READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Terdapat beberapa aplikasi untuk Windows 8 yang memudahkan pengguna mengikuti pelbagai komik manga kegemaran mereka, dan terkini, yang didatangkan dengan rekabentuk yang agak menarik adalah Cloud Manga Reader.

Cloud Manga Reader

Cloud Manga Reader didatangkan dengan pilihan pelbagai komik manga, dimana pengguna boleh menetapkan siri-siri kegemaran mereka di bawah Favourites ataupun hanya membaca ia terus pada komputer mereka.

Semua manga yang dipaparkan ditarik daripada beberapa laman penyedia manga terkemuka, yang mana disediakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Mengikut pembangun aplikasi ini, terdapat senarai lebih 3,000 manga padanya, dan menariknya, aplikasi ini bebas daripada iklan, berbeza dengan beberapa aplikasi lain dengan fungsi lebih kurang sama.

Bagi mereka yang meminati manga-manga dan ingin mengikutinya dengan mudah, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri aplikasi ini pada komputer Windows 8 anda.

Cloud Manga Reader

Terdapat 8 komen
Komen Popular
  1. Chrome extension – Allmangareader (AMR)
    Android Apps – Manga Watch, Manga Searcher

Keseluruhan Komen
  1. Chrome extension – Allmangareader (AMR)
    Android Apps – Manga Watch, Manga Searcher

Komen

Nama
Web