Cari @ Amanz

Biasanya, anda mungkin mengunci rangkaian WiFi anda dengan menyertakan kata laluan dan sebagainya, membolehkan anda mengawal siapakah yang menggunakannya dan sebagainya. Namun, kadangkala, mungkin anda ingin mengetahui berapa banyak peranti yang menggunakan rangkaian WiFi anda, dan mengetahui peranti yang mengaksesnya.

Untuk memudahkan perkara ini, salah satu perisian ringkas yang agak berguna adalah Wireless Network Watcher. Perisian ini menawarkan kebolehan untuk mengimbas rangkaian WiFi anda, dan seterusnya memaparkan peranti yang mengaksesnya, termasuk daripada nama peranti, jenama, dan juga MAC Address untuknya.

Para pengguna juga boleh menyimpan senarai tersebut dalam bentuk XML, CSV dan beberapa pilihan lain dengan mudah.

Perisian ini tidak perlu dipasang, dan boleh dijalankan serta-merta, serta sesuai untuk digunakan sebagai perisian portable anda. Failnya bersaiz hanya sekitar 700KB dan boleh digunakan pada pelbagai versi Windows, termasuk Windows 8.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan cubanya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd