Cari @ Amanz

Research In Motion, hari ini, secara rasminya menjenamakan syarikat mereka menjadi BlackBerry, sekaligus mengekalkan satu penggunaan jenama, dan mengurangkan kekeliruaan dikalangan pengguna.

RIM BlackBerry

Sebelum ini, ramai yang sering terkeliru dengan nama RIM (Research In Motion) dan juga BlackBerry. Kini, dengan penjenamaan semula ini, ia sekaligus memudahkan pengguna mengenali syarikat mahupun produk mereka.

Bersama-sama dengan penjenamaan semula syarikat mereka, BlackBerry turut sama memperkenalkan dua peranti mereka yang menggunakan BlackBerry 10, iaitu BlackBerry Z10 (skrin sentuh sepenuhnya) dan juga BlackBerry Q10 (peranti QWERTY).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd