READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Gambar Awal Samsung Galaxy Tab 3 Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada January 28, 2013 oleh

Mengikut beberapa ura-ura dan laporan sebelum ini, selain daripada Galaxy Note 8.0, ia turut sama dikatakan Galaxy Tab 3 akan dilancarkan oleh Samsung pada MWC 2013. Kini, gambar awal peranti tersebut mula kelihatan di arena web.

Samsung Galaxy Tab 3

Samsung Galaxy Tab 3

Tiada sebarang spesifikasi yang diketahui buat masa ini. Tetapi ia dilaporkan Galaxy Tab 3 akan diperkenalkan dalam skrin bersaiz 10.1-inci, dan mungkin akan menjalankan Android Jelly Bean. Apa yang agak berbeza pada gambar yang kelihatan ini adalah dimana ia menggunakan antaramuka asal Android, dan bukannya TouchWiz yang popular pada peranti Samsung. Perkara ini sekaligus menjadikan pelbagai persoalan timbul, sama ada ia adalah gambar benar ataupun tidak.

Mungkin bagi mereka yang berhajat mendapatkan tablet baru, boleh menantikan pengumuman rasmi berkenaan dengannya pada Mobile World Congress 2013 yang akan diadakan pada penghujung Februari kelak.

Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Samsung dalam masa sebulan lagi.

Terdapat 9 komen
Komen Popular
  1. Lagi banyak pilihan bagi pengguna. Akhirnya, pengguna juga untung.
    Win-win situation, dimana Samsung juga dapat perluaskan lagi pemetakan pasarannya.

    Cumanya, servis selepas membeli sebuah peranti itu yang dirisaukan.

Keseluruhan Komen
  1. bersepah lah produk samsung ni.. rajin dorang buat produk banyak2

    • Lagi banyak pilihan bagi pengguna. Akhirnya, pengguna juga untung.
      Win-win situation, dimana Samsung juga dapat perluaskan lagi pemetakan pasarannya.

      Cumanya, servis selepas membeli sebuah peranti itu yang dirisaukan.

  2. sukarnye lah nak kejar kemodenan nie.. duit tak ckup.. ble lah nak puas nak bli gajet nie…

    • selagi ikot nafsu selagi tu la x puas.dunia gajet ni xkan dapat dikejar oleh org kebanyakan

    • Nasib baik duit tak cukup, kalu duit ada mesti mmbazir dok tukar gedget je. ”Nasib Baik Duit Tak Cukup”

Komen

Nama
Web