READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini
Senarai Telefon Pintar
1 Apple iPhone 5
2 Samsung Galaxy S3
3 Samsung Galaxy Mini 2
4 Samsung Galaxy S3 Mini
5 Samsung Galaxy Y
6 Samsung Galaxy Note 2
7 Samsung Galaxy Ace Plus
8 Samsung Galaxy Note
9 Samsung Galaxy Nexus
10 LG Optimus LE E400
11 HTC Desire C
12 HTC One X
13 HTC Wildfire S
14 HTC Desire X
15 HTC One S
16 Nokia Asha 311
17 Sony Xperia Tipo Single
18 Sony Xperia SL
19 Sony Xperia Ion
20 Sony Xperia S
21 Huawei Ascend P1
22 HTC Windows Phone 8X
23 Ninetology BlackPearl 2 i9400
24 Ninetology Stealth 2 i9500
25 Palette i5300
26 ZTE Acqua
27 Yes Buzz 4G Cloud Phone
28 Insight i9430

Seperti semua sedia maklum, pihak SKMM telah mengemaskini syarat tawaran untuk peranti dibawah Pakej Komunikasi Belia, dan kini lebih banyak peranti ditawarkan dibawahnya, termasuk iPhone 5 daripada Apple, dan Galaxy S3 daripada Samsung.

Mengikut angka terkini yang dikongsikan pihak SKMM sendiri, ia dikatakan mereka telah melantik lebih 1000 wakil jualan di seluruh negara sehingga hari ini, dan angka wakil jualan ini akan meningkat dari hari ke hari.

Daripada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM, mereka mengatakan terdapat lebih 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Pakej Komunikasi Belia ini. Namun, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Bernama dan dipetik oleh Harian Metro dan juga Sinar Harian, diperkatakan lebih 70 model telefon pintar boleh dipilih belia melalui Pakej Komunikasi Belia.

Xperia Tipo

Ia tidak diketahui apakah lagi peranti-peranti lain yang akan ditawarkan melaluinya. Daripada senarai terbaru yang dikeluarkan ini, tiada peranti Nokia Lumia dan juga BlackBerry yang tersenarai padanya. Memandangkan tawaran model telefon pintar ini akan ditambah dari hari ke hari, maka pihak SKMM menasihatkan para belia agar tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar untuknya.

Selepas mendaftar, para pengguna akan diberikan tempoh selama 30 hari untuk menebus potongan sebanyak RM200 daripada wakil-wakil penjual yang dilantik.

Namun, salah satu masalah yang masih belum diatasi pihak SKMM buat masa ini boleh dikatakan adalah struktur penghargaan untuk peranti, dimana daripada harga RRP yang ditawarkan untuk sesetengah peranti, ia adalah lebih mahal daripada harga semasa, sekaligus menjadikan rebat yang diberikan seperti tidak membantu, disamping sesetengah syarikat telekomunikasi yang mengenakan harga langganan bulanan yang tinggi untuk pelan data mereka.

Terdapat 120 komen
Komen Popular
  1. sabaq la dulu… nexus 4 baru ja kuaq… nak komen pn biaq la nampak bijak skit :)

Keseluruhan Komen
  1. bagus. Lagi banyak lagi bagus. Cumanya apa maksud 1000 pengedar? Boleh beli di kedai telekomunikasi terpilih ke?

      • Itu la sikap iFag yang takbur. Tak abis sekolah kot bila dia tak tau yang list tu according to alphabetical order. Dan sebelum dia kata aku jealous, aku pun guna la. Duh.

        • Lol my bad. List wasn’t according to alphabetical order. Mata dikaburi dengan menyampahnya aku dengan iFag tu.

          • Aku tak rasa tu iFag.

            Ok la, katakan lah aku seorang SamsungFag, rasa-rasa adakah aku nak letak komen sedemikian rupa untuk produk kegemaran aku? Sudah pasti tidak, kan.

      • Kepada saudara/saudari yang menggunakan nick ‘iPhone 5′,

        Saya perhatikan tindak tanduk anda kebelakangan ini, yang meninggalkan komen-komen mengarut di topik popular. Lebih-lebih lagi reply kepada post pertama di ruangan komen, yang menunjukkan bahawa ia cumalah agenda ‘self-smearing’ kepada nickname anda.

        Berdasarkan deduksi saya, anda sebenarnya hanyalah seorang Apple Hateboy yang sengaja mengundang provokasi yang ditujukan kepada kesemua fanatik teknologi di Malaysia, tidak kira apa pun platform. Namun tindakan anda kurang berjaya kerana ia terlalu mudah dihidu.

        Bersandarkan logik, tiada sesiapa dari pencinta tegar sesebuah platform yang mahu meninggalkan komen-komen seperti yang anda telah lakukan. Jadi ia terlalu obvious bahawa anda sekadar berlakon demi kepuasan diri sendiri.

        Anda sedang diperhatikan.

        Yang benar,
        bakal pemilik Nexus 4.

    • Bukan hebat lah…mahal je, tidak semestinya hebat, cuma ‘perhabis boreh’ jo…
      Banyak model Samsung disenaraikan bermakna banyak produk2 Samsung yang hebat/terbaik.

    • sesape boleh tak jawab soalan aku ni…

      mana lgi untung, amik rebat ni dan daftar juga pelan ataupun ambil pelan internet yg sekali dengan phone tuh? nampak cam harga phone tu banyak juga pengurangan…

    • Yup. Untuk data plan BlackBerry Umobile misalnya, ia adalah yang terpantas dan termurah. Ini sesuatu yang aneh.

    • Blackberry makin pupus…lol!
      Tetapi mengapa Nokia cuma model Asha saja? Mana model hebat dan popular – Lumia?

  2. tak pahamlah .. kena langgan plan data ke? ada kontrak? kalau langgan plan data ada sesetgh syarikat komunikasi, menawarkan phone yg lebeh murah malahan percuma pun ada. macam mee goreng tiada udang disebaliknya. tak bermanfaatlah rebet tu.

    • Kena beli ikut syarikat telekomunikasi. Kalau ada yang tawar prepaid, maka boleh beli tanpa perlu risau langganan bulanan.

    • Untuk sesetengah telco, ada juga pelan pascabayar yang boleh ditambahkan rebet RM200 ini on-top kepada rebat sedia ada. Masih bermanfaat, cuma kena rajin mengkaji dan memilih pelan mana yang paling berbaloi.

    • iPhone 5 setakat ni boleh dibeli dengan prabayar Hotlink, bos. Boleh aje kalau taknak data plan.

  3. aku rase la kan, syarikat2 telekomunikasi tu pun mcm tak berapa berkenan dgn apa yg kerajaan buat ni. dorang pun nampak mcm offer fon2 tu mcm buat cukup syarat je. tapi mane la tau aku salah tafsir ke..

    sepatutnye dorang benarkan kita beli fon kat kedai2 henset biasa guna rebate RM200 tu.

    • Agak setuju. Kalau mereka buat rebet 200 tu macam rebet buku sebelum ni pun senang, beli je mana-mana buku yang disukai.

      Malahan harga diskaun Galaxy S3 selepas ‘tawaran’ rebat ni pun jauh lebih mahal berbanding harga unit SME di pasaran. Dan itu untuk harga langganan pascabayar.

      Pendek kata, mereka sebenarnya hanya betul2 mahu diskaun phone berharga bawah 500. Saje letak model2 lain sekali sebab orang dok komen dulu.

  4. paling kejam celcom siap kena ada contract lagi…jadi voucher ni tak berbaloi langsung..sbb ada telco yang kenakan macam2 syarat

    • Haha, beli la mana-mana phone dengan Celcom melalui Pakej Komunikasi Belia, jumlah rebat tu cuma dapat tampung 3 bulan penggunaan pelan semata2 at maximum.

      • Jauh sebelum 3 bulan bro.

        Pelan paling murah Celcom ialah RM78, belum termasuk 6% cukai. Diskaun phone dia pun tak seberapa.

        Moga Celcom revise lah pakej yang ditawarkan setakat ni. Lagipun kena bayar advance fee lagi, sama macam kalau beli phone kat kedai.

    • sabaq la dulu… nexus 4 baru ja kuaq… nak komen pn biaq la nampak bijak skit :)

      • apa yang kurang bijak dalam komen yang diberi? cuba jelaskan dengan kebijaksaan tuan berdua. disebabkan ada “ketahian” & “puih” menunjukkan ia kurang bijak? belajar mana? heh.

    • komen dengan bijak,
      baru nampak ada isi dan berotak,
      jangan komen dengan emosi,
      nampak sangat kebodohan diri.

    • member sekerja baru balik dari sen heng caw. kajang.. banyak juga pilihan bagi bajet RM500 ke bawah Samsung Galaxy Y, Sony Xperia Tipo dgn HTC Wildfire S.
      Ok jugak kalau nak ikut kamera HTC wildfire S lagi besar camera 5.0 megapixel
      sony xperia tipo 3.2 megapixel
      galaxy Y 2.0
      dia orang pun syorkan kita buat skim ansuran mudah oleh AEON siapa yang ada akaun AEON masa proses dalam satu jam saja…itu bagi yang betul2 nak beli smartphones tahap kaki gajet macam Xperia ION dgn SL dan samsung galaxy Note II

    • Actually, Senheng (dan SenQ) cuma bertindak sebagai reseller UMobile semata-mata untuk phones di bawah Pakej Komunikasi Belia. Sebab tu list dia lebih kurang sama dengan phone yang boleh didapati di UMobile. Jadi sebenarnya anda masih lagi membeli dengan Telco,

      http://u.com.my/prepaid/youth-communication-package

      Dan bila beli phones tersebut, akan disertakan simpack UMobile dengan Unlimited Mobile Internet RM28. Orait gak kot.

      Dalam masa yang sama, Senheng pun ada jual model tertentu sebagai wakil kepada Digi, untuk model Galaxy Note 2 dan iPhone 5 misalnya. Keduanya disertakan pilihan simpack data Digi selama setahun, cuma ia belum lagi ditempatkan dalam skim PKB.

  5. ada tak senarai “lebih 1000 wakil jualan” dgn lebih terperinci? sebab sesetengah tempat ni, bukan main susah lagi nak claim. masing2 kata tak tahu je bila g tanya.

    • Kebanyakkan bergantung kepada syarikat telekomunikasi, dan perlu rujuk kepada mereka. SenQ dan SenHeng merupakan antara pengedar untuk UMobile.

          • Dan seperti yang diterangkan seorang pengkomentar di atas, pengedar PKB tersebut pun sebenarnya on-behalf kepada salah sebuah telco, ambil contoh Senheng-Umobile misalnya.

            Kemungkinannya hal ini demikian kerana Umobile tak banyak cawangan di luar Lembah Klang, maka mereka melantik Senheng sebagai agen jualan. Senheng bertindak sebagai wakil jualan mereka sejak 1 Oktober lalu.

          • In the nutshell, untuk mendapatkan rebat, pembelian masih perlu dibuat menerusi telco.

  6. Kalau dengan rebate, iphone 5 turun sehingga rm1999 daripada rm2199. Still rm2k. Saya dah memiliki iphone 5 (unlocked apple store) dan bagi saya diskaun harga sebegitu tidak begitu berbeza. Dan apabila harga devices dikurangkan, ianya bersyarat yakni perlu menggunakan postpaid, dan itu sangat membebankan. Pendapat saya, jika anda mahu beli smartphone, wajib anda smartkan diri anda dahulu. Belilah devices yang anda mampu melalui rebate tersebut dan pastikan ianya tidak merugikan anda untuk satu jangka masa panjang. Example: iphone rm1999 (unlocked) is much better than iphone rm999 with rm88/month, 2 years contract .

    • Not necessarily.

      Untuk iPhone 5 dengan Maxis, rebat RM200 boleh digunakan untuk samada prabayar (Hotlink) mahupun pascabayat (Maxis Postpaid). Jadi ia tidak lah bersyarat di telco tersebut, tak perlu ikat kontrak. Cuma Digi yang masih memerlukan langganan pascabayar (iDigi).

      Dan jika mahu melanggan pascabayar tetapi masih mahu berjimat, Maxis punya pelan iValue cumalah RM50 sebulan. Bila kira balik, sebenarnya ia lebih kurang dengan kos iPhone di atas rangkaian Umobile prabayar selama setahun. Plus, iPhone 5 ada rebat di Maxis, yang tidak ditawarkan di Umobile misalnya.

      Berkenaan konfusi yang anda perkenalkan akan istilah ‘Unlocked’ itu, semua iPhone yang ditawarkan di Malaysia adalah ‘Unlocked’, tak kira jika ia dikenakan kontrak atau tidak.

      • pembetulan..untuk maxis perhatikan betul2..syarat untuk iphone 5 harus melanggan pelan ivalue 1 ada “1″ disitu .so RM100 sebulan. bukan RM50 sebulan seperti tuan tuliskan tu..so kesimpulannya..??

        • Oh, maaf seribu kali maaf. Benar pernyataan anda di atas, saya pun baru periksa dengan talian 123, mereka katakan setakat ni masih terhad kepada apa yang diiklankan setakat ini.

          Segala kesulitan amatlah dikesali.

    • Nokia ada, tapi siri Lumia masih belum disenaraikan dalam penawaran rebat.

      Sedikit kecewa kerana saya rasa pasti ramai yang mempertimbangkan model Lumia 620 kerana nilainya yang hebat untuk harganya. Apapun, semoga SKMM cepat-cepat tambah peranti lagi di dalam senarai.

    • dulu tunetalk ada tawar hp Sony Xperia Tipo Dual, tp padam terus.

      tapi setau aku, ZTE ada 2 sim

    • Smartphone ninetology ada dua slot untuk sim card. Walaupun made in Malaysia. Tp specs nya sangat bagus

  7. Bagus! Samsung Galaxy model yang terbanyak dan pembelian terbaik…
    Semoga Samsung Galaxy terus laris dan terus berada ditakhta telefon pintar paling laris didunia ditahun 2013 ini mengatasi Apple iPhone5…

    • Mmm…aku rasa orang yang guna telefon Galaxy semata-mata pun tak ada rasa nak tinggalkan komen seperti ini.

      Jika benar anda pengguna Galaxy, tidakkah anda rasakan bahawa anda insult diri anda sendiri dengan berbuat demikian.

  8. harga hp after rebat lagi mahal dari beli kedai. still ori. kalau ap lagi murah.

    cakap pasal ap teringt member aku belo hp sony active ap nyer. check2, hp tu datang dari jerman. trollolol

    • Nama pun ap (approved set), boleh datang dari mana2 negara..susahla kalau nak claim warranty dari kilang

    • Seperti yang diberitahu Digi, sebarang tablet tidak dibenarkan untuk rebat. Hatta tablet tersebut boleh digunakan untuk membuat panggilan, Galaxy Tab misalnya.

      Dan saya rasakan telco-telco lain juga mengamalkan polisi yang serupa.

      btw, untuk mengelakkan diskusi kurang berguna (serta menjarakkan ‘flame’ dan ‘troll’), eloklah stick pertanyaan kepada senarai yang dikeluarkan setakat ini sahaja. Kalau nak tanya model-model lain, ajukan pertanyaan anda secara terus kepada SKMM di komunikasibelia@cmc.gov.my

  9. perlu print surat pendaftaran ke atau masa nak beli smartfon tu kita cuma kena tunjuk IC je ke?

  10. Offered by telco sekarang ini :

    Celcom – Hnya offer samsung galaxy y
    Maxis – iphone 5, samsung galaxy s3, htc desire C, samsung galaxy mini 2, nokia asha 311, samsung galaxy y,
    Digi – samsung galaxy note 2, samsung galaxy s3, samsung galaxy y, htc one x
    umobile : antara terbaik. banyak phone diorang offer.
    tunetalk – zte acqua, galaxy y, xperia tipo, asha, dan entah apa jenama tah.
    Yes – Yes Buzz 4G Cloud Phone
    clixster – hampir sama cam tunetalk offer

    siapa2 yang nak beli iphone5, contohnya, hanya bleh pilih maxis atau umobile.
    paling kedekut, celcom

    • kau kata celcom kedekut sebab apa? sebab hanya tawarkan samsung galaxy y? kalau sebab hanya tawarkan samsung galaxy y, kenapa kau tak kata yes kedekut? yes hanya tawarkan 1 telefon je

      • Celcom menawarkan rebat yang tak seberapa untuk Galaxy Y, tetapi diwajibkan ambil pelan yang minimumnya RM78 sebulan. Pada pandangan saya, itu sungguh kedekut.

    • Sebenarnya, Digi menawarkan semua smartphone dari kedai mereka untuk rebat, jika anda memilih langganan pascabayar. Ilustrasi yang dipaparkan hanyalah sebahagian dari model yang mereka tawarkan. Dan jika anda bertanya, ya, iPhone juga ditawarkan kerana explicitly ditulis disitu iDigi.

      Rujukan: http://www.digi.com.my/pkb/landing.do

      btw, saya bersetuju bahawa Celcom paling kedekut.

  11. letak kriteria peralatan ke tepi kerana semua ini mmg penting tp patut tgk balik pakej yang ditawarkan. Sebab yang layak untuk rebate ni semua pendapatan bawah RM3000 & pelajar.

    Maxis patut buat plan macam Ivalue Simple RM50 untuk PKB(1GB + 200minit + 100SMS), UMobile dah ada UMI28 (sangat bagus), Digi dah ada Smart Plan Prepaid(bagus) . Celcom agak menghisap dgn pakej voice + data yang berasingan.

    • Untuk pengetahuan, Maxis sedia menawarkan iValue Simple RM50 untuk rebat Pakej Komunikasi Belia RM200 ini, cuma ia dihadkan kepada iPhone sahaja.

      Untuk Celcom, sebenarnya pelan yang mereka pasarkan adalah bertujuan untuk memberikan fleksibiliti samada mahu lebih keutamaan kepada data atau penggunaan biasa. Ia tidak dibuat berasingan, sebelum ni pun kalau beli peranti dari mereka kena ambil pelan kombinasi seperti ini. Cuma yang menjadi masalahnya ialah nilai yang ditawarkan agak kurang berbaloi.

      Yang dipasarkan berasingan sebenarnya adalah Digi Smart Plan Postpaid untuk peranti selain iPhone (iDigi). Smart Plan belum termasuk voice minutes dan SMS, itu dibil secara ala-carte. Pelan ini pun mungkin sedikit membebankan, cuma Digi sweeten the deal a bit dengan banyak bagi rebat langganan bulanan selain rebat peranti.

    • Dengan UMobile dan Digi pun boleh dengan prepaid. Cuma kalau dengan Digi, pilihan yang ditawarkan untuk prepaid agak sedikit terhad.

      Kalau beli di Senheng, mereka akan bekalkan pek sim Umobile berisi RM28 secara percuma. Lebih kurang macam anda beli dengan Umobile lah.

  12. ni apa kebenda nya ni? ni sampai tepon rega ribu2 pun msk list. klu dah mampu beli tepon smpi ribu2 tu napa lak nak kasi rebet 200 tu..? dah mampu la tu kan… xyah la nak minta bantu nak kasi rebet pekebende. rebet tu patut bg kat org yg krg mampu la patutnya.

    • Mmm…pada pandangan saya, biar la rebat untuk phone berapa ringgit sekalipun. Rebat dia tetap RM200 per orang kan? Jadi tak ada isu di situ.

      Untuk isu mampu atau tidak, bukankah sudah digariskan bahawa warga layak rebat adalah untuk pelajar serta pekerja bergaji bawah RM3000. Jadi apa lagi isu nya?

  13. Saya suka cara Meleis, Nordin Ahmad & En. Macbook Pro Shah alam bagi comment.
    Tidak bermaksud mereka yg tidak disebut itu bermakna mereka tidak bagus.

    Apepun credit yang byk untuk Amanz.my dan TEAMnye kerana berjaya membuka selera para peminat gajet di Malaysia dengan mudah, selepas Lowyat.Net.

    Terima kasih semua.

  14. Katakan saya baru lepas daftar PKB ini. Berapa lamakah tempoh sah laku pendaftaran saya itu ? Adakah 1 bulan ?
    Mohon pencerahan y lebih arif. Tqvm

    • kata kan 14hb anda daftar, anda ada 1 bulan daripada tarikh ni untuk membeli.

      sekiranya tak beli dlm tempoh tersebut, akuan itu batal dan perlu memohon semula selepas 60 hari daripada pendaftaran tersebut.

      contoh mudah:

      1.daftar 14/1, tamat tempoh 14/2
      2.jika tak beli dr 14/1, permohonan semula 14/3

      harap mudah difahami.

    • Note 2 punya harga RRP (recommended retail price) dengan mana-mana telco agak mahal berbanding harga kat luar, walaupun kedua-duanya set waranti SME. Jadi kalau sekadar mahu ambil phone tanpa pelan dengan rebat PKB, masih agak mahal serupa kes Galaxy S3.

      Saya lakukan perbandingan dengan Nexus 4 punya RRP di telco dan di luar. N4 tidak menghadapi isu tersebut, cuma ia masih lagi timed-exclusive kepada Digi. Mungkin lama sedikit nak tunggu untuk dijual di Senheng dsb.

  15. salam sejahtera..nak tnya skit..sy dh print status pendaftaran berjaya tp kat cetakan sy tiada no rujukan laa..so mcmana ye?bleh gne tak?

    • Mmg tak ada nombor rujukan pun. Tunjuk je kat kedai..yg penting status permohonan berjaya, tunjuk sekali ic

  16. Salam,

    saya dah register..dah approved,dah ad no rujukan..expired pada 7 feb 2013.

    dah ready untuk pergi membeli hp…

    masalah saya saya x tahu kemana saya perlu bwak dokumen ni…kedai mane kt kwasan saya

    harus saya tuju…….

    senarai authorized dealer ade x?

    saya di negeri sang penyu ………………

    terima kasih pada yg sudi mmbantu

    • Pergi ke mane mane Telco contoh Digi Store, Maxis Store, Celcom Store, uMobile Store, Yes Store, dan sebagainya nyelah.

      Selain Telco, anda boleh pergi ke SengHeng atau SenQ. jika Telco terlalu jauh.

      Nasihat saya, sebelum pergi, telefon dulu Telco Store atau pon SengHeng/SenQ.

    • Untuk anda jika di KT, aku baru lps tanya both samsung kat mydin mall. Dorang terima utk sesapa nak claim rebat ni. Tapi, hp terhad la. X dpt la hp yg mewah2. Stakat aku tanya tadi, zte aqua, galaxy y, asha dan beberpa model yg aku tak amik pusing.

      Pe kata terus ke both dorang. Tapi phone tu x dpt on the spot, katanya beberapa hari selepas proses. Aku dah g digi store, pekerjanya tak tahu n tak dapat arahan lagi. Itu yg korang akan dapat jawapan.

  17. sya dh daftar,dh berjaya tp malangnye xda pn no rujukn pd slip yg nk print tu..cmna ni…

    • cuba buka email yang awak guna masa daftar. skmm ada email slip yg ada no rujukan. atau awak boleh terus call skmm untuk minta no rujukan.

  18. dude amanz, boleh tau tak jikalau saya hnya bkerja di wet market sbagai pmbantu tauke ikan brpendapatan harian, layak tak kalo saya mohon pakej belia ni?? umur saya 21 thun. lagipon saya bkan ade penyataan gaji atau KWSP, hanya gaji by hand dari tauke, saya risau nnt bila da smpai kedai sen heng org tu nak tgok bukti saya bkerja ke ape ke, tak pasal2 saya msuk pnjara nnt haha..

    smentara tunggu panggilan degree intake july, itu cme keje part time je..
    please help me answer, sbb saya baca kt soalan lazim SKMM kurang pasti.

  19. Apa ke jadahnya dengan jenama2 smartphone pelik dibawah ini pun masuk dalam senarai? Entah hapa-hapa entah…Banyak lagi jenama / model popular yang lebih bagus dan dipercayai tiada didalam senarai ini….Barangkali SKMM ada ‘deal’ bagus punya dengan mereka2 ini tak?

    23 Ninetology BlackPearl 2 i9400
    24 Ninetology Stealth 2 i9500
    25 Palette i5300
    26 ZTE Acqua
    27 Yes Buzz 4G Cloud Phone
    28 Insight i9430

  20. sya dh daftar,dh berjaya,dah tebus,dah guna pon..tp sy xtahu step seterusnya..sy call skmm pon bz je..cmne ni.ade sape2 boleh tolong x

  21. sekim subsidi telepon ni, yang untungnya tokeh jual telepon dan pengendali telekomunikasi, cuba tanya kedai yg ambil bahagian amacam? senangnya bagi je duit tu kepada mereka yg layak , lantak dialah apa telpon dia nal beli….

  22. BAGAIMANA NAK ISI SEMULA BORANG PAKEJ KONUNIKASI BELIA JIKA TARIKH REBIT TAMAT?
    JAWAPAN AMAT DIALU-ALUKAN
    TQ

    • yang tebaru ni, tarikh tamat dalam masa 3 bulan. jadi, cuba tengok kat mail anda sebab pihak skmm dah send semula tarikh tamat yang baru.

      Pihak Amanz pun dah post pasal ni, sila semak balik kat laman ini.

  23. Kalau tamat tempoh rebet dah habis…tp lepas tu nak guna balik rebet tu…boleh ke tak?? sapa leh tolong bg tahu..

    • Tempoh rebat telah dilanjutkan sehingga 3 bulan. Jadi, tiada yang expired buat masa ini. Kalau expired, boleh mohon semula.

  24. aku kusut ne npa aku bt register nama online pkai hp ne pm0honan aku mcm xwujud je…lma tu tngu kwn2 aku smua da dpt aduhai….redha

  25. aku kusut ne npa aku bt register nama online pkai hp ne pm0honan aku mcm xwujud je…….redha

  26. sape2 bleh tlg mcmna nk c0ntact skmm utk ptnyaan wujud ke x pem0honan aku…sdih :(

  27. Handphone yang disenaraikan tu mahal dan tidak mampu dimiliki wlaupun dapat diskaun rm200.

  28. saya cuma nak beli tpon rebat ja, yg anehnya pihak kedai tu menggesa saya membeli simpack digi smartplan/internet baru bleh dapatkan tpon tu..bengangnya

  29. Ptg td nak beli smartphone rebate bila check dlm sistem ejaan nama silap hanya satu huruf je..terus apek tu kata tak boleh beli terus ambil hp terus simpan..ingat aku kebuluq sgt ka nak memiliki smartphone..sekurang-kurangnya cakap la lek lok..geram betul la

  30. saya tersilap taip email saya ….
    kalau permohonan saya telah berjaya tolong hantar pada telefon saya(0103858966)

Komen

Nama
Web