READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Sony Malaysia, hari ini melalui laman Facebook berkongsi mengatakan mereka akan melancarkan Xperia Tablet S secara rasmi di Malaysia pada minggu ini, dimana terlebih dahulu versi WiFi akan dijual, sebelum versi 3G turut memasuki pasaran pada bulan ini.

Xperia Tablet S membawakan skrin bersaiz 9.4-inci dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Dari segi rekabentuk, ia membawakan rekabentuk yang menarik dan unik, serta kalis air. Ia turut diintegrasikan bersama alat kawalan jauh universal pada tablet, membolehkan ia digunakan untuk mengawal televisyen dan sebagainya dengan mudah.

Ia turut dioptimasikan untuk permainan dan papran video yang menarik, hasil daripada penggunaan cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 3. Untuk tujuan rakaman gambar, Xperia Tablet S ini turut disertakan bersama-sama kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dan kamera 1-megapixel pada bahagian hadapan.

Selain daripada Xperia Tablet S, pihak Sony Malaysia turut berkongsi mengatakan telefon pintar Xperia V akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Januari 2013 kelak.

Terdapat 7 komen
    • its true… bila a masuk, spec da jauh ketinggalan. model flagship malaysia sekarang xperia s, stock taun lepas. s4 lama dgn adreno 220. macam mana la nak bagi laku

      jual midrange punya la sony, sony punya midrange lagi bagus price / performance dari mana2 kompetitor

Komen

Nama
Web