Setelah masalah sekuriti kritikal ditemui pada Java 7 sebelum ini, kini Oracle secara rasminya telah pun mengeluarkan kemaskini untuknya, sekaligus mengatasi kerentanan yang ditemui sebelum ini.
Daripada log yang diterbitkan, Oracle mengatasi dua masalah kerentanan, selain kini menetapkan Java Security Level kepada tinggi, sekaligus membuatkan applet berasaskan Java meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu sebelum ia dijalankan pada komputer pengguna.
Bagi para pengguna yang menggunakan Java, boleh memuat-turun Java 7 (Update 11) terus daripada laman Oracle hari ini, dan menambah-baik sekuriti dan keselamatan komputer anda.
Muat-Turun Java SE 7 Update 11
aku kurang ilmu ni, kalau yang guna OpenJDK.. berkaitan ke tidak dengan masalah sekuriti oracle java ni??
OpenJDK7 and JDK7 mempunyai code yang lebih kurang sama.
hari tu masalah vulnerability pada Flash, sekarang timbul masalah vulnerability dalam Java applet pulak..