READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Pandang Pertama : Sony Xperia Z

Diterbitkan pada January 16, 2013 oleh

Selain daripada Xperia ZL, salah satu peranti terkini yang turut diperlihatkan oleh Sony Mobile untuk pasaran Asia Tenggara adalah semestinya peranti utama dan berspesifikasi tinggi daripada mereka, iaitu Sony Xperia Z.

Rekabentuk
Spesifikasi Sony Xperia Z
Cip 1.5GHz (empat-teras) Qualcomm dan Adreno 320
Kamera Utama 13 megapixel
Kamera Hadapan 2 Megapixel
Storan Terbina Sehingga 16GB (tambahan melalui mikro-SD)
Memori 2GB RAM
Skrin 5-inci (1920×1080 pixel) Mobile Bravia Engine 2
Bateri 2340 mAh (minimum)

Dari segi rekabentuk, Xperia Z membawakan rekabentuk yang dinamakan sebagai Omni Balance, dimana Sony Mobile seperti menekankan kepada butang kuasa yang diberikan nafas baru, pada kedudukan yang lebih sesuai dicapai apabila digunakan pada sebelah tangan.

Disamping itu, ia membawakan binaan daripada bahan kaca yang kelihatan sangat premium dan menarik, pada mata, mahupun apabila dipegang pada tangan.

Namun, salah satu kekurangan peranti ini boleh dikatakan adalah dimana ia menjadi tarikan cap jari, kelihatan cap jari mudah melekat, menjadikan ia tampak kotor dengan mudah. Tetapi, dengan adanya fungsi kalis air, semestinya ia memberikan beberapa tarikan kepada ramai pengguna.

Sony Xperia Z

Skrin dan Kamera

Rakaman video dengan sokongan HDRPada Xperia Z ini juga, Sony menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p padanya. Ia membolehkan pengguna menikmati pelbagai perkara pada paparan yang lebih menarik, dan sukar sekali untuk nampak pixel padanya. Untuk menjadikan paparan lebih menarik, Sony turut menyertakan Mobile BRAVIA Engine 2 padanya.

Bercakap mengenai telefon pintar, salah satu perkara yang menjadi perhatian ramai adalah sokongan kamera padanya.

Sony menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan 2-megapixel pada bahagian hadapan di Xperia Z ini. Kedua-duanya menyokong rakaman HD penuh, dan menariknya, pengguna juga boleh merakamkan video dalam bentuk HDR menggunakan kamera pada peranti ini, menjadikan Xperia Z satu-satunya peranti yang menyertakan fungsi seumpama itu buat masa ini.

Pada masa yang sama, untuk rakaman gambar pula, pelbagai moda disediakan, selain sokongan rakaman burst mode tanpa had, membolehkan anda merakamkan gambar yang bergerak dengan mudah.

NFC dan Dock

Xperia Z, sama seperti kebanyakkan peranti pada hari ini, menyertakan sokongan NFC padanya, membolehkan perkongsian mahupun pelbagai perkara dilakukan dengan hanya menyentuh antara satu peranti ke yang lain.

Sony sendiri mempromosikan penggunaannya dengan beberapa aksesori tambahan yang akan dilancarkan bersama, dan Sony memanggilnya sebagai sokongan “One Touch”.

Pada Xperia Z juga, Sony menyertakan sebuah bahagian dock khas, dimana pengguna boleh mendapatkan aksesori daripada Sony dalam memudahkan mereka mengecas peranti, sekaligus mengelakkan daripada ruangan pengecasan bertutup mikro-USB menjadi longgar.

Sony Xperia Z - Aksesori

Sistem Operasi

Pada Xperia Z, Sony menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, yang mana membawakan pelbagai perkara menarik, termasuk sokongan Google Now dan juga kelancaran penggunaan tanpa mengalami sebarang lengah masa.

Sony sendiri membawakan antaramuka khas padanya, menyertakan bersama-sama beberapa fungsi baru, termasuk sokongan multi-tasking yang diberikan rekabentuk baru, berbeza dengan peranti Android lain. Sony turut menyertakan tambahan aplikasi yang boleh di pop keluar, dan dijalankan bersama-sama aplikasi lain, dinamakan sebagai Small Apps.

Pada bahagian tetapan pula, Sony menyertakan sokongan Power Management yang lebih baik, membolehkan pengguna mematikan fungsi yang tidak digunakan, sekaligus menjadikan masa penggunaan peranti mereka lebih lama berbanding kebiasaan.

Peranti ini juga menyokong gelombang LTE di Malaysia, membolehkan pengguna menikmati internet berkelajuan tinggi padanya berbeza dengan beberapa peranti lain di pasaran hari ini.

Sony Xperia Z

Harga Dan Tarikh Jualan

Sony mengatakan peranti ini akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula suku pertama tahun 2013 ini, dimana berkemungkinan pada bulan Mac kelak.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Terdapat 74 komen
Komen Popular
  1. Sila abaikan pencinta phone K-Pop ni. Phone yang diwar-warkannya pun belum kelihatan lagi, apatah lagi specs yang tah dari mana direka-reka.

    Ni memang betul fanatik Samsung ni.

Keseluruhan Komen
  1. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    • Sila abaikan pencinta phone K-Pop ni. Phone yang diwar-warkannya pun belum kelihatan lagi, apatah lagi specs yang tah dari mana direka-reka.

      Ni memang betul fanatik Samsung ni.

    • SAMSUNG=SAMPAH

      flagship samsung dikeluarkan dengan rekabentuk seperti metal, tetapi sebenarnya dibuat dari plastik murah..ramai pembeli yang terkena kerana iklannya yang banyak ditayangkan di mana2 tempat..perkara yang sama akan berlaku pada flagship yang seterusnya..

      • Sampah2 pun Samsung Galaxy S3 jadi smartphone terlaris didunia 2012 berjaya mengalahkan iPhone4S dan iPhone5 yang dipandang ‘lebih hebat’. Nampak sangat betapa kunonya pemikiran awak berbanding pemikiran peminat2 smartphone didunia luar sana…
        Ini bukan fasal soal fanatik K-Pop, ini soal mainstream/trending. Hidup amalan cara demokrasi mesti ikut perkembangan/minat khalayak ramai dunia!

        • Ye la tu, tapi takkan la sampai nak sokong fanatik Samsung macam mamat ‘Panasaran S4′ di atas kan. Tak ada apa-apa yang solid lepas tu nak merepek meraban.

          Memang betul2 Gangnam Style la. Bukan saja K-Pop, malah K-Poh sungguh.

      • Plastic exterior:

        Awalnya saya memang kecewa juga. Tapi bila jatuh, kecepup keceper, tak pecah berderai & tiadalah patah seribu hati saya melihatnya. Hanya kutip balik, jika bateri & penutup belakang terbuka, pasangkan & ‘on’ semula.

        The worst thing about my phone is actually its best, simultaneously.

        • Kalau nak beli phone semata-mata nak dijadikan drop test, baik beli phone torchlight.

          Btw plastic exterior pun, bahagian depan phone Samsung masih lagi kaca. Kalau jatuh pun rangup juga.

      • Walaupun phone Samsung menggunakan hyperglazed polycarbonate (aku bagi nama fancy sikit), takde la sampai aku katakan ianya sampah.

        Ia masih lagi phone yang solid. Masih lagi reliable. Specs pun masih lagi orait. Cuma competition kepadanya dah up the ante dengan menggunakan exterior yang lebih mewah.

        Yup, semuanya bergantung pada demand pasaran juga. Bila semua syarikat dah keluarkan phone dengan binaan premium, Samsung juga akan berbuat yang serupa. Cuma untuk sementara waktu ni, Samsung keciciran di department tersebut.

  2. Gah betul. Tapi ntanya satu pada yg dah pakai phone bersaiz 5 inci macam Xperia Z.

    Selesa tak kalau letak dalam poket seluar jeans ? Ke, lama2 esok orang lelaki pun kena pakai handbag kecil macam orang perempuan sbb nak letak gadget.

    Bukan apa, Xperia Arc S yg saya pakai sekarang ni pun dah sendat semacam kat poket jeans.

    • Jangan semata-mata judge saiz hanya dengan skrin. Walaupun Xperia Z didatangkan dengan skrin 5 inci, frame bezel nye sungguh kecil.

      Kita ambil comparison dengan Galaxy S3. Beza panjangnya dengan Xperia Z cuma lebih kurang 2 milimiter. Yup, 2 milimeter lebih je! 2 takuk kecil di pembaris tu, apalah sangat besarnya.

      Sekarang pastinya anda kembali teruja dengan Xperia Z.

      • Pelik tul, aku sembang facts pun orang nak thumb down. Ramai betul fans K-Pop phone kot.

        • Zaman sudah berubah – Era K-Pop Rules dan Samsung Rules…ha ha ha. Hanya puak2 ‘Meleis’ dan iFags saja yang ‘malas’ nak ikut peredaran zaman semasa(mainstream)…

          • Bukan malas nak ikut peredaran masa.

            Cuma rasa tak berbaloi habiskan beribu-riban untuk produk yang tidak nampak Premium.

            Jujur saja pada diri, takkan la kita sanggup habiskan duit banyak-banyak semata-mata tanpa mengira paras rupa kan.

          • Bgi sya,smua yg korg ckapkan ni xpenting,samada mdel samsung atau sony,smuanya kurg lebh jak,.skrang sy jga gna kan glaxy s3,tp slalu risau pasal jatuh or msuk air,.lg pn kbtlan sy ni kaki joran,.tym hujan pn dah risau sgat,.jd kmgkinan lepas ni cnfirm tkar xperi z,lg pn kaca dpan blakangnya diperbuat dripada dragontrails glass ciptaan kilang asahi jepun di mana 6kali lebh keras bnding gorilla glass 2,dah 2 waterproof lg,.jd rasa berbaloi-baloi sgt la,.. Hardware pn sgt lncar sy tgok,. Sya tuggu!:-)

  3. Saya ingin bertanya pada aman. Bagaimana pula dengan speker xperia ini. Lantang kah memandangkan ianya kalis air?

    • Secara jujurnya, aku lemah tang audio, dan tidak ketahui bagaimana menentukan sesuatu bunyi itu baik ataupun lemah. Apa pun, pada acara pengenalan peranti tersebut, audio yang dipasang oleh Sony agak kuat pada dewan tersebut.

      Tetapi, Sony menekankan mereka membawakan sokongan audio yang baik pada peranti tersebut ketika memperkenalkan peranti tersebut kepada kami.

      Xperia Z - Clear+ Audio

    • Oh btw, apakah 2 lubang emas pada sebelah kiri Xperia Z ini?
      Apa fungsi nya?

      Adakah ia semata-mata bagi kegunaan dock sahaja?

      • daripada apa yang saya ketahui, ia untuk charging dock, seperti diperlihatkan pada gambar kedua di artikel ini.

  4. Diharapkan agar Sony mengeluarkan update bagi Android 4.2 keatas peranti ini secepat mungkin sebelum ianya dipasarkan. Stunning picture and Photosphere, what a great combination.

  5. Serius terbaik!! Sgt sesuai utk org lasak mcm aku. Selalu tgk sume smartphone nmpak fragile je. At least Sony Xperia Z memberikan sesuatu kelainan. Oh yeahh, tak jadi la angkat LG Nexus 4. Hohoho

    • Mengikut apa yang dikongsikan, ia akan dipasarkan bersama-sama dengan peranti tersebut, dan dijual secara berasingan bermula Mac atau April kelak.

  6. Kalau harganya RM2,000 keatas, lebih baik tunggu Samsung Galaxy S4 bulan Mac 2013 nanti. Specs S4 memang terhebat daripada khabar2 angin sahih yang bertiup kencang! Tak rugi tunggu.

    • Lawak la kamu ni, fanatik telefon K-Pop. Specs tak diketahui lagi pun dah banyak cekadaknya.

      Kalau camtu, sesiapa pun boleh reka khabar angin 1Malaysia Phone dengan kamera 15 gigapixel dan processor seribu teras. Baik tunggu phone tu berbanding phone K-Pop mu yang entah betul entah tidak rumours nya.

  7. semat weh xperia z. ntah bila nak masuk market malaysia. selalunya lambat. design sblm ni mcm warna putih nampak cantik dan kemas, tp warna hitam pada xperia z mmg nampak gah dan premium.

    premium ok.

  8. Xperia z leh tanggal bateri x. Kalo xleh tanggal cmne kalo bateri dh xde power n x msuk charge?????

    • Tidak boleh ditanggalkan seperti kebanyakkan peranti pada masa sekarang. Kalau menghadapi masalah, mungkin boleh ke pusat khidmat pelanggan sony seluruh negara.

  9. tq amanz.. kalo bttry xperia z xleh tanggal amek note 2 jela.. rasenye note 2 dan xperia z mane yg lebih baik???

    • Aku tengok orang yang pakai Note 2 takde yang nak main tanggal-tanggal bateri pun. Nak bukak casing Note 2 pun dah naik risau sebab macam fragile sangat cangkuk plastik snap-on nye. Boleh test sendiri kat kedai phone kalau tak percaya.

      Specs-wise, lebih berbaloi dapatkan Xperia Z. Hardware Nye adalah yang terbaik pernah ada untuk phone Android, hands down. Sample shot dari kamera nya pun superb, dan aku bukan ceritakan semata-mata disebabkan megapiksel nya yang lebih tinggi.

  10. dah xsabar menunggu kehadiran sony xperia z….Terbaik!!!kepada peminat samsung tu,kalo x suka sony jgn menyebuk yerr….setiap hp tu mesti ada kelamahan dan kekurangan….so x pyh lah nk komen lbh2..

  11. Out of topic:

    Aku setakat ni pertama kali menggunakan Sony Xperia..
    Sony Xperia Go..
    Apa yg telah aku perhatikan daripada segi kualiti Lens camera dan jenis plastic yg dipasang ianya dr jenis berkualiti..

    Tapi sayang kalau dari segi UI nya, tak banyak function seperti Touchwiz Samsung UI yg telah dan pernah aku gunakan pada Galaxy Young & Galaxy Mini 2..

    Ambil contoh terdekat perhatikan pada built in UI contacts Sony Xperia & Samsung Galaxy..

    Dari situ dah nampak function siapa yg handal..

    Sony lebih menekankan kualiti barang dan bunyi kecuali fungsi UI mereka..

  12. kalo perasan…model phone sony mengikut abjad zywtp….tp terbalik la….mula dr belakang…..dh mcm android pnya version..tp android mula dr depan….betol cakap stev job,sony akan menjadi pesaing apple,bukan sammy…dh terbukti dgn xperia Z…tp UI xperia kena d pertingkatkan lg…biar nampak lebih primium…just pandang…bukan fanatik kpop or kphone or khtc or knokia

  13. Pasaran phone Sony ditempat ke 4 dunia akan jadi pesaing utama Apple? Logik ke? sedangkan Samsung di tempat pertama dunia…Pelik.

    • Xda kaitan dgan brand,ttapi model phone 2,..
      Tp terus terang sya katakan sony xperia z mmg berbaloi sgt ntk dimiliki,sbb kitorang ni sbgai manusia sdah lumrahnya bersifat cuai,lupa atau xingat kalo2 hp terjatuh dgn hntakan kuat atau tkena air,..jd xperia z adalah penyelesaiannya.. Dragontrails glass dpan dan belakang xperia z ni menjanjikan kekuatan 6kali lebih keras banding gorilla glass generasi ke-2 pada kbanyakan hp skrg,so menjanjikan keselamatan dan perlindungan hp stiap msa tanpa mggunakan casing yg amat melecehkan.. Pg mancing or mandi sungai pn xda yg dirisaukan…

  14. aku asalnye nk grab note2 or glxy s3.. bila nengok xperiaZ terus jatu CINTA smpai xtido mlm.. skit frust sbb lmbt lg nk release.. trpakse arr tunguu.. aduhh seksanye..

  15. XPERIA Z memang terbaik! Kamera belakang Exmor RS, depan Exmor R, kepadatan piksel 443 ppi + Sony BRAVIA ENGINE 2, memang tajam & jelas.

  16. Xperia s ak siap ak basuh lgi..okay je..jatuh banyak kali pn xde pape lg…S3 mmbr ak gna jatuh skali skrin da pecah….alhmdulillah sony ak kuat….

Komen

Nama
Web