READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Muhyiddin : Komputer Riba Bakal Menggantikan Buku Teks

Diterbitkan pada January 18, 2013 oleh

Muhyidin YassinPada hari ini, didalam urusan pembelajaran di sekolah, buku teks digunakan oleh para pelajar dan juga guru. Namun, dengan arena teknologi yang semakin berkembang pesat, ia kelihatan mungkin dalam masa setahun dua lagi ia akan digantikan dengan penggunaan komputer riba.

Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia – Muhyiddin Yassin kepada Utusan, dimana dikatakan usaha ini bakal meningkatkan kualiti pembelajaran di negara, disamping melahirkan pelajar yang cemerlang dan juga mempunyai pelbagai kemahiran.

Untuk memudahkan pelajar, dan mengurangkan kos tanggungan ibu bapa, ia akan mengekalkan skim pinjaman sebelum ini seperti buku teks, dimana pelajar akan diberikan pinjaman komputer riba pada awal tahun, dan kembalikan ia kepada pihak sekolah setiap kali selesai sesi persekolahan.

Namun, bilakah perkara ini akan diimplementasikan masih belum diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Terdapat 138 komen
Komen Popular
  1. seriously memang rosak laptop tu. buku teks pun hancur budak budak sekarang buat. apa lagi laptop yang macam macam cara boleh rosak seperti kena virus etc.

  2. Maka selepas itu budak2 sekolah makin malas belajar dek ketagih bermain game di laptop. Kalau laptop tu guna OS special utk buku teks memang aku sokong sangat2. Dan kasi lock terus sistem utk elak OS windows dan linux yg support games diinstal dlm laptop.

Keseluruhan Komen
  1. seriously memang rosak laptop tu. buku teks pun hancur budak budak sekarang buat. apa lagi laptop yang macam macam cara boleh rosak seperti kena virus etc.

    • Lagi best kalau alasan tak buat kerja sekolah dia cenggini,

      “hard disk saya rosak, cikgu”
      “komputer kat kedai, tengah format la cikgu”
      “mak saya pinjam laptop main facebook, cikgu”
      “laptop takleh login, budak kelas sebelah letak password, cikgu”

      Tidak disangkal lagi, akan tiba masanya nanti buku teks akan digantikan dengan sesuatu jua. Tetapi komputer riba mungkin bukan jawapannya.

      • amanz pernah share video promosi corning gorilla 2.. konsep pendidikan dalam tu lagi sesuai. guna tablet khas untuk pelajaran, bukan cam tablet android yg bleh guna macam2

        kemudian konsep microsoft.. bukak youtube, microsoft future… lebih sesuai walaupun dilihat kosnya besar

      • Untung besar lah ‘orang’ yang dapat tender bekalkan laptop/tablet (500 ribu unit keseluruh negara)….Siapa lagi? Ehem! Nanti ada yang jadi jutawan segera termasuk kroni, subcon dan proksi selepas menang pilihanraya nanti…
        Faham-fahamlah – itu adalah matlamat sebenarnya…Biasanya begitulah!

        • Actually, tak perlu sangat kita delve tentang isu kroni ke apa. Memang diakui benda2 camtu menjadi sebahagian faktor, tapi tu dah jauh sangat perginya.

          Apa yang perlu kita concern ialah menolak penggunaan komputer riba bagi menggantikan buku teks for the time being. Itu je. Secara automatik tak timbul perbincangan tentang kroni dsb. Bab-bab camtu banyak laman sesawang lain yang boleh tolong kupas.

          • Sebelum saya terlupa, saya ingin memberitahu Laptop boleh menyebabkan anda malas kerana anda sudah tidak perlu lagi bersusah payah mencari rujukan di perpustakaan. Hanya dihujung jari, segala kemahuan anda telah dipenuhi. Tetapi, komputer juga dapat mengembangkan pelajar untuk lebih cerdik dalam ilmu IT kerana dizaman muda inilah, otak akan cepat belajar berbanding orang berusia. Harap maklum.

      • Saya menyangkal sedikit kenyataan saudara. Pertama, laptop itu akan diserahkan kepada sekolah semula apabila tamat waktu pembelajaran. Jadi, tiada alasan untuk mak anda main Facebook. Kedua, laptop itu juga akan diselenggara oleh pihak sekolah melalui kerajaan. Maknanya, data-data yang terkandung akan selamat dan guru sudah memahami akan situasi itu.

        Tapi saya kena akui keburukan laptop ini adalah pelajar-pelajar terutama pelajar rendah akan cepat rabun sama ada jauh atau dekat apabila menghadap komputer dalam jangkawaktu yang lama. Sudahla di sekolah perlu menghadap komputer, di rumah pun perlu menghadap komputer. Tidak termasuk Television. Dan rabun pula telah menyebabkan kesukaran membaca dengan baik dan ibu bapa pula terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli cermin mata dan cermin mata pula tidak disukai oleh beberapa golongan kerana cermin mata sering dianggap seperti orang bendul dalam bahasa kasar.

  2. Maka selepas itu budak2 sekolah makin malas belajar dek ketagih bermain game di laptop. Kalau laptop tu guna OS special utk buku teks memang aku sokong sangat2. Dan kasi lock terus sistem utk elak OS windows dan linux yg support games diinstal dlm laptop.

    • Daripada berabis bagi laptop, lepas tu nak lock itu ini nak elak main game, perbelanjaan kos maintenance lagi, ini ada satu penyelesaian yang paling elegen.

      Gunakan buku teks.

  3. Hmmm… bunyinya memang menarik tetapi hanya membazir. Kenapa tidak digunakan sepenuhnya makmal komputer yang ada di sekolah-sekolah sahaja. LIhat apa yang berlaku di sebuah negeri di Malaysia yang kononnya perintis kepada penggunaan notebook sebagai ganti buku teks… adakah banyak yang positif? Harap ini bukanlah gula-gula pilihanraya… kerana ramai di kalangan ibu-bapa di Malaysia bukanlah dari kalangan yang berada…

    • negeri apa? terengganu? itu kan inisiatif kerajaan negeri.. kalau tengok pendidikan ada pengaruh inisiatif kerajaan negeri.. jgn nafikan impak kebaikan kepada anak – anak. ibaratnye kita beri pensil, bergantung kepada pendidikan dari rumah, adakah pensil yg diberi itu akan digunakan utk menconteng dinding di rumah, atau menulis novel di kertas……

      ini semua berkait dgn teknologi, cuma aku harap anak kecil yg cekap menaip, juga cekap menulis.

      • Bro Zizul, pernah survey tak ngan sekolah-sekolah apa yang sebenarnya budak2 buat ngan ebook tue? kerosakan apa biasa berlaku? Kos repair berapa? Betul ke pihak sekolah fully utilize benda tu? Ya betul tu inisiatif pihak kerajaan negeri yang patut dipuji, tapi sepatutnya biar realistiklah. Saya difahamkan ada sesetengah sekolah yang terpaksa kuarantin ebook tu sebab student dah memang out of control. Ibu bapa pulak sanggup ke nak repair kalau dah mencecah RM300-RM400?

        Tu baru ebook, tak masuk lagi bab kelas maya… hancur dapat kat budak2. Equipment punya la mahal… ibarat memberi bunga kepada beruk kata seorang guru penyelia petang…

        • memang tak sesuai bagi kat budak2…
          rasanya lebih baik masa zaman Pak Lah dulu, ngajor guna screen besar.. lagi efektif kot… Mungkin kerajaan boleh tempah tablet cam kindle tuh, murah dan bagus… lepas tu limitkan penggunaan

        • betul.. tambahan lg bila nk pnjamkan mcm pnjam buku teks….
          kalau hilang dan kena gnti, kosnya lbh tggi drpd kos utk gnti 10 buah buku teks….

        • aku sbagai pngguna e-book, ingin bgithu skit tntang e-book..faktor pertama adalah MEMBAZIR sbb dkat skolah x guna pun e-book nie..kdua,kalau e-book tu rosak..bukan pihak skolah yng tnggung.tpi ibubapa jugak yng kna tnggung hrga klau nk baiki spec tu mahal jugak beb..200-300 camtuelah..video porno pun smakin brtambah dkat skolah,hbis jahanam budak2 then smkin bertmbahlah anak luar nikah..e-book aku aku dah lama x bukak..lag nk mampus..jauh beza ngn komputer aku nie..

          aku langsung tak stuju klau buku teks digantikan dngan laptop sbb dkat computer lab pun hbis computernya rosak..niekan pulak laptop! hbis tu kalau pelajar nk ulang -kaji dngn buku teks camne?? sbb diey kata laptop tu akan kembalikan jugak kepada pihak sekolah setiap kali selesai sesi persekolahan.

        • Isu repair tiada masalah kerana ia ditanggung 100% oleh pihak kerajaan. Lagipun, laptop terbabit tidak dibenarkan bawa pulang…

      • Memang ada bagusnya hasrat nak memodenkan sistem pendidikan kita, tapi dirasakan kurang sesuai kerana faktor kualiti dan ekonomikal. Kawan aku budak terengganu dia bawak laptop/notebook tu ke u, pakai kejap dah rosak dah pun. Bayangkan betapa ruginya kerajaan beli benda yang cepat rosak. Siapa yang untung? kroni supplier.

        Kami student u pun dah ada portal e-learning iaitu semua nota ada dalam komputer/internet tapi kami akan print sebab lagi selesa study tengok kertas dari tengok skrin. sekian.

  4. A laptop won’t make them smarter in positive terms. not even their outer appearances.

    This idea seriously is a big lame joke.

  5. tak semua benda teknologi boleh ganti. pilihan yang boleh dikatakan banyak kekurangnannya kalau teruskan.

  6. Abis laa budak2 skrg pndai maen game je laaa mse cikgu tgh ngajar…
    TERBAIKKK!!!

  7. patutnya galakkan pelajar2 membaca buku, ni galakkan pelajar guna laptop. apa ke lemau sgt kerajaan ni..

    • haha….cetaknya akal kau nie…dlm lptop nnti akan da sylbs mcam dlm buku teks jga… kena bca jga…kurang ilmu ict jgn ckap…klau x brsyukur ckap je la…

      • confirm ke beratus2 buku ilmiah yg dekat perpustakaan sekolah tu ada dlm laptop budak2 sekolah tu nanti? hehe

        • Buku Katun Banyak Le. ”Cetaknya Akal” Sapa cetek akal sbrnanya. Takkan Akal Pun Nak Copy N Paste.

    • Kau la lemau sebab pikir komputer = x membaca… actually byk sumber yang leh dapat dari komputer (or internet).. komputer bukan utk game je ye encik…

  8. Yang penting jangan pasang os Windows dan sekat daripada mereka pasang os Windows. Pastikan mereka menggunakan os Linux dan biarkan mereka menggunakan os Gentoo. Biar mereka tak tahu apa yang mereka gunakan. Os paling susah hasil review daripada Mr.Hac

  9. Aku kadang2 tak paham ape yang kerajaan pikirkan. Ganti buku teks dengan laptop. Sekarang laptop dah ketinggalanlah. Lainlah kalau kerajaan ganti buku teks dengan ipad. Paling2 pun ganti buku teks dengan kindle yang hitam putih tu. memang sesuai untuk membaca, portable dan bateri tahan lama.

    • Ebook Reader macam Kindle, Sony E-Reader dan yang sebangsa dengannya tu memang ana manyak setuju la.

      Kalau tablet biasa pun boleh, sebab tablet Android dan iOS pun sekarang dah boleh lock penggunaan untuk aplikasi yang specialised.

    • Harga iPad mahal, sekurang-kurangnya RM1,600 sebuah. Lain2 produk yang sesuai ialah harga dibawah RM900 kira okay lah. Jimat sikit wang kerajaan. Elakkan budaya pembaziran didalam pembelajaran negara – bukannya untuk berlagak gadget saja.

      • Errr, ada je iPad yang berharga dalam 900+. Dan tu belum kira bila dibuat pembelian dalam volume.

        Kalau tablet yang kategori bukan E-Ink, iPad adalah antara good candidate sebab selain murah, kalibrasi skrin agak baik yang senang pada mata. Tapi kalau duty nya sekadar menunjukkan teks, peranti berasaskan E-Ink seperti Kindle (bukan Kindle Fire) masih pilihan yang terbaik.

        Apa pun, itu bukan isunya. Kalau pun buku teks digantikan dengan tablet, kebarangkalian besarnya ia akan menggunakan jenama in-house dari negara kita. Sadly, ia juga bermaksud yang kebanyakannya adalah sekadar rebranding.

        Netbook 1Malaysia Part Deux.

        • Susah juga kalau sudah Apple Fanboys, asyik2 sokong iPad yang mahal dan saiz kecil sangat dijadikan bahan untuk pengajaran disekolah2 macam itu…Cadangan ini amatlah rugi hanya menguntungkan syarikat Apple Inc yang telah kaya daripada USA itu.

          Ada baiknya dicipta tablet harga dibawah RM500 tablet buatan Malaysia dengan kerjasama teknologi syarikat China yang lebih murah dan besar saiz skrin 10 inci – paling sesuai. Dengan cara ini wang negara kembali masuk kedalam kitaran ekonomi negara.

  10. laptop? serously. bgi la galaxy note 10.1 siap ada s pen lgi bleh catat nota dgn lebih pantas.

    • Kipassusahmati Samsung ni. Fanatik sungguh.

      Masak la camtu. Satu sekolah kalau ada 500 murid je, budget dah dekat RM1 juta per sekolah hanya untuk tablet. Selaku pembayar cukai, aku sama sekali tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

      • Rasanya tablet lagi murah dpd laptop. Bagi tablet yang wifi, jangan bagi tablet 3g. Mcm komen aku di atas, bagi tablet atau ebook reader cam kindle yg hitam putih tu, murah je. Harap kerajaan Malaysia import tu.

        • Yup, tablet *boleh jadi* lebih murah dari laptop.

          Tapi jika dilihat standard practice sebelum ni yang mana kebanyakan Netbook 1Malaysia hanyalah rebranding, saya tak hairan jika syarikat-syarikat kita memberikan quotation kepada kerajaan harga setanding Galaxy Tab atau iPad untuk tablet rebrand berkos rendah.

          Juga memandangkan yang peranti E-Ink tidak banyak dibuat berbanding tablet berskrin LCD, kebarangkalian untuk mereka rebrand juga lebih rendah.

    • kalau tak boleh bawak balik, kat rumah nak baca apa? dah buku teks takdak?

    • Mmg la bwk balik.aku xnampak pon org yg comment kat ats tu kata laptop mesti tggl. Atau xperlu bwk balik pon.

      zzzz

  11. Sokonglah usaha macam ni, semua ni xnak mebebankan pelajar & ibubapa. Bagi idea utk meningkatkan mutu sekolah. Pasal student yg akan enjoy beronline & main games tu memang tak boleh blah, mesti la pihak berwajib tau macam mana nak bendung, that why perkara ni perlu dibincangkan.

    • Org keje ofis yg internet dia kene lock utk masuk fb atau ape2 webpage ppn bole gune proxy dan apps sebagainye..

      inikan budak2 zmn skg yg keluar2 je da mmg zmn advance IT. Lama2 budak bole access jugak.

      idea tu ok, tp ok tu tak bermakna bernas.

  12. Tok sah dok mgarut la nak guna laptop sbb akan mnmbhkan lagi mslh di sekolah.biar bljr ikut tahap, jgn trlalu mgejar kmajuan sbb nnti mnmbhkn mslh drpd kbaikan..ni la mslh klu org yg bukan cikgu…pandai buat dasar je, mslh yg ada disekolah pun tak selesai2…lagi mau tambah mslh ke?

    • Yup, setuju. Mungkin meletakkan laptop dalam kurikulum berbunyi seperti sebuah idea yang best, tapi ia bakal menambahkan unnecessary complexity. Ia umpama memberikan ubat kepada masalah yang tidak pernah wujud.

      Dah la cikgu nak kena handle macam-macam isu murid, nak buat kertas lagi, nak jadi kaunselor kepada pelajar lagi…

      …lepas ni nak jadikan cikgu sebagai tech support komputer pulak la gamaknya.

  13. Gula manis…gula manis…2 singgit!…PRU dekat dh…mcm2 le…

  14. Buku lagi berkesan untuk dibaca daripada baca di skrin. Angan-angan dia ja tu.

  15. cikgu aq ckap kat jepun masih lg guna papan hitam dengan kapur walaupun jepun negara maju daripada malaysia sebab pelajar akan salin apa yg ditulis dan secara tak lagsung diorang akan membaca ketika proses penyalinan berlaku dan ini membantu pelajar menghafal secara tak langsung….

  16. Bagi notebook utk org bandar? Org kat kampung cemane? Bg free pon org risau nk jga. Beban buku pon susah nak jaga, inikan notebook.

    skim pinjaman yg org susah perlukn pon xckup, ini kan notebook. Abis kalo bencana cemana pulak? Ckup lah kalo banjir. Hanyut buku bole berganti bg free pon x ckup, abis kalo notebook tenggelam cemane pulak polisi nye?

    budak bwk buku berat2 gi sekolah, baik yg mak bapak antar, mhupun naik bas. Jalan kaki, beskal, naik sampan.beban ni pon bebudak tak tahan, ini bg notebook pulak, kebe rompak, kene curi, sape nk tanggung.

    bg free pon org rela amik, tp tanggungjwb nak jaga mcm mane?

    dlu2 bole la nk pass buku teks kat adik kecik, kalo notebook da slow dan lama, budak2 pon tau nak menilai. Amik la budak2 kecik pegi cybercafe, kalo pc x best diorg pon blah je.

    pru punye pasal, mcm2 nak bg. Bende yg bole kurangkan beban, yg da lame diusulkan, tanak plak setel, tu pon makan masa bertahun2 nak setel.

    kelakar la muyidin oit. Anak kau pon blom tentu pakai komputer yg kerajaan bagi. Pui!

    • dorang plan ni bukan macam korang plan. dorang plan berperingkat. mesti la dorang da fikir permasalahan yg akan timbul apabila buat bende ni. and they will come out with penyelesaian la. for what our government hantar beratus student untuk jadi cerdik pandai ke overseas nak selesai masalah yang akan timbul di negara kite ni. korang ingat, mayudin tu otak kalut macam setengah orang ke. die do something for our country and he know what the best for our country. ini la masalah orang kite, bile orang nak buat something yg boleh untung kan semua masyarakat dalam jangka masa yang panjang, tapi korang terus blame someone yg ta sepatutnye kene blame. orang makan nasi, die pun nak makan nasi.

  17. Mengarut..
    Kenapa la nk membazir..
    Laptop percuma yg diaorg bg kat yg “berkelayakan” pon penuh ngan problem..
    Harddisk/display rosak la..
    Sape la yg usulkan bende ni..

  18. Mcm mana kami nak study kat rumah sedangkan soalan2 exam semuanya di ambil dari buku teks?!

  19. Kena fikir elok din. Dulu buat makmal komputer. Tapi apa kesan dia? Berapa banyak negeri memanfaatkan makmal komputer? Nak repair PC makmal pun kena tunggu tender. Sekolah takde duit din nak repair segera.

    Nanti ditenderkan laptop. Jerung pun masuk. Tapi dapat laptop mcm skim KPKK. Charger rosak, wifi nak tanak ada. Elektrik makin mahal din. Nak tunggu laptop siap repair tak ke putih bijik mate budak nanti.

    Buku kalau hilang @ rosak mak ayah boleh ganti. Ni kena mak ayah gaji 1000 kebawah mati kutu ganti. Noreh siang malam belum tentu dapat ganti.

    Pikir molek din.. kaji akar umbi.

  20. aku rasa patut optimumkan penggunaan makmal komputer… byk skolah aku tgk, makmal komputer biar camtu je… sampai berhabuk. komputer pun model lama. :P

    Guna Raspberry Pi la…murah pun murah…hehe.. game takleh main…kehkeh..

    • hok ni aku setuju. Satu sekolah mungkin 100 buah komputer lebih praktikal daripada beri semua pelajar yg mungkin ada 1000…. jimat dah situ

  21. Kalau pasal komputer riba ni ok jugak.Sbb lagi pun yg ni verkemungkinan dia x guna special os tetapi dia guna Frog OS atau lebih dikenali sebagai Frog VLE.Frog VLE ini boleh dibuka melalui laman web tertentu sahaja melalui kod sekolah masing2 seperti SMK St john Web0223 link frog VLE nya ialah https://web0223.1bestarinet.net .Lagi pun penggunaan internet di semua sekolah pada masa ini mempunyai beberapa laman web yg telah di block oleh KPM.Jadi pelajar x bolehlah bukak wevsite lucah dan game melainkan facebook sahaja.tetapi penggunaan internet ini dipantau oleh guru ICT setiap sekolah dan dipantau oleh KPM.

  22. cikgu on bluetooth, scan tgk bpuluh2 keluar devices. hehe. mudah la nak bagi nota.

  23. saya tak paham kenapa laptop yang dipilih. mrngapa bukan tablet khususnya iPad? iPad lebih sesuai dan ringan serta praktikal. bagus MOE bekerjasama dgn Apple dan jadi perintis kepa e-education,

    • Tak habis2 kerjasama dengan Apple – yang untung/kaya nanti ialah Apple juga…Wang negara habis diangkut masuk ke negara kapitalis USA itu…
      Tidak berjiwa/bersemangat kebangsaan langsung – asyik2 niat memperkayakan Amerika!…

  24. Walaupun ada yang tak setuju implementation ni, tapi ia sesuatu yang akan terjadi jugak lambat laun…budak2 pergi sekolah pakai laptop or tab

    • Memang lambat laun buku teks akan diganti juga bila tiba masanya, tapi buat masa sekarang komputer riba adalah jauh dari penyelesaiannya.

      Kita tengok perubahan penggunaan medium untuk pembelajaran. Dulu pakai tablet batu, kemudian pakai kulit binatang, kemudian kepada kertas papyrus. Apa yang kita boleh nampak ialah ia semakin convenient.

      Sekarang dari buku teks ke komputer riba. That sounds so wrong.

  25. 1) satu laptop bajet plg kurang 1 ribu.. kalau anak ada 3 orang, lagi2 anak yang kembar plak tuh.. dah 3 ribu kena guna.. $$$$$

    2) kang ada plak kes curik mencurik sbb plajar2 ni mgkin ada yg bwk lptop lbih mahal sket.. sedangkan slipar kat masjid blh kena curik, inikan pula laptop mahal2 $$$$$

    3) kalau krjaan nak support dgn lptop 1 msia diorg yg byk sgt problem kabor nye tuh, nak tak nak, kena kluar duit beli yg lain jgk kmudian hari.. nk kira servis lptop tu dah satu hal plak $$$$$

    4) even kalau takde masalah skalipon, brp billion gomen nak cover lptop utk plajar2 ni smua? pndidikan prcuma x mau kasi plak? $$$$$

  26. Ala, sebenarnya semua di Amanz kena troll dengan Muhyiddin Yassin,

    1. Muhyiddin : Komputer Riba Bakal Menggantikan Buku Teks
    2. Pembaca: Komputer riba tak praktikal kerana bla bla bla…
    3. Muhyiddin : Setelah mendengar keluhan rakyat, penggunaan buku teks dikekalkan
    4. Pembaca: Kerajaan 1 Malaysia sentiasa prihatin

  27. PRU punya gula2.. kikiki

    pendapat aku, baik tak payah la bagi notebook ataupun tablet dan sebagainya. tingkatkan fasiliti di sekolah-sekolah dahulu. sekolah lama aku, still pakai komputer zaman dinosaur, nak boot dekat 10 minit, bukak browser pun rasa macam tak sanggup nak tunggu. cikgu pun banyak mengadu kelengkapan sekolah tak berapa bagus… Elok la majukan fasiliti sekolah dulu, kemudian tambah duit untuk maintainence.. aku tengok bangunan kat malaysia ni kurang maintainence, dah rosak teruk baru nak baiki. Bangunan swasta biasanya ok, bangunan milik kerajaan biasanya begitu. Bila xde maintainence, otomatiknya kos baiki jadi tinggi.

    Lebih baik la labur duit banyak2 untuk baiki sistem pelajaran di negara kita. Tolong mereka yg tak berapa pandai dalam bidang akademik berjaya dalam bidang2 yg tertentu. Buatlah sesuatu supaya sekolah juvana ditutup sebab kurang pelajar…

    • OS apa komputer kat sekolah bro pakai. Kalau Windows XP dan sebagainya. Baik tukar ke os Linux. Boleh buat duit bro. Pakai Puppy Linux,Lubuntu,Xubuntu ke. Boleh jalan dengan sempurna.

      • 1. Cikgu pun boleh terkial-kial bila pakai Linux.

        2. Staf bukan boleh suka-suka tukar OS untuk komputer-komputer di sekolah, lebih-lebih lagi untuk sekolah yang sebelumnya under inisiatif sekolah bestari, etc. Lagipun, rugi license ori tu bro.

        3. Isunya di sini, kalau makmal komputer pun gomen tak nak take note untuk penambahbaikan, apatah lagi kalau nak deploy berjuta komputer riba untuk menggantikan buku teks. Bayangkan bebanan yang ditanggung guru dan staf sekolah bila hari-hari ada je komputer bermasalah. Tak semestinya bila komputer rosak, tapi juga bila para pelajar jadi cuai.

      • ni dah takde kaitan dengan OS apa dahh… ni memang masalah hardware komputer yg memang outdate dah. CPU pun guna celeron yg lama, ram pun 128 MB kot.. kalo install linux pun takde guna. Slow jugak

  28. Senang senang je kau cakap orang cetek akal? Ape yg kau tau sangat pasal ilmu ICT ni?? Kau berkebolehan remove virus tanpa bantuan Antivirus ke? Kalau kau tak tau toksah berangan yg kau cekap ICT??? Jangan kau nak berangan lah adik Aqilah kalau Notebook mengantikan Buku teks kau bleh cekap ICT..

    Mane plak kau belajar ICT sampai kau cekap mcm ni??

    Yg ceteknya awak..

    Ilmu ICT ni bukan hanya kalau ade notebook atau PC kau bleh cekap.

    PAHAMKAN DULU KONSEP BELAJAR..Orang yg terer ICT pun tak cetek akal macam kau ni.

  29. Budak2 sekolah kata.. YAHOOO lepas ni xpayah nak salin nota lagi boleh copy n pass je.. masa bua kerja ru tu bol main games. ..

  30. Bab ni aku suke! Jgn pk ape, pk laptop tu bila dah dpt kita kasi jual! Haha. Itu hasil dr duit kite gak. Cukai itu ini oleh kerajaan. Haha

  31. Saya setuju dengan penggunaan laptop.Setiap perkara ada baik & buruknya. It depends to ourselves how to control penggunaan laptop kpd anak-anak yang masih sek..Let see,now teknologi semakin canggih. Even budak tadika pun dah kenal & main ipad. Mereka adalah golongan Alpha, screen tenagers.. Drpd dyorg sibuk main game, baik bagi main game SCORE A..at least anak boleh pandai belajar & score dlm exam sbb dy main game sambil buat latihan..after all,its all about revolution dlm pendidikan.. Want to know how to get & give SCORE A to your children? Just emel me..

    • Macam lari topik lak keluar bab sistem Score A yang mahal gilabarbs ni.

      Ni mesti budak baru nak up ni letak iklan di ruangan komen. Kepada Amanz, saya labelkan perihal ini sebagai SPAM, sila take note.

  32. Saya agak kurang setuju di sini…Bukan semua budak zaman IT yang benar-benar celik IT. Jauh lagi jurang antara murid di bandar dan luar bandar… Daripada diberikan sebuah laptop bagi setiap murid, elok lagi kalau wang itu disalurkan pada fakir dan sebagainya atau beri laptop pada murid yang kurang berkemampuan sahaja agar taraf hidup mereka lebih baik…Seolah-olah pembaziran ; tindakan kerajaan memberi murid sebuah laptop seorang, banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat seperti menaiktaraf sistem pengangkutan awam di luar bandar yang saban tahun tidak ada pembaharuan dan juga tahap ketersampaian internet di luar bandar…
    Rasanya juga akan lebih cepat mengantuk jika pembelajaran melalui pdf dan sebagainya. huhu.
    Harap cadangan pemberian laptop kepada murid ditarik balik.:)

  33. Aduhai kamu ini….tak percaya pada anak2 sendiri rupanya…patutla budak2 sekarang ni goyang je aku tgk…jalan sudah nampak ke depan tapi masih kamu fikirkan lubang ditepi jalan…

  34. Baru citer laptop akan gantikan buku teks…1st thing awak semua dah fikir laptop buat main game….ape lagi pada budak2 tu…hadoi aih haha

    • Comment phailed.

      Yang pertama diujarkan di atas bukannya isu main game. Yang jadi isunya ialah bila rosak dan reliability nya.

      Pernah tak tengok buku teks kena virus? Atau buku teks yang perlu defrag? Dan pernah tengok buku teks hancur bila jatuh ke lantai?

      Jangan lari bila orang soal, lepas tu tukar-tukar nick sebab tak berani berdepan realiti.

      • kenal tak benda apa tu laptop? bukan setakat bleh main game, macam2 boleh buat… aku rasa cikgu pun pening kepala kalau bagi benda ni. Budak2 sah tak fokus dah, bukan senang nak kawal semua pelajar

        • Yup. Kalau dalam kelas pun bebudak takleh nak tumpu perhatian kat cikgu, tak boleh dibayangkan bila dibaginya lagi laptop.

  35. Bukannya tidak tahu berterima kasih atau tidak sokong dasar kerajaan tetapi jika ini semua bertujuan untuk kebaikan, dipantau penggunaan dan pengagihan kontrak dengan adil apa salahnya, malahan amat digalakkan.
    Untuk makluman semua, kebanyakan budak2 sekolah yang telah dapat laptop/netbook (luar bandar) bukannya gunakan ia untuk pelajaran selain merosakkannya, tetapi untuk bermain game, kalau ada WiFi lagi hebat – boleh chatting, Facebook, Youtube, download lagu & filem dan tidak terkecuali melayari laman web lucah…

  36. tak nampak pun hubung kait guna laptop akan menjadikan pelajar cemerlang di sekolah.

    what a joke

    • @Mecha – ye, mungkin tidak akan mencemerlangkan sesebuah sekolah, tetapi ia menerapkan kemahiran IT dalam kalangan pelajar agar mereka tidak buta IT

  37. makin banyak 3rd class mentality kat amanz ni rupanya, Malaysians la yang pasti. Ingatkan dah moden, berfikiran terbuka, rupanya masih lagi ditakuk pemikiran yang kolot, cetek. Sibuk nak kupas isu negatif je, bila la Malaysia nak jadi selangkah kehadapan kalau mentaliti mcm ni masih ada?

    • Kalau Jepun dan Singapore dah gantikan buku teks dan pembelajaran mereka dengan buku teks baru kome boleh nak gebang bila Malaysia nak selangkah ke hadapan.

      Tak payah la nak kritik sangat orang lain kalau sendiri pun tak ada kes dan facts bang.

  38. Pada pendapat aku, laptop yang digunakan sebagai pengganti buku teks mungkin sudah dikenakan spesifikasi yang ditetapkan. Sebagai contoh, mungkin OS yang digunakan telah diprogramkan khas untk diakses oleh aplikasi-aplikasi tertentu sahaja.

    • Yang masih jadi isu ialah reliability.

      Bayangkan bila dalam kelas, ada student bangun memberitahu,

      “Cikgu, komputer saya BSOD la cikgu”
      “Cikgu, komputer saya Kernel Panic cikgu”

      Yang aku nyatakan di atas bukan terhad kat certain OS je, semua OS ada ragam dia. What matters here, tak pernah kita jumpa error bila kita bukak buku, tak begitu.

      Tu belum kira kalau student cakap dia terdelete homework.

    • bukan hilang kt sekolah je… dlm perjalanan pergi dan balik pun boleh hilang, kes ragut.. lps ni jenuh balai polis terima report, nak siasat lagi tangkap sumbat lokap lagi..

  39. Aku rasa maybe Chromebook. Kalau windows 7, hancuss la, software kene update semua. haha

      • Aku rasa Chromebook paling sesuai sebab on the cloud. Selaras dengan pemasangan 4G kat sekolah.

        • 1. Chromebook tak dilengkapi WiMAX. Sama je macam laptop lain, kena pakai dongle.

          2. Harga Chromebook agak mahal secara relatif. Yang boleh dapat murah hanyalah melalui education programme yang cuma Google selaraskan untuk institusi2 di US.

          3. Tak semua benda kena letak on the cloud. Kalau network outage memang masak la.

          4. Bayangkan dalam satu masa beratus device straining a cell site (WiMAX misalnya) dalam satu masa. Unnecessary. Nightmare.

          5. Baik bagi student belajar untuk familiar benda yang mereka akan guna for years to come. Chromium is not the REAL answer.

          6. Bebanan lebih untuk learning curve oleh tenaga pengajar (e.g. guru), sebab mereka lah yang juga kena introduce kepada murid nanti.

          Kalau nak cerita perkara-perkara ‘on the cloud’ ni, rasanya bukan sahaja pembuat2 OS major dah ada solution mereka sendiri, malah 3rd party provider pun ramai. Dan perspektif ‘syncing only necessary stuff onto the cloud’ adalah lebih logikal, dan itu sedia ditawarkan on OS level untuk komputer lain.

          Kesimpulannya, ia menambahkan complexity yang tidak diperlukan, dalam masa yang sama tidak menawarkan penjimatan signifikan.

          Btw, have fun bila Chromebook tu ada harinya nanti datang pula isu. Agak2 nak hantar kat mana ye nak bikin?

          • Harini YES dah umumkan penggunaan Chromebook untuk sekolah2 :)
            hehe.

  40. Patut keluarkan produk jenama sendiri – Tablet 1Malaysia(T1M) untuk jimatkan kos & elakkan wang negara daripada keluar…hu hu hu

    • tablet 1 Malaysia yg suhaimi sang kroni tu punya pun ambil China punya tablet yg boleh dikatakan slow dan tak berkualiti. Harga rm200 jer kot, tampal sticker, jadi rm999… kalau bagi tablet macam tuh, bayar kroni rm999 jugak, PM dan kroni aku rela campak mereka dalam laut

  41. Ide yang menarik tapi mungkin ianya boleh diadaptasi di sekolah-sekolah elit (eg.SKDB, MCKK, etc.) dahulu, di mana kos pembelajaran tidak menjadi masalah kepada pihak sekolah mahupun ibu bapa.

    • Sekolah yang kununnya elit atau tidak bukan isunya, tak kiralah apa istilahnya (baru-baru ni guna terma Sekolah Berprestasi Tinggi pulak)

      Teringat kes Sekolah Bestari sejak tahun 1999, ni berdasarkan hands on experience aku la. Tengah kerajaan demam Multimedia Super Corridor, TM contracted oleh kerajaan untuk infra dan content Smart School, under subsidiary TMSS. Malah siap ada kurikulum dan buku supplemen dia sendiri, yang supposedly akan supersede KBSM ketika itu.

      Nak cerita tentang content, surprisingly ia agak impresif untuk era nya (flash, authorware, etc). Pendek kata, it’s all candy coated dreamscape.

      Long story short, projek tak membuahkan hasil ketara. Senang cerita it’s a flop la. Government cut funding, tak de lagi guna perisian Smart School ni. Legasi yang tertinggal ialah makmal komputer, dan projektor LCD yang menggantikan OHP projector lama. Well, kalau takde inisiatif sekolah bestari pun, kedua2 benda ni still akan ada diwujudkan di sekolah tersebut, sepertimana yang berlaku di sekolah-sekolah lain yang tidak diberi penarafan Sekolah Bestari.

      Ok, now what went wrong? Ada sebab tau kenapa institusi tertiari masih lagi dilengkapi papan tulis, walaupun coursework pun dah banyak diberi dalam bentuk digital. Orang pun masih dok print lecture notes. Go figure.

      • “Orang pun masih dok print lecture notes…”

        student U pun masih buat bnda ni……

  42. Yang mudahnya buat loker buku teks kat sekolah , jalan penyelesaian yang amat-amat mudah :D , jadi masalah tak bawak buku teks sebab berat boleh dielakkan .

  43. Kawan perempuan aku kat sekolah tahun lepas dapat Netbook 1 Malaysia tu dia buat tengok cerita Korea dan dengar lagu KPOP, HAHAHAHA

  44. Nak tukar dari buku teks kepada laptop memang takde masalah, tapi kalau nak tukar netbook yang dah nak mampus ni, baik pi tukar guna tablet. Tablet senang nak guna, tapi yang menjadi “drawback” ialah tablet susah sikit nak buat kerja berbanding guna laptop/notebook. Pasal student main game, bukak facebook itu lain punya cerita, tapi yang menjadi persoalannya ialah realibiliti sesebuah peranti tersebut. Kalau guna Windows, kalau tak jaga, konfirm laptop selalu buat hal itulah inilah. Tapi kalau laptop tu guna OS Linux macam Ubuntu, ia mungkin tidak menjadi masalah.

    Kadang kala kena tengok jugak makmal komputer yang kebanyaknnya masih menggunakan hardware yang lama sangat. Zaman ni PC, laptop semua pakai 2-3GB atau lebih, mana adalah yang pi guna 128MB RAM nih.

    PS: Kalau pemikiran rakyat Malaysia macam tu, jangan sampai tahun 2020 pun student masih guna buku teks pula dan baru nak terkial-kial guna laptop/tablet pulak! Last-last negara kita pula dijadikan bahan ketawa pulak!

  45. mudahlah bebudak nak ke sekolah, tak perlu pikul buku yg berat tu sampai sengal2 badan. Tapi mampu ke semua ibu bapa nak menyediakan kos membeli laptop yg mahal tu.

    • Macam orang kat atas ada nyatakan, lebih baik buat loker di sekolah.

  46. saya sajes, buku2 teks semua dlm server ala2 library. setiap murid ada kata laluan. buku teks leh je download dari library server

  47. ade baiknye juga, contohnye bole mengurangkan penebangan pokok untuk buat buku.

  48. apapun buku teks akan terus releven smpai bila2.masalah buku teks yg berlambak bdk2 kena usung blh diselesaikan dgn mmbina loker di sekolah.klau pakai laptop brapa plk kosnya nnti.rosak la,kena virus la.mcm2 lgi..

  49. teknologi ini negeri terengganu dah guna pakai.. melalui pemberian ebook percuma.. ttpi pembeljaran tidak bejalan lancar.. kerana para palajar tidak mengecas bateri secukupnya.. e-book hilang.. hard disk rosak dan bla bla bla.. dan kembali menggunakan buk teks yg sedia ada.. :) Peace !

  50. aku rasa bukan ganti dengan laptop kot…mungkin macam tablet kindle tu..buku teks sebagai rujukan sahaja. kerja rumah, salin nota tulis macam biasa

  51. Tablet la ganti buku teks… apa-apaan orang sekaran pakai laptop jadi buku teks…. 2jam pakai bateri dah habis…. tablet tahan 8jam kira ok la…. hahaha lawak betul tpm nih….

  52. bende ni x pyh pun….ni menyebabkn lagi ramai budak yang rabunn…lbh merosakkan budak2 lagi ada la..kalau rosak dah susah budak2 yg miskin nak beli baru.lagi pun bukannya murah.if sekolah sponsur atau kerajaan sponsur pun kalau rosak tetap kene ganti jugak….dah menyusahkan pembelajaran…lepas tu lagi la budak2 ni senang nak exses ke tempat yg x spatutnya,,,budak2 generasi y la kate kan tolong la hentikan ja cadangan ini lebih merosakkan budak sekolah dari pada memberi kan kesenangan kepada mereka…mereka juga boleh menjadi lalai bila guna bende alah tu..kalau nak ikutkan ada berjuta keburukkan dan cuma beratus sahaja kebaikkan..

  53. saya rasa yang ni tak kan jadi. bukan fikir negatif, tapi macam dulu, bila buku teks nak digantikan dengan cd, pembekal buku teks mula mogok, so mcm mana?

  54. jepun, u.s, eropah pun masih guna buku teks yang mana lebih praktikal dan ekonomik….. jadi kenapa mesti nk tukar kepada laptop atau gajet2 yg lain? pihak kerajaan sendiri masih belum menggunakan sepenuhnya kemajuan teknoloji perkomputeran. rakyat (pengguna) masih lagi terpaksa mengisi borang-borang yng sama setiap kali berurusan dengan jabatan2 dan urusan antara jabatan pun masih banyak yg manual…. itu belum lagi para pegawai yg sekadar tahu menggunakan perisian yag asa sahaja. jadi untuk menukar buku teks kepada laptop amatlah membazir dan kurang bijak…. selain membazirkan waang rakyat…..

  55. kat terengganu, pelajar sekolah rendah bagi tahap dua telaah bertahun2 menggunakan e-book. namun sayang, pelajar dan ibubapa yg mendapat manfaat dari pemberian e-book ini tidak menghargai pemberian tersebut. pelajar menggunakannya utk bermain games, melayari internet ketika guru mengajar dihadapan dan mcm2 lagi.

    ibu bapa pula tidak mengawal penggunaan e-book ini dikalangan anak2 ketika dirumah. malah ada ibubapa yg mengggunakan e-book anak2 mereka untk melayari internet.

    e-book yg dibekalkan tidak sampai setengah tahun dah rosak. macam2 kerosakan yg ada. pelajar dan ibubapa tdk menghargai pemberian e-book ini kerana ianya dapat free. jika rosak ibubapa kena baiki dan membiayai, namun ibu bapa ambil sikap lepas tangan.

    bila berlaku sebegini yg masalahnya pihak sekolah kerana jumlah murid yg ramai rosak e-book sehingga menyukarkan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas maya.

Komen

Nama
Web