Cari @ Amanz

Mozilla, pada sesuatu masa mempunyai beberapa saluran pembangunan, iaitu Beta, Aurora dan juga Nightly. Kini, pembangunan Firefox Aurora telah pun memasuki versi 20, yang mana menyertakan bersama-sama dengannya adalah sokongan bahasa Malaysia terbina pada pelayar web.

Pada Firefox 20 Aurora juga, ia menyertakan sokongan Private Browsing yang diberikan nafas baru, membolehkan pengguna menggunakannya tanpa perlu mematikan tetingkap pelayaran sedia ada.

Selain itu, ia turut menyertakan ruangan pengurusan muat-turun yang diberikan nafas baru, serta panel paparan yang memperlihatkan progress muat-turun semasa.

Bagi mereka yang berminat boleh memuat-turunnya hari ini untuk Windows, Mac dan juga Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd