Cari @ Amanz

Laporan mengenai peranti Windows Phone daripada Huawei bukanlah sesuatu yang baru. Setelah memperkenalkan peranti Android semalam, kini, gergasi daripada China tersebut secara rasminya mengumumkan peranti Windows Phone 8 mereka kepada umum.

Huawei Ascend W1

Huawei Ascend W1 didatangkan dalam pilihan warna hitam, putih, merah dan juga biru, dimana ia dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz Qualcomm Snapdragon S4, memori sebanyak 512MB RAM, storan terbina sebesar 4GB serta sokongan mikro-SD sehingga 32GB.

Peranti Windows Phone pertama daripada Huawei ini turut sama dilengkapi dengan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, kamera VGA pada bahagian hadapan dan juga bateri berkapasiti 1950mAh padanya.

Buat masa ini, bilakah ia akan dipasarkan di Malaysia dan harga jualannya masih tidak diketahui.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd