Cari @ Amanz

Selepas NVIDIA dan juga Qualcomm, kini Samsung mengambil pentas utama CES 2013, dengan mengumumkan cip pemprosesan untuk peranti mudah-alih terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Exynos5 Octa.

Samsung CES 2013

Cip pemprosesan baru daripada Samsung ini berasaskan kepada rekabentuk binaan ARM big.LITTLE, dimana mengabungkan dua pemprosesan empat-teras menjadi satu. Dari segi spesifikasi, ia dikatakan akan menjalankan cip 1.8GHz A15 untuk penggunaan kuasa yang tinggi, dan juga 1.2Ghz A7 untuk penggunaan tenaga yang rendah, dimana kedua-duanya dilaporkan menjalankan pemprosesan 28-nanometer.

Menurut Samsung, ia membawakan prestasi grafik dua kali ganda lebih baik dengan apa yang terbaik sekarang, disamping penjimatan tenaga sehingga 70%.

Kita mungkin akan dapat melihat peranti yang menggunakan cip pemprosesan ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd