READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Sony Mengumumkan Xperia Z Secara Rasmi

Diterbitkan pada January 8, 2013 oleh

Sony Mobile, hari ini pada acara CES 2013, secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Xperia Z kepada umum, serta berkongsi mengatakan ia akan ditawarkan pada suku tahun pertama 2013 ini.

Xperia Z

Xperia Z ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, serta dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon S4. Telefon pintar terbaru ini juga dilengkapi dengan kamera 13-megapixel, sokongan 4G LTE, serta didatangkan dengan memori 2GB RAM padanya.

Telefon pintar terbaru Sony ini juga membawakan kebolehan untuk merakamkan video dalam bentuk HDR, serta sokongan Batery Stamina Mode untuk membolehkan bateri padanya bertahan lebih lama berbanding biasa.

Xperia Z ini didatangkan dengan Android 4.1 Jelly Bean, dan akan dikemaskini kepada Android 4.2 tidak lama lagi.

Terdapat 45 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
    • hurm… tak juga if harga terlalu tinggi.. aku rasa HUAWEI akan mengejar Samsung dalam persaingan 2013 since diaorg yang first akan kelaur phablet dengan 6 inci(++) dan juga diaorg dah start guna cip pemprosesan buatan diaorg sendiri.. 2 major asian company will take the lead…

      • Nama Huawei tak cukup besar untuk atasi Samsung & untuk jadi gergasi teknologi Asia melawan Barat, walaupun atas kertas, spesifikasi gajet mereka cukup kuat.

        We, including the old me, might disagree, but yes, it’s not all about specs.

        • ya saya setuju berkenaan bukan semuanya adalah kerana SPECS. Brand juga memainkan peranan bila memilih peranti.saya pun lambat memeluk droid disebabkan tiada satu pun brand produk android mampu menawan saya. akhirnya bila saya ingin mencuba android, Galaxy NEXUS menjadi pilihan. itupun disebabkan oleh pure Google dan bukan Samsung. kalau semata-mata kerana brand pilihan untuk droid bagi saya adalah HTC > SONY > Samsung > LG > Motorola > Alcatel > Huawei

        • di masa hadapan tiada siapa yang bole menjangka apa2.. contoh kepada SAMSUNG sendiri.. 10 tahun dulu ada tak orang malaysia boleh sangka yang samsung dapat menandingi kehebatan barang2 dari SONY atau PANASONIC? aku sendiri tak pernah terfikir yang kuasa besar dunia elektronik seperti SONY akan dijatuhkan oleh syarikat dari yg juga dari ASIA iaitu SAMSUNG.. dan sedikit info yg pernah aku baca dulu, SAMSUNG dulu meminjam atau mempelajari teknologi membuat tv dari barand SANYO… YUP! BRAND YANG KORANG RASA HANYA SETARAF DGN BRAND PENSONIC TU..

      • Kalau orang yg pentingkan kualiti foto & audio mesti tidak ada masalah utk angkat Sony XPeria Z & ZL ni. Samsung harga pun mahal-mahal tapi org masih beli juga. Tak jadi masalah rasanya. Masa utk berubah.

  1. cpu dalam xperia z ni outdated lepas qualcomm umumkan processor baru mereka…kinda sad. apo nak dikato..perlumbaan dunia teknologi memang tak terkejar

  2. 2-2 camera depan blakang guna tech exmor-R tech. gambar mmg terang wpn xde flash. mcm kat compact camera mereka.best nih. ram 2 Gig

  3. Kan bagus kalau Sony tidak sertakan dgn bloatware yg lansung tidak berguna kepada end user.
    Hakikatnya segala bloatware tersebut akan dibuang oleh mereka setelah di-root.

    Entah bila peranti ini akan sampai ke negara kita :(

    Masih berkira-kira,Nexus 4? Xperia Z?
    Camera sudah tentu Sony…

    • “One man’s trash is another man’s treasure”

      Bloatware bagi kita mungkin sangat berguna bagi orang lain. Dalam konteks ini, bloatware Sony (Atau mana┬▓ saja pengeluar) sebenarnya pengguna┬▓ di US ramai yang guna. Kita yang di sini, selepas root, cabut saja APK nya ;)

  4. sekarang guna xperia s,lepas ni ambil xperia z pulak…
    xperia s simpan tak tolak,buat sebagai backup.

  5. Susah juga syarikat2 lain daripada Asia(Jepun, Korea & China) untuk menyaingi jenama Samsung yang begitu kukuh mengungguli juara pasaran dunia telepon pintar 2012…
    Sedangkan jenama terhebat Apple iPhone5 pun tidak mampu menandingi Samsung Galaxy S3/G Note2.

  6. (senyum)… Susah juga ye, nak ‘ignore’kan Apple bila nak buat perbandingan berkenaan produk telefon pintar. Agak-agaknya rasa macam tak sah, jika tidak sebut nama iPhone, walaupun dibenci oleh sebahagian orang.

  7. 2013 iphone dah bole ada deria bau, rasa , warna menarik, lebih pintar ! So tak hairanlah apple akan lebih menarik daripada android nanti

  8. salam, walaupun skrg ni tgh guna galaxy note 2, tapi bila lihat spec xperia Z ni rasa macam menarik je, sebelum ni saya guna xperia mini, Ray dan xperia S, Sony sebenarnya ada kelebihan dalam teknologi TFT bravia nyer, berbanding dgn teknologi amoled samsung yg tak berapa nak terang klu tgk kat tempat cerah, Walaupun dah guna samsung tp sony tetap dihati

  9. Butang kuasanya tu mcm mudah je tangan nak tergelincir tertekan hmm..vaio E series ada masalah mcm ni senang je nak tershutdown sebab kedudukan dan rekabentuk butang kuasa dia

  10. bace kt gsmarena diowng kate sony xperia z bakal dijual pada harga 568 pound [rm2580]

  11. aku beli xperia acro s awal bulan 9 thn lps..tgk2 xperia z pula muncul…lg gempak siott..best glerrr….nk traid in acro s ni sayang la pulak..dh kire best…gmbr pun dh cantek..kalo ada bajet lbh mau angkat xperia z la pulak…memang peminat sony dr sulu lg sejak 2004…hp pertama sony ericsson k750i..still masih elok dan pakai sampai sekarang…Terbaik!!!

Komen

Nama
Web