READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Dalam usaha untuk memudahkan pengguna mendapatkan kandungan VOD (Video On Demand), kini pihak Astro memperkenalkan sebuah peranti tambahan baru, dinamakan sebagai Astro WiFi Dongle, khas untuk pengguna Astro B.yond PVR.

Astro WiFi Dongle

Seperti umum sedia maklum, untuk mendapatkan kandungan VOD, mereka memerlukan sambungan internet untuknya, yang sememangnya mudah untuk pelanggan Astro B.yond IPTV. Untuk pelanggan Astro B.yond PVR pula, mereka perlu menyambungkan kabel Ethernet, dan kini sebagai alternatif untuknya, Astro memperkenalkan Astro WiFi Dongle.

Sebagai harga pengenalan, Astro WiFi Dongle ini ditawarkan pada harga RM110, dan pelanggan Super Pack boleh mendapatkannya pada harga RM50.

Pihak Astro juga mengatakan mereka menawarkan penggunaan cubaan percuma untuk Astro B.yond VOD Catch-Up bagi semua dekoder B.yond PVR sehingga 31 Januari 2013 kelak.

Terdapat 42 komen
Komen Popular
  1. adoi, aku beli WiFi dongle USB RM18 je seunit..apa fungsi tambahan pulak sampai harga RM110? sebab letak cop Astro tu je?

Keseluruhan Komen
    • 1. Sefaham saya, tak. Saya sendiri pakai Astro B.yond PVR. Alat Astro Wifi Dongle ni semata-mata urusan untuk servis VOD, serta bergantung dengan akses internet yang sudah sedia ada dilanggan oleh pengguna.

      2. Mungkin maksud kamu nak download data dari akses internet melalui Astro. Betul? Setakat ni, hanya servis Astro IPTV yang menyediakan pakej sebegitu, iaitu bersama siaran saluran tertentu seperti yang juga disediakan kepada pengguna Astro berasaskan pepiring. Antara kelebihannya ialah siaran tidak terganggu dengan situasi hujan lebat.

  1. Astro IPTV menggunakan TIME Fibre sebagai infrastrukturnya..so kalau area tempat tinggal ada TIME Fibre..boleh laa langgan Astro IPTV..kalau tidak langganlah unifi IPTV..:D

  2. adoi, aku beli WiFi dongle USB RM18 je seunit..apa fungsi tambahan pulak sampai harga RM110? sebab letak cop Astro tu je?

  3. Tidak ada gunanya ASTRO menyediakan bermacam-macam produk jikalau harga servis yang dibayar tidak setimpal – asyik ulangan siaran yang sama hinggakan 10 kali didalam setahun!…
    ASTRO mengaut untung terlalu banyak lah macam ni…

    Harap2 produk baru keluaran Media Prima yang siarannya percuma – NJOI akan menjadi alternatif kepada ASTRO. Mari kita tukar kepada NJOI…..

  4. Saudara,apa kelebihan NJOI , sekarang saya menggunakan Astro Super Pack 1 dengan PVR, memadai ke kalau saya dapatan NJOI berapa harganya pula – 1300 pm Friday, January 04, 2013

  5. sy nak cadangkan kat astro,adakan bayaran bonos pada pelanggan,iaitu bayar bil setengah bulan setiap hujung tahun,kerana hujan kerap belaku ,ada tu sampai banjir,ada rakan sy duduk dipusat banjir sampai 5-6 hari ,masaalahnya bil tetap kena bayar,,di malaysia hujan sentiasa belaku,,sy harap pihak astro faham

    • Puan,
      kalau sy jadi rakan puan, sy akan deactivate astro then pkai arial tulang ikan je.
      Dgn alasan yg kukuh, sy duduk di kawasan banjir…
      Bg gangguan siaran waktu hujan tu dah semestinya, sbb astro guna satelit tanpa sambungan wayar bumi atau nama lain fibre optic.
      lagi pun hujankan rahmat. Kita ta bole nk salahkan cuaca. Puan pun guna barang buatan manusia, jadi barang buatan manusia mmg bnyk masalah.
      Camtu la juga dgn tv lcd pakai bpe thn dah jahanam, bisnes idealogy.

  6. *KES AKU KENE TIPU DENGAN ASTRO*

    Saya di fahamkan untuk pertama kalinya yang “DONGLE” ni adalah “PERCUMA” (itu adalah kata2 “PROMOTER ASTRO” yang menelefon saya sendiri untuk mengatakan “TAHNIAH, ANDA TELAH DIPILIH OLEH PIHAK ASTRO KERANA MENDAPAT PROMOTION TERBARU DARI ASTRO”, promoter Astro memberitau saya mengenai promotion second decoder PVR degan bayaran tambahan sebanyak RM50 sebulan & disertakan dengan “DONGLE PERCUMA”).
    Saya sangat kecewa dengan pihak Astro yang selalu memutar belitkan kata2 mereka. Saya telah pun menerima bil bulanan second decoder selama 2 bulan tetapi yang di katakan “DONGLE PERCUMA” tadi langsung saya tidak terima. Kemudian saya menelefon pihak Astro berkali2 untuk menuntut “DONGLE PERCUMA” tadi, jawapan yang sering saya dapat ialah masih dalam proses penghantaran (ianya melalui pos, itu yang diberitahu saya). Menunggu punya tunggu, tinggal harapan je…so saya telefon lagi pihak Astro untuk berapa kali pun saya sendiri tidak pasti, kini saya dapat jawapan baru dari promoter baru yang sememangnya dilatih untuk membohong pengguna2 yang melayari Astro…kali ni promoter yang menggelarkan dirinya sebagai “AISHAH” memberitahu saya yang “DONGLE” bukannya percuma, untuk pengguna “BEYOND” Astro memberi harga istimewa iaitu bernilai RM50 daripada harga sebenar iaitu RM110 & si promoter Aishah itu berkata lagi yang “DONGLE” sememangnya tidak pernah diberi dengan percuma…(kalau korang dengar, panas x telinga korang?????)
    ~~Aku dah terima promotion & dah sain kontrak tuk 2 tahun langganan second decoder korang(ASTRO), lepas 2 senang2 je korang cakap yang “DONGLE” x boleh dapat dengan “PERCUMA”…Aku x faham dengan service pembohong yang Astro berikan, dah x relevan lagi tuk masa kini…sekejap cakap lain sekejap lagi cakap lain, yang lagi aku marah…orang melayu(ISLAM) sendiri yang bekerja tuk Astro sanggup menipu bangsa & agama sendiri…x takot “ALAM BARZAH” ke???
    Ini bukan pegalaman pertama aku yang kene tipu dengan Astro ye, perkara sebegini telah dialami sendiri oleh keluarga mertua aku yang dimana mendaftar untuk promotion pertukaran decoder zaman batu kepada decoder “BEYOND PVR” tetapi apa keluarga mertua aku dapat cuma decoder “BEYOND TV” sahaja bukan “BEYOND PVR”…sehingga kini keluarga mertua aku masih belum terima lagi decoder “BEYOND PVR” yang dijanjikan sedangkan bil bulanan yang dikenakan adalah pakej bersama “BEYOND PVR”, duit korang(ASTRO) ambik…service menghampakan…!!!
    lepas je kontrak 2 tahun bersama Astro ni settle, aku nk ambik UNIFI…adik aku pakai UNIFI..dia cakap UNIFI lagi bagus & relevan..
    *harap pengguna yang ingin melanggani Astro, fikirlah masak2 sebelom kene tipu macam kes aku & keluarga mertua…
    *****ASTRO MEMANG PEMBOHONG*****

    • Itu bkn kes astro tipu… promoter yg tipu… bawak masuk court xkan menang.. tinggi2 promoter tu kene denda.. lenkali baca brochure n agreement betol2.. plg kurang pon cek site astro dulu.. jadi pengguna bijak…

    • Sudah terpilih utk promosi terbaru. That was a selling skill. Promoter kat luar ta semuanya betul, sbb mereka xde QA.
      Awk dah amek second decoder, so awk akn dpt free astro On The Go(OTG). Register je kat astro.com.my/onthego, then download kat guna smart fon, so bole r tengok kat mne2.
      Astro OTG, awk bole tengok catch up tv n certain Video On Demand(VOD) n 11 siaran terpilih.
      Wifi dongle produk baru, dongle yg jual kat luar hanya utk komputer. Which is awk kne install gn cd yg die bg.
      macam kita beli susu, kita kne tengok expired, xsemestinya tengok tin tu kemek ke ta. So start from this moment, awk kne make double conformation dgn salesman tu…

  7. ala biase la niage mesti la kena ader tipu sket baru ader untong .. promoter ni mmng style dowang mcm tu .. nk komesyen lebih … saiko balek promoter tu.. bagi dye pening .. kan senang

  8. pakai skybox je sudahhh…
    yg penting ade line internet, xkisah la unifi ke..berukband ke..
    pastu sambung je wayar kt decoder / skybox !! semua cenel boleh dapat … hahahahaha…

  9. mana nak cari skyboxx leh pm sy x.sy pun banyak kali kena tipu ngah astro janji mcm2 tp apa pun ada…lgpun bosan asyik cerita yg sama je sepanjgn masa…nak kata byr tiap2 bulan…astro yg ungtung kita yg rugi…

  10. Assalamualaikum..saya pengguna astro beyond..kalau nak apply wifi tu,kita pun ble guna online melalui tlfn ke juga? Functionnya sm x mcm broadband tlfn?

  11. wifi dongle astro ni bleh guna kt portable lain x cth tv box ke, pc ke laptop ke..? ceciter…

  12. pakai openbox lagi senang dan jimat wang..astro first,best,box office semua ada..tiap2 hari pula tu…dah lar bayar sekali setahun rm250 jew..bukan bayar bulan2 macam astro rm150..

  13. pada 10 Jul 2013 saya ada pasang astro dobkle. Setelah pw unifi semua dimasukkan,komennya ,saya kena configuire unifi supaya menerima sistem ini,tanya astro setengah jam belum dapat jawapan. Komen telah diberi dalam astro FB, haram tak jawab

  14. Saya dah beli astro wifi dongle @ rm25 msa promotion kpd byond user tempoh hari. Utk pngguna streamyx sswai la.if x de wifi di rumh, x boleh. Dgn usb dongle kite boleh akses VOD dan donlod citer2 yg ada dlm list ke dlm decoder pvr kite. Ada yg free ada yg berbayar. Saya da 2 bln da dpt dongle tu. Tp bru guna sekali je..

Komen

Nama
Web