Cari @ Amanz

Peranti Blackberry 10

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry telah pun memperkenalkan secara rasminya platform operasi terbaru mereka, iaitu BlackBerry 10 kepada umum, bersama-sama pengumuman dua peranti baru mereka, BlackBerry Z10 yang membawakan sokongan skrin sentuh sepenuhnya, dan juga BlackBerry Q10 yang membawakan peranti dengan sokongan papan kekunci QWERTY fizikal padanya.

Pelbagai pengumuman tambahan turut sama dilakukan oleh BlackBerry, termasuk daripada penjenamaan semula daripada RIM kepada BlackBerry, pengenalan beberapa aplikasi baru, termasuk mengatakan kini BlackBerry World mempunyai lebih daripada 70,000 aplikasi untuk BlackBerry 10.

BlackBerry 10 bakal diperlihatkan di Malaysia pada 20 Februari ini, dan mungkin akan mula dijual sekitar bulan Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd