Cari @ Amanz

Dengan dunia peranti mudah-alih yang semakin berkembang pesat dengan penggunaan cip pemprosesan berspesifikasi tinggi, NVIDIA, beberapa bulan yang lepas telah mengatakan mereka akan memperkenalkan cip baru keluarga Tegra, yang lebih berkuasa daripada Tegra 3, dan kini beberapa maklumat berkenaan dengannya kelihatan.

nvidia-tegra4

Daripada apa yang tertiris ke arena web, cip Tegra 4 yang dikenali dengan nama kod Wayne ini kelihatan akan mengekalkan rekabentuk 4+1, dimana empat teras utama berasaskan ARM, dan teras ke lima yang akan berfungsi apabila tiada sebarang aplikasi yang memerlukan pengoperasian tinggi digunakan.

Untuk makluman, ini merupakan salah satu cara yang digunakan dalam menjimatkan tenaga bateri, sekaligus menggunakan tenaga pemprosesan yang tinggi apabila diperlukan sahaja.

Pada masa yang sama, Tegra 4 ini juga kelihatan akan membawakan pemprosesan grafik 72-teras CUDA. NVIDIA dikatakan menjanjikan prestasi yang baik pada resolusi tinggi, dan menyokong paparan sehingga 2560×1600 pixel. Sokongan lain seperti USB 3.0, memori DDR3L, dan sebagainya, termasuk paparan 4K turut disokong melalui cip ini.

NVIDIA dijangka akan memperkenalkannya pada awal tahun hadapan, dengan beberapa peranti baru yang menggunakannya akan hadir tidak lama selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd