada xde langsung..
    orang gaji >3k x payah ssh2 ikat perut semata bli HP mhl2 tuh..dapat yg basic ok la..

    jgn selfish sgt..ada je org yg keje tapi mampu nk bli henpon..

    klu gaji ciput tapi selera menggunung tuh lain la..
    ikut kemampuan diri..klu selera tinggi nk pakai hp mahal keje la rajin2..naik pangkat gaji besar nnt beli la henpon apa yang ko nk..x pyh nk asik kne suap ngn gomen jek..

    ps: bley jugak aku guna pakej ni beli henpon utk adik aku yg baru msk U tuh..mesti dia hepi.. alhamdulillah

    • bagos nye kau. bersyukur sgt.
      jgn lupa, bila org kritik tuh bkn nye tnda dia tk bersyukur, tuh pendapat mereka.

    • bgusnye ko..bersyukur gile2..pastu nati tiap2 bulan lak adik ko kna byar utk plan broadband hp 2..tgk2 plan plg murh,100 sebuln..mesti adk ko HEPI gile2 kn..

      • ko tetiap bulan adik ko yg byr pakej plan data ke, ko yg byrkn? ktorg yg kje ni pon bpikir gak nk amek pakej plan data, tp adik ko bru nk msuk U da bleh pki smartphone ek..perghhhh… giler mantop.. klu bru msuk study, jgn selera menggunung tinggi nk pakai smartphone canggih2 la.. ajar adik ko dlu supaya x kne suap je ngn ko.. bru ko bleh mngata org lain..

  17. Dear Rayna, bkan ungrateful, tpi nk bgithu, najib dh hbiskn byak duit smata2 utk PRU? Sbab tu aq ckap jgn bagi lbih baik, smpan rebat tu utk kegunaan yg lbih perlu. Repair jalan ke, tmbah lampu jlan ke. Rebat ni bkan rakyat mntk pn…

  18. Salam amanz, apa maksud ‘Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu’ ni? Adakah kita diwajibkan utk melanggan plan data dgn telco yg terlibat sekiranya mau dapatkan rebat?

    • Yes..ak bce kat lowyat.net die kate cam 2..law da daftar xpe..law x de kne daftar ngan telco mcm maxis digi n celcom

      • oh. nampaknya hny bygn sajelh rebat ni. dh kalau ttiap bln kena mkn smpi RM80. no konpem lebih RM100 dgn plan data. kena tau knp hp2 yg dbeli dgn pakej plan data blh dpt murah skt. sbb dia caj mmahal pd datanya. sigh..

  19. Pingback: Prasys' Blog My Thoughts on RM 200 Smartphone Rebate | Prasys' Blog

  20. jom kwn2 kita sokong ameno & be end. Max RM500? Bibik kak Ros pn pkai hp lg mhl.. lalalalala

  21. Adakah beli telephone yg dapat rebate ni terpaksa buat penjanjian kontrak dengan Telco dengan bayaran bulanan jika syarat mengatakan kena langgan pakej internet dari telco baru dapat rebate tu?

  22. Maksimum 500..tu tandanya dya suruh golongan belia pangkah Pakatan Rakyat.

  23. Cuba jgn pandang negatif sgt.. Bila org kasi tima kasih jelh, bkn merungut.. Tu ✗ bersyukur namanya.. Kalo ✗ puas hati, jgn ambk duit, jgn daftar.. Kerajaan bg rebat tu utk bg semua merasa pakai smartphone terutamanya golongan krg kemampuan. Bg yg mampu, anggap lh lebihan rezeki utk anda.. :)

    • Tolong jangan jadi naif. Kalau kerajaan benar2 nak tolong takkan nak hadkan pada henfon RM500 ke bawah aje? Orang kalau nak beli smartfon mestilah nak pakai yg spek decent sikit bukan bermaksud nak pakai yg paling high spec macam GSIII ke, iphone5 atau GNote2.

    • jgn la pandang kritikan sumenye negetif.. ad jgk yg membinanye.. cbe tgk syrat utk rebat nih.. kne langan data bulanan.. ingt murah ke langan bulan2 tuh… bkn nye max 500 tu x bagus cume kurang pilihan, klo max 1000 kn bgus jgk, hp bwh 500 pn termsk skli pe :p

  24. Nampak gaya xdapat la GengBBM nak beli BlackBerry 10 dengan rebet RM200 tu nanti :( Terkilan sikit….

  25. Kalu gomen betoi nk bg rebat utk org yg x berkemampuan sj, jgn lah guna nama belia..pkai ja nama “org yg x berkemampuan”.. belia skrg ni bukan mcm belia dlu2.. Btw, ada ker smartphone harga bawah rm500? Kalu pkai rebat tu utk amik henpon second hand harga bawah rm500 bleh ka? Xbyk pilihan la. : o

  26. RM boleh pakai barang mahal2 lagi branded. Takkanlah rakyat pun tak leh merasa macam itu kot? Apa pemimpin dapat, rakyat pun mahu merasa. Tak ke gitu?
    [Pemimpin adalah teladan kepada rakyat]

  27. Pingback: CYRILDASON.BIZ Smartphone rebate: It's only for phones below RM500 - CYRILDASON.BIZ

  28. Pingback: Pakej Komunikasi Belia | Bro Framestone

  29. Ittew baru nak ambil IPhone 5. Siap ittew cakap kat bapak ittew, tunggu dapat rebat ni baru beli. Jimat RM200. Acanii lak haa rupanya, maksimum RM500 ya bangggg ==’ Kenapa tidak bagi sahaja tanpa sebarang syarat, kan senang. Tak iya pun yang balance harga phone, kena tambah sendiri jugak. ye doppp ;P

  30. Owh baru perasan dengan salah satu syarat:
    “Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.”

    Maknanya bulan2 kena bayar kat telco lah untuk subscription braodband haha. Pakai hanset cikai tapi kena langgan broadband lol.

    • betulkan kalau aku tersilap bukankah pihak telco sendiri ada menawarkan rebat kalau melanggan pelan broadband. Pilihan hanset pun banyak. Sesetengah model diberi percuma kalau melanggan tempoh tertentu. Kalau macam tu lebih baik ambil dari telco ajelah haha.

      • haah. bse aku tgk pn klo dh hp2 bwh RM1000 ni, telco mmg bg FREE je dgn langganan plan data depa. Aihhh… tang mana nk guna rebat nyeeeaaa..

    • untuk mengkayakan kroni la tu…kene daftar jalur lebar pulak dgn syarikat telco tu

  31. Hmm..komentar-komentar termasuk saya sekali memandang serong tindakan kerajaan ni. RM500 telefon pintar apa yang nak dapat? Pada pendapat saya, pekej ini hanya nak memancing undi golongan muda-mudi yang duduk di ceruk-ceruk kampung, dia desa-desa. Bukan ditujukan kepada golongan muda-mudi yang tinggal di bandar yang lifestyle mereka mengikut peredaran masa. Memanglah, pada kita pekej ni nampak mengarut, tapi bagi golongan muda-mudi yang tinggal di kawasan desa, inilah masanya mereka boleh merasa nak pakai smartphone, biarpun smartphone dari China. secara tak langsung dah pancing undi dah kan? So kesimpulannya, pakej ni adalah lebih kepada Pakej Pancing Undi. Ini pendapat saya.

  32. aku tk da masalah kalau nk bagi diskaun 200 untuk handphone dibawah 500..tp jangan ‘mislead’ rakyat. pertama fungsi 3g boleh dikatakan sebagai basic feature di mana2 hp sekarang.jadi untuk katakan hp yang ada 3g itu sebagai smartphone ia tidak lagi tepat. jadi bila kerajaan umumkan diskaun untuk smartphone,mana2 simple mind skali pn tidak akan jangka maksudnya adalah phone di bawah 500..bagai aku itu mislead. kedua utk hp sekadar dibawah 500 had pendapatan sepatutya boleh dikurangkan kepada 1500 misalnya..kerana rata2 orang pendapatan 2k ke atas sudah mampu untuk beli phone lebih dari 500..jadi golongan sasarnya lebih fokus kepada yg kurang mampu, maka padan lah dengan had 500..dan akhirnya kalau kerajaan siap2 bgtau awal bahawa bantuan ini utk basic smartphone,tk da la orang marah sgt.

    • tu la orang cakap.. benda ni sekadar gula2 politik je.. bagi sedap telinga mendengar time bentang bajet haritu.. ko ingat senang2 ke gomen nk bg rebat2 ni. diorg cume pentingkan persepsi je.. PERSEPSI..

      bile rakyat dengar, ramai akan kate. “ish,baiknye kerajaan..”. sedar sikit la rakyat Malaysia.. Tp aku yakin golongan muda skrg dan bijak pandai semua..

      • sorry, i’m not interested talking politics here.
        aku hanya observe sahaja. bagi aku this is another classic example of a ‘good’ policy with a bad judgment and a bad PR. sama ada hp bwh 500 atau lebih 500 tk membawa perbezaan pada spending kerajaan, kerana sefaham aku bajet yg teleh diperuntukkan adalah sebanyak 300mil. jadi ikut mana pn tetap 300mil.

        • thanx man..! lepas baca semua komen yang ada kat page ni, urs adlh yg paling simple and chill2 jek..tak pro dan tak anti..aku baca komen2 lain terasa mcm stresssfullll sgt2..ur’s is very different..THANK YOU..!!

  33. Kalau stakat nak pancing undi baik xyah sbb nak bagi rebat pun utk hp bwah 500???bukan x nak bersyukur tapi rebat pun bersyarat camtu.baru nak jual hp lpas tu ambik rebat tuk tmbh skit tapi dpt hp apa je rm500 tu???????!???!!!!==’ this government is to annoying…….

  34. kerajaan nak bg pd yg kurang mampu ja tu,yg nak belagak pakai harga rm1k tu sah2 bnyk duit buatpa nak bg rebat

  35. senheng & senq? kedai tu lah yang paling lewat turun harga banding harga pasaran. apa kata bg jugak untuk syarikat dr superbuy. diaorg cepat sikit drop harga…

  36. Pingback: » Smartphone Discounts only for Phones under RM 500 at goldfries.com

  37. Kerajaan di bawah UMNO Najib semuanya tak ikhlas. Ikhlas untuk bini Najib jer…….

    Kalau mereka benar ikhlas?
    -BR1M adalah berterusan (cth: setiap tahun, 1/2 tahun), bukan ikut suka mereka je, rasa kurang sokongan baru bagi.
    - Rebat HP pintar tanpa had, bukan max RM500 je.

  38. sory xnk amek rsuah krajaan.i work hard and will pay my own phone that better than all this..dont like to cling on gov

    • dude. no worry bro. assume this is your money. Slps ko dh byr tax bagai ttiap tahun dr ko kecik, skali skala sbhgn duit tu release blk lh pd kita. depa tlg uruskan shj, bkn duit depa. ni mmg duit kita. They are good coz know that this is our money and we should at least once a while pki blk. not they are good coz they give their money to us. this is never theirs. ia selamany mlk rakyat = kita.

      • Tepat sekali bro. Terima duit dari kerajaan bukan bermakna kita ambil rasuah atau mengemis. Duit tu memang untuk rakyat. Cuma mungkin dari cara pengagihan tu boleh dipersoalkan/didebatkan. Macam dalam hal ni, memberi subsidi Rm200 untuk membeli smartfon bagi aku sesuatu yg bagus. Tapi cara perlaksanaannya kurang bagus dengan hanya meletakkan syarat untuk smartphone yg beharga RM500 kebawah dan terpaksa melanggan pelan data bulanan dari telco. Ada yang kata bantuan ni hanya untuk golongan yg benar2 tak mampu nak beli smartphone kalau macam tu kenapa tak letak syarat pendapatan rm1500 ke atau rm1000 ke bawah? Golongan ni aje yg aku rasa pakai hanset harga macam tu. Tambah pula kena melanggan pelan data mampu ke golongan berpendapatan rendah bayar bil bulan2 pada telco?

  39. rebat RM200 maksimum hp yg leh dibeli RM500…lg baik duit tu uat beli benda2 yg berfaedah aje.

  40. Gaji 3000 ok la tu byk tu.. takkan gaji 3000 nak beli hanset 2500 (tolak rebet 200 jadi 2300).. so nak belanja apa 700 tu….

  41. kalau nak bantu orang susah kenapa x kasi je hp harga rm500 kan senang xpayah nak berkias2 lagi bagi rebat rm200 maksimum hp below rm500…yang xsuka komen aku aku xkisah..aku xmarah n maki korang pun…

  42. “Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.”

    Sangat mencurigakan, apa maksud dia? Kalau katakan aku guna celcom first.. untuk dapatkan rebate 200 ni, aku kena beli handphone yang 500 kebawah, dan langgan broadband? ke celcom first tu dah kira sebagai broadband?

  43. Alangkah bagusnya semua model pgone boleh dipilih. Cuma reduce harga sebanyak RM200 pun ok

  44. student zaman sekarang ni mana ada pakai handset lima ratus, semua dah pakai iphone, lumia, s3, note dan berlambak htc dah. ipad pun dh angkat tiga empat biji.

  45. kerajaan bukannya bodoh… bagi aku la sebab apa najib buat macam ni… satunya dia nak pancing suruh belia2 undi barisan.. dah bagi rebat telefon pintar pastu bagi BR1M untuk belia lagi… aku malas nak kaitkan pasal politik, tapi tengok la skrg ni mcm mana kan.. paham2 je la.. keduanya syarat yang diorang letakkan ‘ pelanggan jalur lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu ‘ disitu la dia akan ambil semula rebate rm200 yang dia bagi ( bukan 200 tapi sampai bila2 kita langgan broadband… paham2 je la kan ( cukai dia ambik dari syarikat telekomunikasi.. kalau tak langgan broadband tak dapat rebat… itu pendapat aku la..

  46. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    • LOL! aku bersyukur dpt rebat 200 utk beli hp bwh 500 je.. aku pon “brsyukur” pmimpin aku collect duit brjuta2 utk beli brg mahal2 dan kasi rasuah kat kroni2 supaya penyokong dia akan tetap mengatakan SYUKURRRR!

    • Adakah tak typical seperti yang anda lihat dimedia massa bahawa apabila pemerintah dikritik jawaban yang diberikan adalah “rakyat perlu bersyukur dan rasa cukup”. Sangat jarang sekali bila satu-satu rancangan dari kerajaan dikritik, wakil mereka akan memberikan fakta dan hujah untuk menangkis kritikan tersebut, atau lebih baik lagi, mengambil kira kritikan dan cadangan yang diberikan.

      Dalam kes post oleh Amanz ini, rata-rata bersetuju rancangan kerajaan adalah baik tetapi perlaksanaannya kurang berkesan dan boleh diperbaiki. Ini dipanggil kritikan membina. Kelak bila kerajaan mempersembahkan laporan maklumbalas rakyat, barulah mereka boleh membuat penambahbaikan.

      Sebab anda bagi artikel Islamik maka aku sentuh sikit berkenan Islam. Dalam pentadbiran dan perundangan Islam sendiri ada konsep Ijma’ dan Syura yang hampir serupa dengan konsep demokrasi hari ini. Semua orang berhak menyatakan pandangan peribadi mereka asalkan tidak menyalahi hukum. Salah ke kalau aku berpendapat kerajaan tak patut buat projek Pakej Komunikasi Belia ni dan sepatutnya membantu golongan yang lebih memerlukan di Malaysia contohnya golongan fakir dan miskin tegar? Jawapannya adalah tidak salah, tapi itu namanya “PENDAPAT”. Semua orang ada pendapat berbeza tapi akhirnya akan dikumpul dan dibincangkan oleh wakil rakyat seterusnya akan diputuskan pemimpin untuk kemaslahatan bersama.

      Berkenaan konsep syukur yang anda bicarakan, maka anda adalah manusia jumud. Kenapa? Syukur, terima kasih dan berpuas hati adalah perkara berbeza. Manusia perlu bersyukur atas segala perkara termasuk musibah kerana segalanya datang dari Allah dan Allah mengetahui apa yang baik untuk umat manusia. Terima kasih dan puas hati pulak boleh digunakan dalam hubungan sesama manusia. Kerajaan mempunyai rancangan untuk membantu rakyat dalam bidang IT, kita wajar memberi ucapan terima kasih tapi bukan bersetuju sepenuhnya secara membabi-buta.

      Kalau anda mengatakan rata-rata kami tidak bersyukur, maka anda silap. Kami bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada kerajaan tetapi kurang berpuas hati dengan perancangan dan perlaksanaan dari kerajaan. Itu sahaja.

      Tak dinafikan ada yang suka flame sana-sini. Chill la, kutuk/kritik/caci/maki tu datang hand-in-hand bila jadi pemimpin. Kalau tak nak dikritik jangan jadi pemimpin. Sebab tu jangan suka-suka sangat volunteer nak jadi pemimpin. Tangungjawab kat dunia berat, kat akhirat lagi berat. Ada sebab kenapa tuhan bagi kelebihan di Mahsyar kelak pada pemimpin yang adil…

  47. Komen sy,sume org tau la rebat tu utk pncing undi..tp mslh nye sume org mrh sbb rs mcm ttipu je..ptut bgtau ms bajet aritu utk hp 500.xde la buat org mrh cmni..nmpknye rebat ni boleh gune utk hadiahkn hp pd ank2 atau ank sedare je la..:)

    • tu la… bila dengar pengumuman bajet tu mmg aku sorak la sbb bakal dapat rebat rm200 utk smartphone, rupe2nye lepas bace berita ni ase cm tertipu plak.. ape la sangat dgn smartphone rm500 maksimum tu, baik aku guna duit hasil aku kerja keras beli smartphone low end entry ni… hmmmmmm

  48. Pingback: Application for a RM200 rebate on smartphones under RM500 begins January 1st 2013 » TechAttack.my

  49. Rebat RM200 kerajaan wi tapi dealer ambik kesempatan nak perabih hanset murah wat syarat hg Handset RM500 dlm bajet tak katapun harga hanset RM500. Yang tak best tu dealer handset yang kebanyakkan yang masuk list bila dihitung kira harga depa tawar agak mahal bila boleh didapati di lowyatt itulah masalahnya kalo niat baik diambil kesempatan tulah bila kepandaian di tala ke arah kepentingan diri takat rebet RM200 apa kes kalo diskaun lebih dari tu depa leh wi…

  50. Nice la.. Baru plan nak dapat rebate rm200 untuk note.. rupe2nye bwh rm500 je.. =(

  51. Alah sme je rebate ni ngan rebate law bli kontrak ngan maxis o celcom o digi..bek xpyah bg..had pown 500 je..

  52. kenapa saya tak nampak maksimum RM500 kat ruangan SKMM tuu? mana amanz dapat info ttg tuu? Boleh sy tahu? :)

  53. Pingback: The smartphone rebate just got stupider « Hornbill Unleashed

  54. Aku nak ckap satu. Rakyat terutamanya golongan belia sudah bijak menilai, memilih dn melakukan keputusan walupun bkan dlm smua aspek. Tapi kami sbgai belia bkan sperti belia zman dlu, org bagi, ambik. Tak, kmi suma dh makpak hntar skolah, u dn sbgainya. Sbab tu kami ckap mcm ni sbab gomen dgam ketaranya nmpk sgat tak ikhlas dn nk pncing undi. Pakcik 67 thun pn thu bnda ni. Ketara sgat. Jadi, dh byak duit dihabiskn utk pncing undi, betul tak? Bkan rebate ni shj.. Dn ada yg ckap najib dh cagar bgunan2 kt KL tu smata2 nk bgi duit utk raykat, pncing undi. Hutang negara sejak dlu, thun 2012 lah pling byak hutang ko thu. So bnda ni suma mngarut. Nmpk sgt x ikhlas, hnya utk PRU. Tu je aq nk ckap. Beli skrg bkn lgi cm dlu. Bkan snang2 kna kncing.

  55. epi nye dpt beli smartphne ngan rm300 je..lg epi bile tiap2 bulan kna byar lbih rm100 utk data plan..terbaaaek lah!!!

  56. Kebanyakan student pun mula nak pakai hanset canggih-canggih dimana harganya dalam lingkungan melebihi RM500. Kalau sekadar rebet yang ni, hanya smartphone bukan branded jer yang boleh beli atapun hanset Nokia Asha ataupun 3310 tuh…

    Jadi aku lihat yang geng “bersyukur” sangat hanya pandai berasa berpuas hati dengan apa yang ada sedangkan yang geng “mengkritik” pula mahukan sesuatu yang lebih baik daripada itu.

  57. #MaafCakap nak bagi rebet RM200 tapi untuk smartphone bawah 500 sahaja. berapa ketul je tu? Bukan ini sahaja, bantuan itu ini yang macam-macam ada logo 1Malaysia semua tu bukan semua rakyat dapat manfaat, cuma 10% je kot yang benar-benar dapat merasa. Adilkah begini? Kalau semata nak tunjuk mereka prihatin tapi bukan semua rakyat dapat merasa apa gunanya.

  58. Harga maksimum RM500. Tapi kena ambik data plan. Telco kan biasanya bagi potongan harga kalau ambik plan diorang. Maknanya phone yang ditawarkan oleh telco kurang dari RM500 boleh guna rebate ni lah? Jadi berkemungkinan kita boleh beli phone yang canggih sebab phone yang ditawarkan oleh telco murah2. tapi lepas tu habisla duit kena bayar data plan bulan2.. Sila betulkan kalau salah.

  59. satu je tak gemar, pakej langganan jalur lebar kena ada. gila punya tak ikhlas nak bagi rebat. pakai prepaid je sudah la.

  60. Kalau komplen handphone rm500 tu murah, maksudnya awak tidak layak. sebab awak kaya. kenapa rakyat lain pembayar cukai harus menanggung kos handphone orang yang tak tahu bersyukur macam awak.

    jangan banyak songeh. kalau mau, ambil. kalau tak mau, boleh blah.

    kalau awak mampu beli iphone5, rm2200++, apa kelas nak bagi awak rebet. sekian.

    • apa kelas aku bayar cukai dekat gomen tp gomen buat bukan2 dgn duit aku.

      oh, apa dia? untuk diorg belanja sakan barang peribadi msg2 ek? SYUKUR~

      hah? apa dia lagi? kasi rasuah kat kroni? SYUKUR~

    • deii machai.. aku rasa ko kene bacer komen panjang lebor dari Marsha Dimes dulu. ni bukan sebab x bersyukur(dalam konteks ko, mungkin bersyukur kat Kerajaan kowt). baca dulu dalam2 pastu pahamkan. k peace

  61. Pemberian rebat ada banyak syarat. Berikut adalah beberapa pra-syarat memohon.

     Tidak melebihi daripada 1.5 juta belia yang layak ;
     Satu pakej hanya untuk satu belia
     Gaji bulanan kasar belia adalah RM3,000 dan ke bawah
     Belia ( Warganegara) yang berumur di antara 21-30 tahun;
     Gaji bulanan kasar belia adalah RM3,000 dan ke bawah;
     Harga maksimum alat peranti 3G adalah RM500.00 dan ;
     Satu pakej hanya untuk satu belia
     Pakej ini termasuk dengan alat peranti dan talian

    So, bukan semua orang akan dapat nampak gayanya.

  62. Apa salahnya kalau takde harga minimum/maksimum? Tetap kerajaan support rm200 walaupun harga fon 2k ke atas. Mesti orang2 tua buat syarat ni

  63. Senarai hanset yg boleh dibeli:

    1) Alcatel 993D
    2) Alcatel OneTouch Glory 2
    3) Alcatel OneTouch Inspire 2
    4) The Buzz Phone
    5) HTC Wildfire
    6) Huawei Ideos X3
    7) LG Optimus L3
    8) Ninetology Black Pearl II
    9) Ninetology Palette
    10) Nokia 2730
    11) Nokia 7230
    12) Nokia Asha 305
    13) Nokia Asha 308
    14) Nokia Asha 311
    15) Nokia C2-03
    16) Nokia Lumia 610
    17) Samsung Galaxy Chat
    18) Samsung Galaxy Mini
    19) Samsung Galaxy Pocket
    20) Samsung Galaxy Y
    21) Sony Xperia Tipo
    22) ZTE Acqua
    23) ZTE V790

    Sumber: http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Press-Release-PKB-GMBO.pdf

  64. kerajaan hanya menipu…janji manis..tp hampeh..ada yang tersirat..sama mcam kad siswa…aptb

  65. The list (in alphabetical order) of smartphones that will be offered are as
    follows:
    1) Alcatel 993D
    2) Alcatel OneTouch Glory 2
    3) Alcatel OneTouch Inspire 2
    4) The Buzz Phone
    5) HTC Wildfire
    6) Huawei Ideos X3
    7) LG Optimus L3
    8) Ninetology Black Pearl II
    9) Ninetology Palette
    10) Nokia 2730
    11) Nokia 7230
    12) Nokia Asha 305
    13) Nokia Asha 308
    14) Nokia Asha 311
    15) Nokia C2-03
    16) Nokia Lumia 610
    17) Samsung Galaxy Chat
    18) Samsung Galaxy Mini
    19) Samsung Galaxy Pocket
    20) Samsung Galaxy Y
    21) Sony Xperia Tipo
    22) ZTE Acqua
    23) ZTE V790

    http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Press-Release-PKB-GMBO.pdf

    • Senheng hanya akan menjual model berikut dibawah pakej U-Mobile. Butiran lanjut masih belum boleh diberitahu. TQ

      1)Samsung Galaxy Y
      2)HTC Wildfire
      3)Sony Xperia TIPO

      • Sony Xperia Tipo – lebih kpd specs : Android ICS, 2.9 GB, kamera 3.2 Mpix, RAM 512MB, screen 3.2 inch, 800 MHz Cortex, Radio FM RDS……

    • sgt2 kecewa bila pergi ke sebuah pusat membeli belah terminal one di seremban,niat nk beli galaxy y,tp sangat terkejut sbb harga telah naik ke rm599,jgn sbb kerajaan bg rebat,peniaga nk ambil kesempatan…bkn ke harga telefon model tu rm399-450 je?ada jugak peniaga yg kata rebat tuk telefon yg ade 3g je?bkn ke model tu ade 3g?ke sy yg salah info?dan kebanyakn kedai hanya menawarkn smartphone yg harga seribu ke atas…ni x adil pada golongan yg berpendapatan rendah tp teringin nk gne telefon yg agak canggih…

  66. Sepatutnya had tersebut boleh ditingkatkan kepada telefon berharga RM1200 ke bawah.

    Untuk pengetahuan,directd dah jual Galaxy Nexus pada RM1148. Memang sesuai kalau nak bagi para belia merasa pengalaman Pure Google.

  67. Yeaahhhooo! Tercapailah hajat adik2 kita nak pakai smartphone – Samsung Galaxy Y…Amat bagus rebat RM200 nih, boleh jimat duit kita RM200 dah…

  68. lagi satu syarat yg baru dpt tahu dr sumber x bernama. telefon pintar yg dibeli mnggunkan pakej komunikasi ni kne menggunakan tema telefon 1malaysia atau menampal logo satu malaysia di belakang telefon tersebut. mohon percaya. lol

  69. macam kena langgan internet sekali ni…….

    S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?

    J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.

    Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut

  70. Apa? RM200 aje untuk smartphone RM500 kebawah? Melepas aku dengan angan2 nak pakai Samsung Galaxy S3 atau Galaxy Note 2 ataupun iPhone5…kena tunggu 5-6 tahun lagi ke? Ha ha ha ha…

  71. aku x kisah pasal max rm500 utk bli hp ni. yg aku kisahkan pasal kena langgan data plan 2. ape ke pentingnye kalo sesorang 2 dah ade wifi kt umah?
    lg 1 pasal klo nk langgan, berape kna bayar perbulan.
    kalo takat rm10 blh lg tp kalo rm100 sebulan mmg menyusahkan jgk la pada golongan yg kurang mampu..

  72. bersyukur la,bkn semua org bernasib baek mcm yg kaye2 2.bg betis nk pehe..lemakkk…

  73. alamakkk…xleyh bli…thun nie bru msuk 20 :(
    erghhh….~!! :(

  74. rebat rm200 dah bagus dah .setakat beli galaxy Y tu pun bagi aku dah cukup okey .tapi tang wajib daftar plan data tu yang tak okey langsung .kira mcm kita yg terkena balik .contoh lah every month plan data rm80 .kita pulak nak pakai for sure hari2 .bayar bulan2 dah rm80 .dia lah yg untung ! di mana kenyataan nya nak dikata tplong golongan belia ?lagi dia amik duit ada lah .aku ingat kan rebat rm200 ni tanpa data plan .suka hati kita nak amik internet ke taknak .rupanya wajib amik .kalau tak ,tak dapat rebat .PUI !!

  75. boleh ke senaraikan smart phone yang harga rm 500 dan ke bawah

  76. Mengapa umur 30 sampai 40 tak dapat ini! bukan rakyat ke? ini panggil Satu Malaysia ke? i nak komplain

  77. banggang nya!! kenapa x dapt ni???!! PERMOHONAN SEDANG DI HANTAR.tunggu2 nak 1 jam x hantar2 lagi!!kenapa ni??

  78. macam mane nak dapat ipad mini ?? harga rm999 too pun wifi jew xpt masuk sim ..

  79. X bersyukur la korang ni. Kenang la jugak pd yg kurang mampu. Kerajaan bg kesenangan. Kira ok 200. Mana kita nk dpt free??? Bukan utk bergaya tp utk para belia celik teknologi. Pd yg belum dapat mendaftar tu harap bersabar. Sy pun belum. InsyaAllah kalau ada rezeki adalah tu..

    • dah baca syarat nak apply rebate ni ?kalau awk baca ,awk sbg belia pun akan terbeban .baca syarat2 nya dulu eh kalau nak komen org lain punya kritik :)

  80. Pihak SKMM dah tambahbaik syarat dan kelayakan rasanya. Perlu rujuk semula. Kini, jenis telefon pintar dan min RM500 tu dah dimansuh. Pastu kena pilih, anda pelajar atau dah kerja untuk isi borang dalam tatacara dapatkan telefon pintar rebat rm200 tu. Dan kalau nak mohon, jangan mohon time malam2 sbb server akan tutup .. huhuhuhuu

  81. org dah bagi,ambik je la…byk cakap betul laa…drpd xde,rm200 tu dh memadai…nanti xde pun merungut,bagi sikit pun merungut….kalau rasa xcukup,bagi je la kt sape2 yg nk…kalau tak blh bagi pun kt org,diam je la…dh xde rezeki nk wat cm mne…kn sng citer?sikap yg pelik….:/

  82. kat mne nak check senarai pengedar2 terpilih yang boleh terima rebat ni? help me please…..

  83. saya da mohon dan isi borang tuh semalam. tapi saya tak print semalam sbb nak print kat cc. bila hari ni saya pegi cc nak print da tak bole nak print . mcm mana ye ? hummm .

    • Dia nanti ada hantar emel kat saudari. Emel pengesahan tue yang perlu dicetak, bukannya borang permohonan.

  84. rebat 200…harga smartphone naik,cth galaxy y-pasaran sekarang 350,celcom jual 499,apa bangangnye belia2 malaysia ni…smartphone lain jgn ckp la…nak bersyukur kat kerajaan yg mcm ni…?

    akal di kepala-bukan di lutut….bila nak pilihan raya daaa

  85. alamak saya x boleh minta 200 ringgit sebab saya baru 13 tahun…….alamak ruginya…….iiiissshhh rasa macam nak jadi 22 tahun sekarang buat masa sekejap pastu nak jadi 13 tahun balik……selepas ambil duit tu nak jadi 13 tahun semula…..iisshh geramnya….

  86. saya teringin nak beli samsung corby II (new) sbb dia cantik jadi saya ingat nak mohon lah pastu bila tengok 21 tahun sehingga 30 tahun sahaja…..hhhmmm mcm mna ya??? saya nak beli samsung corby II (new) tu…..hhmm……

  87. Nak tanya..kalau nak beli handphone ni kene pegi centre die ke atau ke dealers..sb tgk kt website hotlink ada bgtau kt sni https://www.hotlink.com.my/hotlink/pkb/

    1)Where to purchase?
    -ada bgtau centre die
    2)Dealers Location
    -kedai2 die..

    persoalannya nak pegi ke centre ke atau ke dealers nya?

    pas tu handphone2 yg ada kt stu..ada yg mhl2..kalau bole nk bli galaxy note 2..
    skg ni handphone tu bole ke bli?ada yg ckp bli handphone yg brharga RM500 je..Tak pham la

Komen

Nama
Web