Cari @ Amanz

Huawei Ascend D2Selain daripada Huawei Ascend Mate bersaiz 6.1-inci, Huawei juga turut sama memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Huawei Ascend D2 yang mana turut menjalankan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean padanya.

Huawei Ascend D2 membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh (443PPI), serta dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz K3V2, dan kamera 13-megapixel padanya. Dari segi kapasiti bateri, ia didatangkan bersama-sama 3000mAh, serta dioptimasikan untuk penggunaan tenaga yang optimum.

Pihak Huawei sekadar mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia, namun tarikh dan harga untuknya tidak dikongsikan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd